Daisypath - Anniversary

Monday, April 8, 2013

Berubah, Bertukar dan Belajar =)

assalamualaikum...

waahh, sudah lama tidak menulis di blog ini.. tahun 2012 terus jadi malas nak tulis.. mungkin disebabkan kesibukan, kegembiraan, konflik dan macam-macam lagi sepanjang tahun itu.. 

sekarang saya bekerja di tempat yang jauh daripada tempat kelahiran.. orang kata 'oversea"... hehe.. apa sebab? sebab merentasi Laut China Selatan dan nak tinggal di situ perlu ada passport.. hehe.. Alhamdulillah, rezeki saya sekarang berada di Kota Kinabalu, Sabah dan saya sekarang tinggal di sini (Kota Kinabalu). datang ke sini bersama 3 orang rakan-rakan sekampus dulu dan sekarang duduk serumah.. Allah yang aturkan semua ini.. 

kalau macam dulu, semasa PRP di Hospital Kluang, saya bekerja sebagai pegawai farmasi.. kerjanya di kelilingi dengan ubat-ubatan.. sekarang di Kota Kinabalu saya tidak lagi bekerja di hospital, tak lagi bermain dengan ubat-ubatan, kaunseling dan tiada bau ubat, malah nama ubat pun sudah ingat-ingat lupa sekarang.. hehe.. saya sekarang bekerja sebagai Pegawai Penguatkuasa Farmasi..

saya mula bertugas sebagai pegawai penguatkuasa pada 15 Oktober 2012. pada saya kerja ini lebih menarik berbanding bekerja di hospital. kami bertugas dengan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada terutamanya memastikan ubat-ubat yang dijual di pasaran adalah berdaftar dengan KKM demi keselamatan pengguna.. di sini, selalu keluar ke sana sini untuk menjalankan operasi, pemeriksaan, serbuan dan pameran. kadang-kadang kami juga akan ke mahkamah jika ada kes untuk didakwa. baru-baru ini, kami semua telah menjalankan serbuan di 4 buah rumah dan 2 buah lori kepunyaan sebuah perniagaan yang dijadikan sebagai ubat-ubat yang tidak berdaftar dan kosmetik yang tidak bernotifikasi. yang paling best, jumlah rampasan dianggarkan RM492k.. hehehe... 

kerja sebagai pegawai penguatkuasa ini selalu juga pergi outstation tapi saya baru beberapa kali saja pergi.. saya sudah ke Keningau, Sepitang, dan Kudat. Kundasang dan Ranau juga sudah pergi tetapi bukan atas urusan kerja tetapi  atas urusan bergembira bersama rakan-rakan.. hehehe..

Sabah ini negeri yang menarik.. sayang juga kalau ia jatuh ke tangan orang lain.. Sabah ini cantik permandangannya, lautnya biru, awannya cantik, ada gunung yang sejuk.. kiranya dari aspek alam semula jadi, Sabah memang terbaik.. hehe.. cuma makanannya tekak saya masih tidak jumpa lagi tempat yang betul-betul menepati selera saya.. hehe..

saya juga sudah bertukar status dan bertambah tanggungjawab.. hehe... Alhamdulillah, saya telah bernikah dengan seorang lelaki yang baik dan lembut dengan saya, iaitu En Abu Bakar.. bekerja sebagai Medical Assistant di Hospital Kluang.. sekarang kami berhubung secara jauh dan sesekali saja berjumpa... apa-apa pun, saya tetap bersyukur dengan apa yang ada sekarang... hehehe... 


4 comments:

  1. omol...wajah baru nampak..sedia untuk berubah ke huu

    ReplyDelete
  2. haha... anonymous ye?? i know u! kekeke.... yup, sedia utk berubah!!! cantik tak blog skrg? hihihi...

    ReplyDelete
  3. dah lama tinggalkan blog smpai xtau cm ne nak masukkan nama sendiri.last2 masukkan anonymous je senang huhu. mcm awan nano la omol

    ReplyDelete
  4. heheeh.. teruknye sampai lupa.... hahaha... takpo lo.... ni bukan awan nano la lino... ni awan besar... hehehe

    ReplyDelete