Daisypath - Anniversary

Saturday, September 17, 2011

Berfikirlah dan Buatlah Pembetulan...

assalamualaikum...

banyak kekeliruan yang berlaku akhir-akhir ni mengenai negara kita.. antaranya yang popular ialah Mat Indera dan isu negara ini tidak pernah dijajah oleh kuasa Inggeris, cuma dinaungi atau dilindungi.

hmm, maksudnya kita tak pernah dijajah, jadi kita tak perlu merdeka. sebab merdeka bermaksud bebas dari penjajahan. apa gunanya PM pertama kita buat di stadium dulu, melaungkan merdeka? 

serius, aku keliru dengan apa yang aku belajar di sekolah selama ini.

ok, kita keluar dari isu ini. apa yang mahu dikatakan ialah ini adalah satu permulaan ke arah ketamadunan. apa yang aku maksudkan, masyarakat mula terdedah dan cuba mencari sesuatu fakta dalam sesebuah isu dari pelbagai sudut. bukan hanya dari satu fakta yang dikawalkan perkembangannya.

masyarakat akan mula berfikir secara matang dan terbuka tanpa bersikap bias atau berat sebelah semasa memahami sesuatu perkara. 

mereka akan cuba menilai dari pelbagai jenis fakta itu tentang sebenarnya yang berlaku dan akan merasionalkan sesuatu cerita atau perkara berdasarkan apa yang diyakini adil dan benar.

apabila perkara itu sudah difahami dan dinilai, suatu cetusan jati diri akan muncul dalam diri. jati diri ini akan memberi kesan terhadap tamadun negara. 

contohnya, masyarakat sedar akan erti kebebasan dan banyak titisan darah telah tumpah dalam siri penentangan terhadap penjajah. rasa cinta akan negara yang membuak-buak akan menghasilkan pelbagai idea dan jalan untuk memajukan negara tanpa terikat dengan pengaruh dari mana-mana kumpulan dan individu. ini dalam aspek negara lah.

itulah pentingnya kita mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber dan kita mengekstraknya dengan menggunakan akal kita. 

buang yang palsu, ambil yang benar, walaupun dirasakan pahit untuk ditelan.

inilah sejarah, memang akan ada yang bersifat bias dan tokok tambah. mungkin disebabkan maklumat sejarah itu diambil dari orang yang salah.

kemudian, mengkelaskan manusia itu dan ini dan kita cuma ikut-ikut saja tanpa mahu berusaha memeriksanya. itu adalah berisiko kerana kita akan dipertanggungjawabkan dengannya di akhirat kelak. 

Firman Allah yang bermaksud: 

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan."
(Al-Hujurat : 6) 

kesimpulannya, banyak lagi benda misteri yang perlu disiasat dan didedahkan kepada umum agar kita benar-benar faham mengenai negara kita dan erti kebebasan. 

biar kita banyak membaca supaya kita lebih bersedia untuk membuat koreksi tentang apa kita faham dan apa yang kita fikir selama ini.

 ini adalah teras agama.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa yang dilakukannya." 
(Al-Isra : 36) 

....dan aku tak tahu sekarang ini nak cakap "selamat hari kemerdekaan"  atau tidak...


selamat tidak pernah dijajah, peace!

maka, berfikirlah dan buatlah pembetulan!


rujukan dibuat dari sini, Dr MAZA.  mungkin ada sedikit perbezaan. 


Saturday, September 10, 2011

Rumah Sewa

assalamualaikum..


post ini ditulis pada 5/9/2011 dan baru dipost hari ini..


 akhirnya aku bersama seorang sahabatku yang juga akan bertugas di tempat yang sama  menyewa sebuah rumah di sebuah taman perumahan berhampiran dengan SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang. rumah ini agak baru kerana sebelum ini ada seorang penyewa yang duduk di situ cuma 3 bulan saja. kemudian, kami yang sewa. sebaik saja tiba di rumah itu pada hari Jumaat, keluarga saya dan keluarga sahabat saya bekerjasama membersihkan rumah itu.

disebabkan rumah itu kosong, kami terpaksa membeli beberapa buah barang keperluan seperti meja dan tilam. rumah itu pada kami agak selesa kerana hanya kami berdua saja yang duduk, kira berbaloi dengan bayaran sewanya, insyaAllah..

