Daisypath - Anniversary

Friday, June 24, 2011

Editing: Mons Klint

assalamualaikum...

hasil cubaan mengedit gambar menggunakan PS 5... sumber gambar diperolehi dari pak cik saya dalam facebook...





Thursday, June 23, 2011

Dari Selatan Ke Utara, Balik Semula ke Selatan (2)


assalamualaikum...

Hari Keempat

Di KL

kami seramai 16 orang berkumpul di Ehsan Ria pada pukul 7am.. kami bertolak meninggalkan KL pada pukul 7.30am.. sebanyak 2 buah kereta dan sebuah MPV digunakan dalam trip kali ini... perasaan gembira mulai muncul dalam hati... tambah lagi, aku memang tak pernah menjejakkan kaki ke utara tanah air...

(Ehsan Ria Condominium... tempat kami berkumpul)


(menunggu sebentar)

kereta pertama: gjoe, zety, nadia dan aku
kereta kedua: izaan, asyraf, rusdiah, hanisah dan rosma
MPV: duang, joned, azmi, pain, fiza dan anisah


(kereta kami)

(membaca doa sebelum memulakan perjalanan)


Di Perak

(dari KL ke Tambun, Perak)

destinasi pertama kami ialah Tambun, Perak.. kenapa Tambun? kami akan bersarapan di rumah kawan kami, Yeopmie... dialah photographer kam selain dari Gjoe dan Pain.. hahaha... di rumah Yeopmie, kami dilayan dengan baik sekali oleh keluarga Yeopmie.. kami dijamu dengan nasi lemak dan kuih muih yang pelbagai jenis.. sedap dan kenyang rasanya... terima kasih Yeop!


(Yeopmie gembira menerima kehadiran kami.. hoho)

(rehat-rehat sebelum meneruskan perjalanan)

(banyaknya kuih!)



(di rumah Yeopmie)
Di Penang


 (dari Perak ke Penang)


dalam pukul 11am, kami sambung perjalanan ke Penang.. Yeop turut serta dalam kereta kami... kira-kira pukul 12pm, kami sampai di Penang lalu menaiki Jambatan Pulau Pinang.. kami tak dibenarkan berhenti di tengah-tengah jambatan..


(di atas jambatan)

(Gjoe memandu tanpa rasa penat..huhu)





(ke Hotel Tune, Penang)

kira-kira pukul 2pm, kami tiba di Hotel Tune, tempat penginapan kami untuk satu malam setelah puas pusing-pusing keliling Komtar mencari jalan ke hotel ini.. Gjoe yang memandu kereta sangat tabah mencari jalan di tengah-tengah bandar itu.. co-pilot, Yeopmie di sebelahnya juga tak kurang hebatnya... membantu Gjoe mencari jalan.. kami di belakang senyap saja sebab memang tak tahu apa-apa.. huhu..


(Tune Hotel)

(berposing di lobi)

selepas check-in, kami berehat dalam bilik masing-masing.. satu bilik memuatkan 3 orang, rusdiah, zety dan aku... biliknya tak seluas mana tapi ok la.... selepas berehat dan solat, kami teruskan dengan misi kami iaitu ke Padang Kota Lama...


(di Padang Kota Lama)

Padang Kota Lama ini terletak di tepi laut.. tempat ini sangat popular dengan pasembur.. pasembur ini macam rojak, ada cucur udang dan pilihan lain seperti bebola ikan dan lain-lain... rasanya sedap.. sampai saja di sana, kami mengambil tempat duduk... lalu kami diserbu oleh beberapa orang pekerja dari kedai-kedai yang berlainan.. kami berasa sedikit rimas sebab seolah-olah didesak... adooi... kami ada memesan char kuey tiau tapi kualitinya agak rendah... lebih baik di Padang Kota Lama pesan pasembor saja...


(gerai-gerai yang ada di Padang Kota Lama)

(sedapnya pasembor!)

(cendol... nway, cendol di bandar Batu Pahat lagi sedap..hehe)

(makan dulu sebelum berjalan-jalan)

(posing lagi.... heh)



Part 3: Pusing-pusing di Penang

Beli Kereta...

assalamualaikum...

bila ditanya kereta idaman, aku tak tahu nak spesifik pada kereta apa.. sebabnya aku tidak tahu berapa banyak jenis kereta yang ada di dunia ini dan setiap model-modelnya... selalunya aku akan cakap saja BMW ke, Honda Jazz atau CR-V.. itu saja yang selalu aku nampak di jalan-jalan raya... 

disebabkan tak lama lagi aku akan mula bekerja, maka aku mula memikirkan apa kereta yang mahu dibeli nanti... semestinya aku mementingkan design luar dan dalam, keselesaan dan harga.... pasal enjin atau spesifikasi lain, aku tak pakar.... hahaha... itulah kelemahan... 

semalam aku buka satu persatu website jenis kereta yang ada di dunia ini, aku tak pasti kalau ada yang aku terlepas sebab senarai jenama kereta aku rujuk dari sebuah blog... ada banyak jenama yang jarang didengari seperti Alfa Romeo, Bufori, Chana, Fiat, Lotus, Lexus, Mahindra, Mitsuoka, dan Sukoda. pastinya harganya mencecah ratusan ribu ringgit..

model-model kereta di bawah ini merupakan kereta-kereta yang aku fokus lebih... nak beli ke? hahaha... tak pasti lagi... cantik dan mahal.. rata-rata model model-model ini berharga RM 70k-90k, tak termasuk insurans kenderaan yang hampir bernilai RM 2k. model yang terakhir di bawah ini paling rendah RM 99k.. kelass!! 

gambar-gambar di bawah ini aku ambil dari Google Image lalu aku edit gambarnya untuk lebih menarik...  ini adalah cubaan pertama aku mengedit gambar, jadi hasilnya akan diperbaiki dari masa ke masa.. 

aku lebih suka kereta yang nampak sporty dan cool.. hehe.. 

