Daisypath - Anniversary

Sunday, November 6, 2011

Ia Takkan Ke Mana....

assalamualaikum....

tanpa keraguan,

Agama akan menguatkan sesuatu bangsa & bangsa selalunya akan melemahkan sesuatu agama. Bangsa yang bongkak akan membentuk Agama mengikut kemahuan mereka & bangsa yang lemah akan membentuk bangsa mereka mengikut kemahuan agama.

realitinya,

yang mahu berdakwah dan mendaulatkan agama perlu ada tauliah... jika takde, akan ditangkap... tapi kalau nak dibandingkan dengan mubaligh Kristian, mereka hanya perlu kemahuan tapi pendakwah Islam wajib ada tauliah..

yang berpeleseran di pusat hiburan dan berpakaian tak senonoh dibiarkan bebas...

sekolah agama tak dapat sokongan pihak penguasa malah dianaktirikan..

gerakan pro-Islam disekat pergerakannya...

semuanya kerana tak sehaluan dengan penguasa... tak tahulah orang yang suka menangkap ni taat pada siapa..

jadinya, sukar untuk ajaran Islam berkembang, baik untuk dakwah non-muslim dan juga islah sesama muslim...

nak harapkan dakwah secara contoh teladan, berapa ramai orang Islam di sini yang bersikap baik... rata-rata memberi  gambaran negatif kepada non-muslim...

ya, hidayah milik Allah tetapi umat Islam ada tanggungjawab yang besar untuk menyebarkan Islam... takde pun diletakkan syarat "perlu ada tauliah".. syurga dijanjikan untuk orang yang berjuang meninggikan syariat Islam..

asasnya, tauliah ini untuk mengelakkan ajaran sesat daripada tersebar... tapi bila diperhatikan selama ini, yang ditangkap merupakan pendakwah yang tak sehaluan dengan pihak penguasa.. tiada pun isi dakwahnya yang menyalahi ajaran Islam... pengertian "ajaran sesat" itu tak dapat ditafsirkan dengan tindakan, tak jelas... 

oleh itu, sila jelaskan dengan mendalam dan selarikan dengan tindakan yang diambil... jangan membabi buta saja.. 

amat menyedihkan jika syarat tauliah yang tidak jelas itu diteruskan... ia akan membantutkan usaha dan semangat orang Islam yang mahu berdakwah... ke'izzahan (ketinggian) agama Islam di negara ini hanya ditulis dalam perlembagaan negara saja tapi realitinya, ia terkubur layu dalam jiwa-jiwa manusia yang hanya tertulis "Islam" dalam kad pengenalannya... takde maknanya...

perlu ada tauliah untuk daulatkan Islam? hmmm.....




Friday, November 4, 2011

Dua Hari Sebelum Hari Raya Aidil Adha....

assalamualaikum...

terjadi satu kemalangan petang tadi di plaza tol PLUS Yong Peng Utara. alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan nyawaku...

selepas habis waktu kerja, aku terus pulang ke rumah. memandangkan kawasan jalan biasa sesak, aku terfikir untuk melalui lebuhraya saja.

semasa nak membelok masuk ke lebuhraya Ayer Hitam, kereta yg dipandu terasa laju dan hampir hilang kawalan, brek pun tak makan... aku sudah pelik... bila nak ke plaza tol untuk ambil tiket di kaunter kedua dari tepi, disebabkan brek tak makan, aku terpaksa membelok ke kiri untuk mengelakkan dari melanggar lori di hadapan.. alhamdulillah, dengan kuasa Allah, kereta itu berhenti akhirnya... jika tidak, sudah tentu akan melanggar tembok antara kaunter tol pertama dan kedua...

aku jadi pelik dengan brek keretaku... brek rosakkah? tapi tadi masa sesak di Kluang, masih ok lagi breknya... atau sebab aku terlalu laju sampai brek tak dapat berfungsi baik? hmm, mungkin kot...

aku memandu seperti biasa di lebuhraya dengan kelajuan 80-90km/j... alhamdulillah, tidak berlaku apa-apa. setelah sampai di susur keluar Yong Peng Utara, aku pelik kenapa kereta aku semakin laju padahal tak tekan minyak pun... aku terus tukar gear rendah untuk memperlahankan kelajuan kereta.