rumah ini pada saya sepertinya rumah kos rendah yang ada 3 buah bilik. cat dinding mudah tertanggal, sepertinya cat kapur. master bedroom juga agak kecil dan saya tak fikir selain katil bersaiz king itu, almari dan meja solek dapat dimuatkan dalam bilik itu. lantainya 100% ada tile. percaya atau tak, rumah itu sebenarnya bernilai RM 120,000. ia cukup untuk orang bujang seperti kami tetapi untuk yang berkeluarga besar, entahlah.

nak tak nak, kami terpaksa belajar memasak. nasib baik sahabat saya itu tahu juga memasak berbanding saya kerana saya hanya tahu teori tetapi praktis saya kurang sikit. huhuhu.. masak pun ringkas-ringkas je, biasalah.. orang bujang la katakan.

berdekatan dengan rumah kami ada taman rekreasi Gunung Lambak, kira-kira 3km dari rumah kami. di situ takde air terjun. kalau mahu air terjun, ada di Gunung Lumut, agak jauh sikit dengan rumah kami. jadi, jika bosan-bosan, bolehlah kami hiking gunung.. (saya? ye ke? hohoho)

yang tak best di rumah ini, sukarnya mendapat talian internet. guna talian Streamyx pun susah, talian Celcom tak pasti tapi pernah cuba dulu, tu pun tak dapat. talian Maxis lagi susah rasanya sebab talian telefonnya pun cuma 1,2,3 bar. hmm... jadi katak bawah tempurung la nampaknya. terpaksa la beli surat khabar Sinar Harian yang tulus dan telus.. (macam promote lak..)

jiran-jiran di sini pun baik-baik, terutama jiran sebelah rumah (sebab itu yang yang baru dikenali) lebih kurang sama seperti suasana kampung juga. tetapi di hadapan rumah kami tiada orang duduk, cuma ada selepas selang beberapa buah rumah.

sekarang rasa seronok kerana sudah ada rumah (walaupun disewa.. hoho) dan ada pekerjaan tetap.. alhamdulillah.. kenderaan kena tunggu bila dah dapat gaji banyak.. huhu.. memang sudah ada keluarga yang baik dan bahagia dan kawan-kawan yang baik dan sedia membantu... maka cukuplah dengan apa yang ada padaku ini.. terima kasih.. ^^

hmm, ada lagi yang kurang ke?? 

Friday, September 9, 2011

Seminggu Bekerja

assalamualaikum...

sudah seminggu aku bekerja (5 hari).. satu permulaan baru dalam putaran hidup selepas bertahun-tahun belajar sejak sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi di kampus... alhamdulillah, saya ditakdirkan mendapat kerja yang baik, sekurang-kurangnya dapat membantu aku menjadi hamba Allah yang baik, insyaAllah..

pengalaman bekerja merupakan sesuatu yang mengerikan bagiku. bukan kerana persekitaran yang tidak mesra. padaku, semua pekerja-pekerja di sana baik-baik dan sedia membantu jika bertanya. mereka juga sabar dengan aku yang lambat faham atau ingat tentang sesuatu perkara.

ia merupakan pengalaman yang mengerikan kerana aku seakan kecewa dengan diriku sendiri. aku seakan lambat belajar sesuatu benda. jika dibandingkan dengan PRP yang lain-lain, aku yang paling ketinggalan. mereka sungguh advance dan hebat. memang memberi sedikit tekanan kepada diriku.

kerja aku setakat ini tidaklah begitu berat dan aku belum lagi mempraktikkan perananku sepenuhnya. cuma banyak juga kerja-kerja pengurusan dan data yang perlu dilakukan. ia juga penting supaya maklumat dapat diseragamkan dan di'update' dari masa ke masa. dos-dos ubat dan nama kimia ubat juga tak ingat lagi. otak ini sudah berkarat agaknya. huhu.. kerja-kerja kaunseling juga belum aku lakukan.

