Daisypath - Anniversary

Saturday, July 30, 2011

Selamat Berpuasa!

assalamualaikum...


(apa ada dengan Ramadhan?)


SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1432 !
 \(^_^)/


Santai: Pengalaman di Bulan Ramadhan

assalamualaikum...

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari)


************************

kurang daripada 24 jam dari post ini mula ditulis, kita akan melangkah ke bulan Ramadhan... insyaAllah... seperti biasa, pada bulan ini kita akan berpuasa selama 30 hari atau sehingga nampak anak bulan Syawal... 



puasa pada bulan Ramadhan ini wajib bagi setiap muslim yang berakal dan baligh... ia adalah rukun Islam...

namun ada kelonggaran untuk golongan tertentu untuk berpuasa seperti ibu yg sedang mengandung dan menyusukan anak yang bimbang akan kesihatannya dan bayinya, musafir yg bertujuan baik, dan orang yang sakit. 
kiranya, kalau mampu berpuasa, maka lebih baik berpuasa. tapi jika risau bila ia puasa akan memudharatkan dirinya, maka diharuskan untuk berbuka. 
puasa yg ditinggalkan itu perlulah diganti pada masa lain (di luar bulan Ramadhan) atau jika tidak mampu berpuasa, hendaklah membayar fidyah dgn memberi makan kepada orang miskin dgn kadar2 tertentu.

apa perkara yang lazimnya kita buat dalam bulan ini? seperti biasa, selain berpuasa, kita akan solat sunat terawih sama ada berjemaah di surau, masjid atau di rumah... bahkan solat berseorangan di rumah pun boleh. solat sunat terawih ini boleh dilakukan sebanyak 8, atau 20 rakaat kemudian, diakhiri dgn solat sunat witir 3 rakaat. ikut kemampuanlah... 
biasanya aku cuma buat 8 rakaat saja. kalau imam sambung 20 rakaat, aku cabutlah awal-awal... hahaha.. muda-muda lagi dah cepat penat.... adoooii..... 

aku teringat semasa di kolej kediaman ke11 dan 2 di kampus dulu, kami akan solat terawih 8 rakaat dan kemudian ada moreh (kuih muih) disediakan. seronok macam ni.. kadang2 penuh perut sebab baru je makan nasi masa berbuka puasa... hehehe... rezeki masa tu memang banyak.. tu tak kira lagi ada kawan-kawan yang beli makanan di bazar Ramadhan dan dikongsi makan bersama.... 

bab rasa malas tu memanglah ada, tapi dikuatkan juga mental ni... ada juga suara-suara halus (bukan schizo) yg kata "weyh, ni sunat je la.... bukan wajib" ntah mana datang ntah suara tu... hahaha... kan syaitan telah diikat.. ni mesti hatiku ini yang jahat.. harap-harap lepas ni dapat lawan suara2 itu daripada muncul dalam kepala otak ni... bagi baik sikit hati ni... heh...

itu citer kat kampus... bila balik kampung, solat terawih di surau kampung.. kalau kat kampus, dikelilingi orang muda dan sebaya.. bila kat kampung, ramai orang tua daripada yang muda.. biasalah, yang tinggal kat kampung pun orang tua, yang muda berhijrah ke luar untuk belajar cam aku dan bekerja..hehehe..  bukan satu masalah pun, tapi suasana tu pelik sikit la... hehehe... at least, dapatlah bersua muka dengan orang-orang kampung ni walaupun tak beramah mesra... mesti makcik-makcik tu pelik, "siapalah budak sesat ni, tak pernah nampak muka pun.." hahaha.... 

bila dah besar sikit terutama masa tahun akhir dulu, kawan-kawan pun ada kereta... apa lagi, bila tak terlalu sibuk, aku dan geng-geng akan terjah ke mana-mana masjid untuk solat terawih. nampak macam "hek eleh, nak solat pun berkira tempat".... tapi aku tak nafikan tempat pun main peranan.. nak bagi naik sikit semangat selain menimba pengalaman, melihat pelbagai tempat dan sudah tentu merapatkan ukhuwah dgn sahabat2.... hehe...

