Daisypath - Anniversary

Saturday, August 20, 2011

Di Dalam Fikiran

assalamualaikum...

hal ini benar-benar menambahkan sesak di kepala kepada kesesakan yang sedia ada... ia sudah hampir mengabaikan hal ini namun tiba-tiba ia datang.... adoiii... 

sudahlah....

ia bukanlah manusia yang baik.. asyik turun naik... 

tidak pantas untuk mereka yang jauh lebih baik (tiba-tiba bahasa indonesia....huhu)

tapi masih mahukan yang terbaik..

apakah layak untuknya dan apakah adil untuk mereka?

itu yang pertama....

yang kedua...

sejauh manakah pentingnya persamaan... 

ni bukan persamaan algebra atau persamaan linear..

maksudnya, begini...

perlukah kedua-dua pihak mempunyai kecenderungan yang sama dalam latar belakang yang masih mempunyai matlamat besar yang sama?

kalau berbeza pada kecenderungan tapi masih sama pada matlamat pula bagaimana?

masing-masing akan saling melengkapi dan membantu...

tapi ia bimbang kecenderungan yang berbeza itu menyebabkannya tidak dapat bagi sepenuh komitmen yang baik...

ia bukan soal 'tak nak' tapi ia adalah mengenai 'tak mampu'...

huh, memang memeningkan... 

aku yang menulis ini pun pening... 

sebenarnya ini semua berada dalam kuasa Allah...

yang jelas fikiran manusia tak dapat melangkaui apa yang ada di belakangnya... 

Sunday, August 14, 2011

Kerja- Tak Sedia Lagi Laa!

assalamualaikum...

sejujurnya,tak sedia lagi untuk bekerja...

borang tak siap isi lagi.. sangat detail... adooii...

nak packing barang pun takde mood... tak rasa nak packing...

lapor diri selasa ni, 16/8..

dah 4 hari hidupku tak tenang kerana memikirkan hospital mana yang bakal aku ditempatkan ditambah lagi dengan persediaan yang hampir sifar...

rumah sewa dan pengangkutan lagi... 

makin fikir, makin serabut...

semoga dibenarkan untuk mula posting selepas raya...

terasa mahu putus nyawa bila fikir pasal ini...

yup, man never knows the future...

sebab itu, perlunya berserah dan redha... 

berdoa dapat tempat yang terbaik...
persekitaran yang terbaik...
kawan yang baik...
baik untuk diri, agama dan dunia pada masa kini dan akan datang...
amin..

jadi, apa perlu buat sekarang?

mengadu pada Allah, berdoa minta yang terbaik, berserah dan redha apa yang dapat...

DIA yang akan jaga kita... Amin..

Allah.... 


Thursday, August 11, 2011

Surat yang Mendebarkan

assalamualaikum...


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui "
(Al-Baqarah: 216)


****************************

hari selasa lalu aku dah ceritakan yang kami dah ditentukan negeri untuk posting. lepas tu, malam tu aku bercadang nak telefon KKM. terseksa jiwa menanti dan merisaukan benda yang tak pasti. ini dikira macam 'afraid of uncertainties" haha...

malam tu aku tak dapat lelapkan mata, terfikir pasal posting ni. pada masa yang sama aku juga tak mahu tidur sebab takut kalau-kalau termimpikan posting ni. mana tahu tergambar tempat, memang psiko la.

jadi, seperti yang difikirkan untuk telefon KKM, aku pun berkobar-kobar mahu telefon tapi tangguh-tangguh dulu. memang saja cari alasan untuk tak telefon. sekejap mahu telefon lepas basuh baju, pastu lepas pukul 10 lebih la. hmm... 

last-last memang tak telefon sebab ada update dalam fb yang surat sudah sampai melalui pos laju. tak payah la nak bazir-bazir untuk telefon. hehe... tunggu saja dengan penuh debaran.

(surat yang telah tersurat dalam takdir... 
-gambar ni format GIF, sebab tu tak nampak-)


kawan-kawan semua sudah dapat tahu negeri masing-masing. kebanyakannya mendapat tempat seperti yang dimohon. (kami diberi peluang untuk pilih 3 NEGERI).ada juga yang tak mendapat tempat seperti dalam senarai pilihannya. mungkin itulah yang telah diaturkan kepada mereka. tidak apalah.

sebenarnya banyak benda yang aku fikir bila nak mula kerja ni. mengenai penginapan, kos nak lapor diri ke sana, pengangkutan, ilmu yang akan digunakan, kawan dan macam-macam lagi. apa-apa pun, aku perlu redha dengan setiap yang ditentukan. cuma berharap, ia tidak menyusahkan ibubapa aku saja.

pada hari rabu petang itu, surat lapor diri telah sampai ke tanganku. alhamdulillah, JOHOR adalah negeri yang terbaik untuk aku kerja. terima kasih Allah. aku terima dengan penuh kesyukuran dan gembira. at least, mudahlah mahu lapor diri nanti. 

pada masa yang sama, aku tahu ada sebab aku ditempatkan di negeri ini. Allah...

aku gembira kerana dapat di tempat yang aku harapkan. aku juga risau akan tanggungjawab baru yang akan bermula. ilmu yang aku pelajari entah ke mana. ada senior yang kata, "belajar melalui pengalaman lagi cepat" amin. semoga dipermudahkan. 

kepada kawan-kawan yang tak dapat apa yang diharapkan, janganlah sedih. InsyaAllah takdir Allah itu yang terbaik. ada sebab kita ditempatkan di suatu tempat. ^^


Tuesday, August 9, 2011

Tak Mahu Kerja!!

assalamualaikum...

Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang berkarya dan terampil (profesional atau ahli). Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah 'Azza Wajalla (HR. Ahmad)

**************

pagi-pagi lagi aku dapat berita mengenai penempatan kerja (ikut negeri, bukan hospital) yang boleh diketahui dengan menelefon ke KKM. ada kawan-kawan yang telah telefon dan mengetahui tempat masing-masing. ada yang dapat tempat pilihan pertama, kedua atau ketiga, malah ada juga yang dapat tempat yang langsung tak dipohon. 


aku tak telefon lagi. sebenarnya aku takut dapat tempat yang entah mana-mana. jadi, aku akan tunggu surat dari KKM je.. ramai kawan-kawan aku buat macam tu. masing-masing cuak.

tarikh mula lapor diri 16/8/2011!!!  ini sudah buat aku menggeletar satu badan, jantung berdenyut laju dan rasa seperti mahu terputus nyawa. nak dekat raya dah. aku rasa kalau lapor diri sebelum raya pasti susah nak dapat cuti raya. biasalah, pekerja baru.

surat dari KKM pun tak dapat lagi. dengar cerita, UKM sudah dapat surat minggu lepas dan akan mula posting 16/8 nanti. at least, ada masa untuk persediaan mental (ni yang aku rasakan lebih penting) lebih kurang 1-2 minggu sebelum posting. tapi kami, lapor diri minggu depan dan surat tak dapat lagi...?? tak mungkin.. 

aku masih berharap tarikh mula lapor diri selepas raya. walaupun pegawai KKM kata minggu depan. aku rasa ia bukanlah satu perkara yang baik. 

pada aku, surat itu adalah makluman rasmi. selagi tak dapat surat berkenaan lapor diri, selagi tu dianggap tiada makluman.. hahaha... jahat tak?

apa pun, aku bercadang mahu lapor diri selepas raya. sebenarnya, ada ruang masa 30 hari dari tarikh mula lapor diri. contohnya, tarikh mula lapor diri 16/8. masih ada tempoh 30 hari untuk lapor diri. tarikh akhir adalah pertengahan bulan September nanti.

tapi, apa kelebihan lapor diri cepat atau lewat? selain 'jadi junior'?

dan aku sudah makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. haisssh....

(gulp!!...)

Monday, August 8, 2011

Hmm...

assalamualaikum...

kebelakangan ni, fikiranku sering terusik dengan suatu persoalan, iaitu tentang pernikahan, pasangan hidup dan seangkatan dengannya. ia datang bukan kerana aku yang mengundangnya tetapi disebabkan faktor persekitaran termasuklah tulisan2 dalam website2 dan blog2, dan juga perkongsian daripada kawan2ku. 

sememangnya aku tak berminat untuk tulis berkaitan hal ini...

cincin berbentuk kotak =)

tak dinafikan, usia awal 20-an terutamanya selepas tamat belajar, persoalan ini merupakan persoalan yang panas. semasa tahun akhir di kampus dulu, ini merupakan topik yang paling kritikal dibicarakan bersama sahabat2ku. ye lah, macam aku kata tadi, ia disebabkan persekitaran, ada kawan-kawan yang sebaya yang masing-masing faham akan kehendak masing-masing.. (kehendak atau keperluan??).

tapi bila di rumah ni, aku kurang berfikir dan kalau ada pun, lebih banyak berfikir sendiri. tiada kongsi2dengan kawan2 seperti dulu. berbahas dengan diri sendiri. kalau berfikir pun, sedikit berfikir mengenai diri sendiri tetapi banyak berfikir untuk orang lain.. hahaha..

secara jujurnya, aku lebih suka bersikap untuk menafikan daripada sikap berharap... 

di rumah ni juga, aku melihat ramai kawan2 yang telah berjumpa jodohnya, alhamdulillah... macam tu lah, bila dah jumpa pasangan yang sesuai sebaik-baiknya cepatkanlah nikahnya supaya terselamat dari fitnah dan hubungan itu mendapat keberkatan. 

ada juga yang akan bernikah tak lama lagi dan ada juga yang telah menemui jalan untuk ke arah itu.

syukurlah kerana Allah sayang pada mereka, terjagalah diri mereka daripada fitnah dan maksiat.

kepada kawan2 yang belum berjumpa jodohnya seperti aku dan mungkin rasa tak tenteram (bukan seperti aku.... haha), janganlah bersedih. mungkin diri kita belum bersedia untuk menjalankan kewajipan untuk tanggungjawab yang lebih besar itu. jodoh itu akan datang pada masa yang tepat. begitu sayangnya Allah pada manusia. Dia takkan memberatkan manusia dengan tanggungjawab yang manusia tidak mampu. 

haram hukum bernikah itu jika menzalimi pasangannya...

berfikiran positiflah. inilah masanya untuk kita memperbaiki dan mempersediakan diri sendiri untuk menjadi manusia yang baik. jangan lupa juga, inilah masanya untuk kita berbakti dengan ibu bapa full time tanpa berbelah bagi. taat pada ibu bapa pun boleh masuk syurga ^^

lupakah yang kita sudah ada keluarga yang bahagia? itu pun sudah cukup dan hargailah masa bersama..

p/s: tiba2 terasa umurku seperti sudah lewat. masih ada lagikah peluang? hahaha... sudahlah, malas mahu fikir.. =)