sekarang ini aku bertugas di bahagian pesakit luar selama 2 minggu. lepas tu, 2 minggu lagi di bahagian pesakit dalam. akan datang, akan bertugas di wad, klinik kesihatan, stor, bahagian informasi ubat, dan pembuatan (manufacturing). semua ini akan dilakukan dalam masa satu tahun.

secara umumnya, kerja adalah perkara yang menarik kerana kita dapat berjumpa dengan ramai manusia dan belajar mengenai kehidupan. kita dapat juga mempraktikkan apa yang kita pelajari selama ini di kampus, baik dalam kelas atau di luar kelas. semasa belajar di kampus, kita belajar tapi tak dapat dipraktikkan dan akhirnya sukar untuk faham dan ingat. aku masih lagi percaya bahawa belajar dan pada masa yang sama adakan praktikal adalah sesuatu yang bagus untuk kefahaman dan memori. 

ok la, aku sebenarnya mahu kongsi mengenai pengalaman kerja tapi bila baca balik ayat-ayat di atas ni, macam tunggang terbalik je... lebih baik berhenti je la... penat la keje, 8am-7pm tadi... kehkehkeh.. bukan lama sangat pun.... pastu terus bergegas balik ke rumah dan sampai dalam pukul 9pm. esok petang sudah mahu balik ke sana semula.. sekejap betul.... hmmm...

aku mahu satu atau dua lagi kehidupan lain selain daripada kehidupan bekerja ini....

Friday, September 2, 2011

Dah Nak Masuk Kerja Lak!

assalamualaikum..

hari raya keempat, aku dah tak beraya lagi... aku akan pindah ke rumah sewa di Kluang kerana 5/9 dah mula posting... perasaan sedih sebab terpaksa berpisah dengan keluarga dan rumah... cuti lama sangat, hampir 4 bulan... terus tak biasa nak survive macam di kampus dulu.. huhu..

rumah sewa tu akan dibersihkan dan cuci sebab lantainya dah berhabuk tebal... cukup menghitamkan stokin dan tapak kaki... huhu.. peralatan membersihkan pun telah disediakan dan akan dibawa dari rumah.. aku rasa kereta akan menjadi sesak dengan barang-barang aku.

hei, kenapa awal sangat? tak sabar ke...? 
hahaha... bukan tak sabar tapi terpaksa.. wuwuwu.. sebab hari sabtu dan ahad famili akan ke KL untuk hantar adik daftar lak plus beraya ke rumah saudara mara di sana. aku tak dapat ikut la... kena ambil mood nak kerja dulu.. huhu...

rumah tu kosong.. pasti banyak peralatan yang perlu dibeli... gaji lambat lagi lak.. hmm... 

aku tak tahu bila aku dapat online lagi.. kat sana takde internet kecuali kalau aku pasang wireless atau broadband... line kat sana tak pasti elok ke tak sebab area bukit....

fuuuhh, nak mula kerja ni! mood baru datang sikit, dalam 20%.. huhu... sedara-sedara aku dah mula nasihat masa raya hari tu, kerja baik-baik.. jangan ambil rasuah (yang ini, insyaAllah pasti tidak ambil).. kerja kuat-kuat.. kalau tak tahu, tanya senior.... cepat-cepat cari jodoh (adooii, yang ni pun ada gak.... tak tahan betul..)..

aku tak tahu nak anggap ini kerja atau latihan... tapi aku lebih anggap ia sebagai latihan yang disertai dengan tanggungjawab dan amanah terhadap hak-hak pesakit.. berat bunyinye tu.. huh... rata-rata anggap pegawai farmasi ini kerjanya mudah, tidak berat, bersenang lenang, rileks dan goyang kaki... ya, manusia akan menilai apa yang dia nampak.. tetapi tak wajar untuk memandang enteng tanggungjawab orang lain.. ia akan memberi kesan terhadap hubungan dalam komuniti hospital seterusnya terhadap kualiti kesihatan pesakit. 

samalah seperti suri rumah, orang anggap mudah.. goyang kaki, banyak rehat... tetapi hakikatnya tidak.. sungguh banyak kerja yang perlu dibuat dari bangun tidur sampai nak masuk tidur.. 

aku tak rasa kerja yang bakal aku tempuhi adalah kerja yang mudah... sebab itu aku rasa sangat bimbang dari dulu sampai sekarang. aku risau kalau aku akan gagal sebagaimana aku di kampus dulu.

ramai pelik kenapa aku sangat risau... aku semasa di kampus agak teruk... mungkin kursus ini sukar bagi aku tetapi mudah bagi orang lain... aku tahu bila aku kerja ini aku perlu usaha lebih kuat... kalau tak, habislah pesakit.. sebab itu aku sangat bimbang...

aku tak tahu kebimbangan aku berlarutan sampai bila.... huhu.... 