tapi sebenarnya tak banyak pun masjid yg kitorang kunjungi, lebih kurang 3 buah je kot. hahaha... cuma berulang-ulang.. maaf, tak berniat mahu menunjuk nunjuk tetapi aku memang suka flash back scene2 aku bersama kawan2.... maaf...

ada suatu hari tu, tak silap aku ada majlis hari kebesaran di Masjid Negara... tak ingat apa, mungkin nuzul Quran.. geng, kalau ingat beritahulah ye... hehe.... masa tu, YDP Agong dan pembesar negara datang solat di sana... lepas solat, time tu lah aku ternampak isteri Pak Lah, Datin Seri Jane (maaf, aku tak tahu gelaran di hadapannya..) Datuk Shahrizat Jalil pun ada... pertama kali jumpa diorang... hehe... 

pernah satu hari tu, lepas solat terawih, kasut aku hilang... perrrgghh, dah la baru dibeli.. first time guna duit biasiswa... hahaha... adooi.... nasib baik la kawan aku ada selipar jepun spare dalam keretanya, so balik lah ke kampus dengan selipar jepun... kalau tak, silap2 kaki aku hanya dialaskan dgn stokin saja... hehehe.... mula-mula terkilan gak kasut hilang tapi lama-lama, terima sajalah... kawan-kawan yang pujuk.. mungkin orang yg ambil itu lebih memerlukan kasut itu.... yup tidak mengapalah.... biarkan saja... hehe...


kalau tadi kasut hilang, kali ini pula stokin yang hilang.... sebelah je pula tu.. mungkin ada yang tersalah ambil.. hahaha... macam citer Cinderella lak.... kahkahkah..... time ni tak terkilan pun, rileks je... dah belajar menerima... InsyaAllah...
kejadian ini terjadi di masjid di Darul Quran, Kuala Kubu Baru...ia merupakan tempat menarik... aku sangat suka tempat ni... masa tu, aku dan seorang lagi kawanku datang sini untuk menemankan kawanku menziarahi adiknya belajar di sana.. tempatnya cantik, ada tasik, damai dan sejuk... Subhanallah... pernah kitorang terfikir mahu belajar di sana masa study week tapi tak kesampaian... jauh kot tempat tu, lebih kurang 2 jam kalau dari kampusku... hahaha.... terima kasihlah kepada sahabatku itu kerana sudi mengajak aku ke situ... very nice!!


inilah sebahagian pengalaman hidupku yang berkaitan dengan solat terawih ini.. kebanyakannya terlukis semasa aku di kampus bersama kawan-kawanku... sengaja aku catatkan di sini supaya aku tidak lupa dan sebagai salah satu kembara aku di dunia ini... Alhamdulillah.. =)


Friday, July 29, 2011

Kisah Al-Imam Nawawi dan Penguasa

assalamualaikum...


(helang adalah makhluk yang cekap ketika memburu mangsa)

kita mungkin tidak mampu menjadi orang yang cekap tetapi sekurang-kurangnya berusahalah menjadi cekap dengan perbaiki diri dan jadilah manusia yang amanah dan tidak membebankan orang lain atas rasa keakuan dan keegoan kita sendiri... kelak, orang akan membenci dan mendoakan (sumpahan) yang bukan-bukan ke atas diri kita... jangan asyik menjadikan 'tidak mampu' itu sebagai tiket untuk menzalimi orang lain dengan sengaja

******************************


kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.


Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Thursday, July 28, 2011

Nasihat Hasan al-Basri r.a

assalamualaikum.... 