dengan kelajuan 40km/j setelah mengambil pengajaran tadi, aku menuju ke plaza tol untuk pembayaran. aku masuk ke kaunter kedua dari tepi. malangnya, brek pun tak makan juga.. aku menjadi cemas... 'ahh, sudah.. brek tak makan pula...' untuk elakkan daripada melanggar kereta depan dan memberi masa untuk kereta dapat berhenti, aku terus membelok ke arah tepi. brek juga ditekan sampai habis tetapi tak berhenti juga kereta. 

akhirnya, aku terbabas ke tempat laluan motosikal. alhamdulillah, tak ada motosikal yang lalu ketika itu. pada masa yang sama, aku berusaha untuk turunkan gear untuk kurangkan kelajuan tapi tak berkesan. di hadapan ada dua batang besi tercacak. aku terus merempuh salah satu besi itu kerana tak dapat elak. di tepi sebelah sana ada parit besar. 'ahh, sudah... rempuh je lahh..' masa tu aku dah berserah je.  kuat juga hentaman itu, terasa sampai dalam. fuuhhhhh!!!

serta merta aku terus matikan enjin sebab jika tak, bangunan pejabat PLUS pula yang jadi mangsa. terus berhenti. 'Ya Allah, betul ke ni? aku kemalangan ni!' aku terdiam dan telefon abah dan ibuku memberitahu kejadian ini.  mereka bergegas ke situ.

pekerja PLUS mula datang ke arahku. mereka bertanyakan keadaan aku. alhamdulillah, aku ok saja, cuma kereta yg tak ok. bumper depan terkopak sikit. nombor plat hampir patah dua. kiranya luaran je yang terjejas tapi enjin semua ok saja. takde tangki yang bocor.

pekerja PLUS ajak aku berehat di pejabatnya sementara menunggu ibubapa aku dan polis peronda PLUS datang. dari luar aku dah  nampak tonto yang kerjanya menarik kereta yang rosak atau kemalangan. kakak PLUS tu bagitahu "biarkan saja tonto tu... duduk saja di dalam ni.. nanti kena 700...  tunggu je polis peronda PLUS sampai.. nanti diorang tolong.." 

aku duduk dalam bilik tetamu itu sambil termenung.... 

kakak tu ajak aku minum-minum dulu di pantri diorang. kami bersembang-sembang. mereka tanya 'kenapa tak tarik handbreak je?' 'aah ek... tak terfikir pula.. panik punya pasal..' 'kakak tu sambung 'kalau tarik handbreak masa tengah laju, boleh berpusing kereta tu.. bahaya juga.. nasib baiklah awak belok ke tepi plaza tol...' masa tu aku terdiam, rasa seperti diselamatkan nyawa... jika tidak, pasti aku akan terlibat dengan kemalangan yang lagi dahsyat... alhamdulillah.. 

tidak lama kemuadian, polis peronda tu sampai. diorang bawa keluar kereta aku dari tempat kemalangan melalui laluan motor. polis tu pandu kereta aku. aikk, boleh pula guna brek tu?? katanya, brek tu perlu ditekan (dipam) banyak kali, baru brek makan... oooo.... 

tonto-tonto telah tunggu di situ. uiisshhh, sibuk je diorang ni! 

dalam beberapa minit kemudian, ibubapa aku sampai. setelah ucapkan terima kasih kepada kakak PLUS tu, kami pun beredar. 

polis peronda tu bawa kereta aku ke bengkel berdekatan dan kami semua eskot dia dari belakang. bila sampai di bengkel takde apa yang dibaiki, mungkin sebab akan makan masa. kereta itu akhirnya dipandu balik oleh abahku. dia seorang je yang pandai bawa kereta macam tu sebab ia pernah terjadi dahulu, iaitu brek tak makan... tetapi taklah sampai terjadi kemalangan seperti aku.

sepanjang perjalanan pulang, aku terfikir mengenai kejadian tadi. hampir beberapa kali aku hampir kemalangan akibat hilang kawalan kereta sebab brek rosak. yang pertama, di plaza tol Ayer Hitam.. aku hampir terlanggar tembok. yang kedua, semasa susur keluar ke Yong Peng, hampir hilang kawalan dan terbabas di pusing keluar tu. ketiga, semasa di tol Yong Peng. 

umurku masih dipanjangkan lagi oleh Yang Maha Melindungi.... kematian rupa-rupanya ada di mana-mana... Allah.... terima kasih kerana menyelamatkan aku daripada kemalangan yang kesannya lebih teruk daripada yang Engkau berikan sekarang yang lebih mudah dan ringan... 

muhasabah buat diriku mengenai apa yang telah dilakukan sepanjang hidup selama ini..

Selamat Hari Raya Aidil Adha!