Bertindih Catatannya

assalamualaikum..

dah lama rasanya tak menulis... ada beberapa peristiwa penting dalam hidup yang aku ingin catat di sini... untuk aku... ya, hanya untuk aku dan ia tidak berkepentingan dengan orang lain... 

Penempatan Posting

aku lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri sebagai pegawai farmasi pada 16/8.. aku sememangnya gentar pada tarikh ini kerana bakal ditempatkan di tempat yang aku tak tahu di mana tetapi sudah tertulis takdirnya untuk aku untuk menabur bakti dan mencari pengalaman.

aku banyak kali berperang dengan diri sendiri, mahu lapor diri awal atau lewat. namun, aku sedar perlunya usaha untuk mendapatkan sesuatu kerana jika tidak berjaya, tidaklah terlalu kecewa. oleh sebab itu, aku pilih untuk lapor diri awal.

seawal mana pun aku sampai di sana, awal lagi orang lain. oleh sebab itu aku tak dapat di tempat yang aku mahukan iaitu di daerah aku sendiri dan di daerah sebelah yang jaraknya lebih kurang 45 minit perjalanan. begitulah takdirnya telah tertulis untukku tempat yang terbaik adalah Kluang. jaraknya lebih kurang 1jam lebih perjalanan. 

namun, aku masih beruntung kerana aku masih ada sahabat baik aku semasa di kampus yang turut bersama-sama mendapat tempat yang sama. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya adalah penasihat dan pendengar untuk aku nanti, insyaAllah..

aku juga berterima kasih kepada Allah kerana ditempatkan aku di hospital di daerah itu. memang tak disangka, ketua pegawai farmasi memberi kelonggaran untuk aku dan sahabatku itu untuk lapor diri (mula kerja) selepas raya iaitu pada 5/9. mood aku pada ketika itu tiba-tiba menjadi sangat gembira...hohoho..

jadi, dapatlah aku berpuasa bersama-sama keluarga sepenuhnya, alhamdulillah... sudah lama tak berpuasa penuh di rumah. kali terakhir semasa aku berada di tingkatan 5 kerana aku sekolah harian biasa saja yang berdekatan dengan rumah.. huhu... 

Pencarian Rumah Sewa

aku percaya, bila hati kita tenang memutuskan sesuatu, insyaAllah itu adalah keputusan yang baik. jika terdapat keraguan atau rasa tak sedap hati, mungkin ia mengandungi sesuatu yang kurang elok untuk diri kita sendiri.

sebab itu, bila membuat sesuatu keputusan, perlulah istikharah. tujuannya untuk mendapatkan ketetapan dan ketenangan hati. tidak perlu mimpi tetapi cukuplah jika hati itu tenang dengan keputusan yang diambil. seterusnya, langkah yang diambil berdasarkan keputusan itu lebih dipermudahkan dan tiada halangan atau keresahan dari  mana-mana pihak yang terlibat. 

satu lagi, bila melibatkan keputusan melibatkan ramai pihak, langkah yang terbaik ialah berbincang atau bahasa arabnya, musyawarah.

inilah yang aku pelajari semasa membuat keputusan untuk menyewa rumah. 