(melihat dunia persekitaran dengan jelas melalui hati dan akal yang terbuka dan bersih lalu berfikir, "adakah Tuhanku suka dan redha dengan semua ini?")

kisah menarik yang penuh dgn nasihat ini dipetik dari sini. 


nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:
“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi suatu kesalahan di sisi agama?  
Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. 
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)
********************* 

Wednesday, July 27, 2011

Takdir yang Tak Terlihat

assalamualaikum...

(perjalanan hidup yang masih jauh dan tak dapat dijangka)


Ibnu Athaillah mengatakan: 

 “Tak ada satu tarikan nafas pun yang kau hembuskan, melainkan ada takdir yang dijalankan-Nya pada dirimu. Karena itu, tunduklah pada Allah dalam setiap keadaan”.


***************************************

pertama sekali, takziah kpd cikgu aku atas kehilangan anak beliau beberapa hari lalu. aku hampir terkelu tak percaya bila terbaca beritanya... cikgu baru saja kehilangan isterinya beberapa bulan lalu... aku tak tahu sama ada mahu mesejkan ucapan takziah kepadanya atau tidak... aku takut ia hanya menambah kesedihan beliau.. aku teringat sifatnya yang selalu ceria dan ketawa ketika di sekolah dulu.. apa-apa pun, aku harap cikgu diberi kekuatan untuk menghadapi semua ujian ini... semoga beliau ikhlas menerimanya... walaupun memang berat....

firman Allah dalam surah Al-Hadid, ayat 22-23 yg bermaksud: 


Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22) (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri (23).


*****************************************

begitulah takdir Allah.. ujian dariNya yang akan meningkatkan darjat manusia ke peringkat yang lebih baik jika dihadapi dengan sabar... sabar itu lebih baik di permulaan ujian.. 

ujian itu merupakan perkara yang baik dan perkara yang buruk.. gagal dan kesedihan itu ujian, berjaya dan kegembiraan itu ujian.. Allah mahu lihat sejauh mana kekuatan dan keikhlasan manusia...

keimanan diuji dengan adakah manusia faham dan sedar setiap yang mereka ada itu (contohnya, harta atau orang yg disayangi) milik mereka atau hanya amanah yang Allah berikan kepada manusia... 

betul, cakap memang senang.... nak praktik cukup susah.... semoga kita semua dapat mempraktikkan kesabaran di awal ujian..

SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADHAN YA ALLAH

Friday, July 8, 2011

Pena Tajam

assalamualaikum...

biarlah puisi-puisinya diabadikan di sini....... 


Unggun


Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

A Samad Said



selepas Unggun, Peludah Warna pula menyusul..


Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said



kini, puisi adalah senjata baru yang tajam seperti tajamnya mata pedang... pena yang tajam mampu mengubah suasana dan manusia sekaligus menaikkan semangat marhaen lalu menikam jantung dan otak si angkuh secara halus... kini, menggelabah sudah..... lepas baju diharamkan, adakah puisi juga bakal diharamkan selepas ini?





Tuesday, July 5, 2011

Demam Xanthophobia Versi SS

assalamualaikum..


terlebih dahulu, terima kasih kepada Tronx013 yang telah mencabar saya untuk menulis entri ini.. cerita beliau boleh dibaca di Suatu Hakikat Perjalanan... =)


(dari kiri: Plankton, Mr Krab, Sandy, Spongebob, Squidwerd, Patrick, Si Obor-Obor Merah, Gary (kucing Spongebob)

(Spongebob suka bermain dengan obor-obor)


Di suatu pagi di sebuah tempat yang terletak di dasar laut…

SS: hai jiran Patrick dan Squidwerd, selamat pagi!

P: selamat pagi Spongebob! Hei, awak kuning!!! (mula terketar-ketar)

SS: eh, memang badan saya kan warna kuning. Sayalah span kuning yang hebat!!

SW: spongebob, awak tak tahu ke? Nah, baca surat khabar hari ni..

