Daisypath - Anniversary

Sunday, April 29, 2012

Bicara Mereka Hebat

bila orang yang tak turun akan kata orang yang hadir itu bodoh...


bila orang itu yang mengatakan itu mungkin merasakan dirinya betul dan bijak kerana ia bukan si bodoh yang hadir...


bila orang mengutuk itu berbicara punya lebat dan emosi seolah-olah hadir... 


padahal hanya duduk di rumah melihat apa yang disogokkan dalam media arus perdana yang tak pernah adil...


ia hanya menunjukkan betapa bodohnya orang yang mengutuk itu...


apakah orang yang mengutuk itu faham tujuan perhimpunan diadakan?


kebanyakan mereka tidak mahu faham malah tidak mahu tahu...


ah, stay deaf, dumb and blind!


ubahlah!!

agak-agak kalau macam ni, tv yang besar pun belum tentu memberi gambaran yang betul


Thursday, February 23, 2012

22022012

assalamualaikum...

setiap yang ada pasti akan berakhir.. setiap yang datang pasti akan pergi... setiap yang bertemu pasti akan berpisah... manusia sangat-sangat lemah untuk menentukan hala tuju dan apatah lagi melihat apa yang di hadapan... apa yang difikirkan baik tak semestinya menjadi milik kita...  

setiap yang berlaku adalah ujian... hidup ini adalah ujian... berjaya adalah ujian.. gagal juga ujian... apa yang direncanakan untuk kita kadang-kadang bahkan selalu kita gagal untuk membaca yang tersirat... semestinya ia bukanlah sesuatu yang mudah... hati yang berpandukan iman (kepercayaan) saja yang dapat faham dan sekali gus mengendurkan segala ketengangan yang ada dalam diri... 

teruknya manusia yang selalu mempersoalkan apa yang berlaku pada dirinya... lalu kecewa dengan hidupnya dan ada yang mengambil jalan singkat kononnya untuk melepaskan tekanan... menghadapinya dengan positif bukanlah mudah tapi perlu dicuba.. sekurang-kurangnya... menyalahkan manusia sekeliling yang terlibat juga salah satu cara untuk melepaskan diri.. contohnya, ambil dadah kononnya atas pengaruh kawan... habis, bila kawan ajak pergi majlis ilmu, tak mahu pula ikut... jelasnya ia lebih kuat berkaitan dengan diri sendiri dan iman seseorang... 

setiap manusia diberikan ujian yang berbeza-beza...  jalan hidup yang berbeza-beza... tapi semuanya adalah kerana kasih sayang-Nya... Allah..