Hari Raya Aidilfitri

secara totalnya, mood untuk beraya mula hilang kerana dah nak masuk kerja.... wuwuwu.... tapi bila dah berjumpa keluarga dan saudara mara, perasaan takde mood beraya terus hilang ditambah lagi bila dapat duit raya. masing-masing sound, "ni last dapat duit raya. tahun depan kamu bagi pula.." hahahaha.... last?? heh, terasa dah besar ya... nway, tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima... insyaAllah, aku akan ikhlas dalam memberi duit raya atas tiket sedekah.. ^^

bila dah berkumpul semua, memang seronok. macam biasa, aku dihujani 2 soalan. 

soalan pertama, "bila start kerja? kat mana? dapat quarters atau sewa rumah?"
jawapannya : start keje lepas raya. sekarang tak kerja lagi.. (part ni kena kuat sikit, kalau tak, tak dapat duit raya.. kehkehkeh.. ). kerja di hospital Kluang. sewa rumah je, selalunya quarters tu doktor dan nurse yang dapat. pegawai farmasi macam saya ni mana dapat.. sebab diorang ada oncall..

saya pegawai farmasi (peringkat latihan), saya ada oncall, rumah sewa saya jauh dari hospital, saya takde kenderaan sendiri dan saya tak ok.

soalan kedua, "bila nak tunang? dah ada boyfriend ke belom? entah-entah nanti dapat doktor" 
serius, aku paling tak suka soalan ini.. huhu... sebab aku tak tahu nak jawab macam mana...
jawapannya : ooowwhh, tunang? insyaAllah.... tak tahu bila... boyfriend belom ada tapi bakal suami akan ada. dan tak tahu siapa. doktor?? hmm..... mengapakah mesti... ? nak aminkan ke tak? aminkan je la... aminnn!!!

saya perempuan, saya dah habis belajar di kampus, saya tak fikir lagi pasal perkara ini dan saya ok.

apa-apa pun, aidilfitri kali ini terasa sekejap saja... aku berada di kampung halaman sehingga hari raya ketiga saja... 

Kita Rasa Kurang Senang, Orang Lain Lagi Susah

bila kita melawat orang yang sakit atau susah, pastinya akan menimbulkan rasa keinsafan dalam diri. selama ini kita rasa kita kurang berharta dari kawan-kawan kita yang memiliki itu ini.. lalu kita menjadi kurang bersyukur dan mempersoalkan itu ini, kenapa kita tak dapat, kenapa dia dapat.. 

semasa Aidilfitri, aku bersama saudara maraku melawat saudara mara yang pangkatnya atuk atau nenek kepadaku. aku melihat rata-rata mereka sakit, tidak berupaya untuk menguruskan diri disebabkan tak dapat bangun, lalu terpaksa bergantung pada anak-anak. bila sudah tua, ingatan juga berkurang.. sudahlah sakit, kurang berkemampuan.. aku tak tahu bagaimana mereka survive... bagaimana anak-anak yang menguruskannya dapat tabah dan sabar.. 

aku percaya mereka kuat mental dan fizikal... 

aku tak tahu bagaimana aku nanti.. di manakah ibu bapaku yang sudah tua itu nanti... adakah aku dapat menguruskan mereka dengan baik dan sabar sebagaimana mereka bersabar bila aku menangis tiap-tiap malam... adakah aku akan disibukkan dengan kerja, atau keluarga sendiri... adakah aku dapat bersabar, tabah dan kuat.. Allah...

aku mesti menjadi anak yang paling baik!

Tidak Mahu Tergelincir Lagi

Ramadhan yang baru saja berlalu tidaklah bererti jika selepas ini kita masih tidak dapat membaiki diri kita walaupun sedikit, maka apalah erti hari raya ini yang dikatakan hari kemenangan.

ramadhan lalu, aku baru saja membaca buku Transformasi Ramadhan tulisan Hasrizal Jamil. aku bagi 5 bintang isi kandungannya. cukup baik, kupasan yang jelas dan luar biasa...memberi kesan dalam diri tentang pengertian ramadhan dan hari raya. 

biarlah nilai-nilai baik istiqamah atau berkekalan dalam bulan-bulan akan datang. biarlah sedekah dan keikhlasan itu berterusan menjalar sehingga bulan-bulan seterusnya. segala amalan dan nafsu yang dilatih semasa bulan ramadhan harap-harap dapat diteruskan dan dikawal lagi. barulah itu yang dikatakan kemenangan, al-faizin.. aminn..

SELAMAT HARI RAYA, DENGAN TULUS IKHLAS DARI HATI YANG TERDALAM MAAF ZAHIR DAN BATIN