SS: tahu apa Squidwerd? Hmmm… Si obor-obor merah mengganas lagi dengan mengeluarkan kejutan eletrik. Penduduk diarahkan untuk tidak memakai pakaian kuning kerana ia akan menarik perhatian si obor-obor dan menyerang kita semua…  warna merah dan warna lain adalah selamat kerana si obor-obor adalah berwarna merah dan tidak akan menyerang…
Ooh, macam tu rupanya…

P: habislah awak Spongebob! Nanti awak ditangkap kerana menarik perhatian Si obor-obor merah.

SS: nanti dulu Patrick! Saya memang berwarna kuning sejak lahir. Lagipun hobi saya menangkap obor-obor. Saya suka obor-obor. Tapi kalau saya ditangkap, siapa akan menggantikan saya bekerja sebagai tukang masak di Krabby Patty? Ooh, tidak!! Apa yang perlu saya buat Patrick, Squidwerd??

SQ: awak tak perlu kerja dan duduk saja di rumah. Dah la, saya mahu pergi kerja. Malas melayan awak berdua.

P: saya rasa kamu patut mewarnakan badan kamu dengan warna merah.

SS: tak mahu la, tak cantik. Hmm, tidak apalah, saya akan mengelakkan diri dari berjalan berdekatan dengan taman obor-obor. Patrick, saya mahu pergi kerja. Selamat tinggal!

P: ok, baiklah. Hati-hati kawan. Saya mahu tidur.

Sepanjang perjalanan ke tempat kerjanya, Krusty Krab…

SS: apa nak ditakutkan, obor-obor merah suka dengan saya! Hahaha… tapi sekarang dia tengah mengganas… hmm, takutnya saya kalau kena tangkap… saya akan dikurung dalam penjara…  saya akan diherdik dan terpaksa makan makanan yang tak sedap…takde Krabby Patty lagi!

Tiba-tiba…

Mr P: hoi kamu, span kuning!!!! Tunggu!!! Berhenti di situ!!

SS: alamak, Mr P??? macam mana ni??? Lari ke Krusty Krab lah.. nanti Mr Krab boleh bantu saya. Lariiii….

Mr P: woi, jangan lari span kuning!!

Sesampainya di Krusty Krab…

Mr K: Spongebob, kenapa kamu berlari-lari ni? Kena kejar dengan hantu ke?

SS: bukan Mr Krab, Mr P kejar saya. Tengok tu, dia dah datang.

Mr K: alamak, habislah perniagaan saya. Duit! Duit! Duit! Saya akan dituduh bersubahat dengan kamu menarik perhatian Si obor-obor merah.

Mr P: hello span kuning di sini kamu rupanya!

Mr K: ambillah dia Mr P, asalkan perniagaan saya tak ditutup. Saya tak bersubahat dengan dia.

SS: oh, Mr Krab… (sedih) Mr P, saya tidak bersalah. Lihat, memang badan saya berwarna kuning sejak dilahirkan. Saya tak berniat untuk menarik perhatian Si obor-obor walaupun saya sangat suka dengan mereka. Jangan tangkap saya Mr P.

(Mr P)

Mr P: ooo, Nampaknya sudah ada salah faham. Saya panggil awak tadi sebab saya mahu puji awak yang Krabby Patty yang awak masak sangat sedap dan saya sangat sukakannya!! Boleh buatkan untuk saya Krabby Patty yang lazat dan istimewa??

SS: ooo… oooohh……… macam tu ke? Hehehehe…. Ok, saya akan buatkan Krabby Patty istimewa untuk Mr P sekarang!!

tamat

cerita ini adalah rekaan penulis semata-mata yang diadaptasi dari kartun Spongebob Squarepants dan keadaan sekeliling yang berlaku sekarang. ketakutan masyarakat terhadap sesuatu perkara menyebabkan apa-apa yang TERKAIT secara tidak langsung turut menerima kesannya. 

Pengajaran :

1. Berani kerana benar.
2. Memberi kerjasama bila diminta berbuat demikian.
3. Tidak membuat huru hara kerana marahkan orang lain.
4. Bersangka baiklah terhadap saudaramu.