Daisypath - Anniversary

Thursday, April 11, 2013

Tiket Flight Pasca Pengumuman

assalamualaikum dan salam perubahan!

alhamdulillah, sekarang sudah 6 bulan saya bekerja di perantauan. sedar tak sedar sudah jauh masa berlalu. kenangan saya semasa di tempat lama masih lagi bermain dalam ingatan. syukur, cukup makan dan minum, ada tempat tinggal yang selesa.

tahun  ini merupakan tahun yang lain sikit daripada tahun sebelumnya kerana pada tahun ini kita akan menghadapi pilihanraya umum yang ke-13. ini kali pertama saya turun mengundi. semalam telah pun diumumkan tarikh penamaan calon pada 20 April 2013 dan tarikh buang undi pada 5 Mei 2013. insyaAllah saya akan balik ke Johor kerana tiket telah pun dibeli. dalam bulan Mei saja, saya akan balik 3 kali. hehe..

punyalah panas PRU kali ini sampai tiket flight AirAsia jual dengan sangat laju semalam. baguslah tu, dah tertulis dalam perlembagaan hak sebagai warganegara kan. hehe... ok, tiket flight AirAsia dari Kota Kinabalu ke Johor Bahru menawarkan 3 kali penerbangan iaitu pukul 10am, pukul 3pm dan 6.30pm. setiap kali penerbangan itu ada 2 harga, iaitu harga promo RM124 dan harga biasa RM166.selalunya saya akan ambil yang harga promo sebab murah. hehehe... dan selalunya saya dan kebanyakan orang akan ambil flight pukul 6.30pm selepas waktu bekerja.

semalam, saya lihat tiket ketiga-tiga masa penerbangan lebih kurang pukul 12.45pm, masih ada. lepas itu, pukul 1.30pm, saya lihat tiket promo pukul 6.30pm pada hari Jumaat, 3/5/2013 telah habis, tinggal yang harga biasa je. lepas tu, pukul 3.30pm saya lihat lagi, tiket jam 3pm pada hari yang sama telah habis. tinggal yang pukul 10pagi. hahaha... saya tak pernah lihat tiket dijual dengan sangat laju sebelum ini.. hehehe..

hahaha... macam mana tu?

sudah alang-alang balik, saya pun ambil cuti satu hari. tapi saya ada dengar ada tempat yang dibekukan cutinya. tempat saya tak tahulah.. hahaahah... cuti sajalah!


4 comments:

  1. omol...xboleh cuti, amik EL lah! haha =p

    Kira ok la dapat cuti, negeri2 mcm kami ni mcm mana dah la hari bekerja (T.T)

    ReplyDelete
  2. kenapo diorg tak mau cuti? awak curi2 maso la utk mengundi.. pakat dgn staf lain... hehe

    ReplyDelete