(pernah naik kereta ini... selesa, senyap dan serap hentakan dengan baik)

(boleh tahan.... interior design juga ok.. [padahal tengok pada dashboardnya saja.. huhu].. i like!)

(i like!)

(suka design belakangnya)

(yang ini mahal sikit... kedua-dua interior dan exterior design agak menarik)

p/s: kalau aku ada printer berwarna yang cantik, pasti aku akan mencetaknya dan lekatkan dalam bilik... hohoho... oppss, nanti jadi macam bilik lelaki pulak dah.. (-_-")

Friday, June 17, 2011

Ragu-ragu?

assalamualaikum..



saya sayangkan agama saya, bangsa saya dan negara saya... apa-apa pun agama mengatasi segala-galanya. agama menjamin keadilan dan kebaikan kepada seluruh manusia di dunia ini tak kira apa bangsa atau agama. 

saya hairan dengan apa yang berlaku... 

memang benar, mengajak orang ke arah kebaikan lebih mudah... menentang kezaliman dan kemungkaran itu sukar dan menyebabkan manusia berfikir 2, 3 kali untuk melakukannya... 

janganlah ada takut dalam diri... (T_T)

saya tahu ini adalah permulaan untuk satu kembara yang tak pernah rehat... 

saya bukanlah serangga perosak... ini adalah muhasabah untuk memberi manfaat kepada semua...

bersabarlah... yakinlah dengan Allah dan kebenaran... bersyukur dengan ujian yang datang kerana ia adalah tanda perhatian Allah kepada kita....

rezeki datang dari Allah, manusia hanya memegang amanah dan perlulah amanah dalam setiap tindakan... jika tidak, rosaklah alam...


diulangi, saya sayangkan agama dan negara saya... tiada keraguan...



Thursday, June 16, 2011

Buaya di Costa Rica

assalamualaikum...

post kali ini aku mahu berkongsi cerita mengenai buaya yang aku tonton dalam National Geography Wild. kenapa tiba-tiba buaya pula? hehe... sebab aku merasakan ia menarik untuk dikongsi bersama. 

kisahnya bermula apabila seorang saintis, yang lebih macam pemburu buaya, iaitu Brady Barr mendapati kebanyakan buaya-buaya di sebatang sungai di Costa Rica, sebuah negara di benua Amerika Selatan mengalami kebutaan. bila haiwan ini hilang keupayaan melihat, sudah tentu akan menjejaskan keupayaan haiwan itu untuk memburu.


(Costa Rica)

ia amat membimbangkan lalu antara hipotesis yang dibuat mengenai sebab kebutaan ialah yang pertama, kesan dari bahan-bahan kimia yang dibuang ke dalam sungai tersebut dan sebab yang kedua, berlaku jangkitan pada mata buaya lalu menyebabkan keradangan dan akhirnya menjejaskan penglihatan.

mata buaya yang sihat berwarna jernih atau lutsinar seperti mata kucing tetapi bila buta, matanya berwarna kelabu.

(mata yang sihat)

(mata yang buta)

kajian dimulakan untuk mengenalpasti punca sebenar kebutaan. pemburu buaya ini bersama beberapa pakar haiwan dan orang yang berpengalaman mengendalikan buaya mula menangkap beberapa ekor buaya untuk dijadikan sampel. nak tangkap buaya bukan senang dan memerlukan keberanian dan kepakaran yang tinggi. buaya diumpan dengan ayam supaya ia ke tebing untuk memudahkan para saintis ini melakukan kerjanya. 

bila sudah dapat diumpan, mulut buaya itu diikat dengan alat seperti di bawah untuk mengelakkan ia menerkam manusia.

(Brady Barr menggunakan alat untuk menangkap buaya)

buaya yang mahu ditangkap dipilih matanya yang berwarna kelabu. apabila buaya berjaya ditangkap, buaya ini ditutup matanya untuk mengurangkan keupayaannya bertindakbalas. beberapa orang akan duduk di belakang buaya tersebut untuk mengelakkan ia daripada bergerak pantas lalu menyerang manusia itu. 

(dah berjaya tangkap, duduk di belakang buaya)

mata haiwan itu diperiksa dengan menggunakan alat khas bagi mengesan kecederaan yang ada dalam mata. didapati pada mata buaya  yang tidak sihat itu terdapat garisan seperti kecederaan. ia mungkin disebabkan oleh trauma. 

(doktor mata haiwan memeriksa mata buaya menggunakan alat khas)

kemudian, buaya itu diukur panjangnya dan beratnya bagi mengetahui buaya itu sihat atau tidak. maksudnya, buaya ini cukup makan atau tidak. kebanyakan buaya-buaya ini sihat dan membesar dengan baik. 

sirip yang terletak di belakang berhampiran ekor buaya itu diambil sebagai sampel untuk mengetahui kehadiran kesan kimia atau apa-apa pada haiwan itu.

sampel air sungai juga diambil untuk memastikan apakah bahan kimia yang terkandung dalam sungai itu. 

setelah uji kaji, bahan kimia yang ada di sungai itu tidak bertindak ke atas mata buaya dan menjejaskan penglihatannya. 

pemerhatian disambung lagi... 

kebanyakan buaya yang mengalami kebutaan terdiri daripada buaya jantan yang sudah besar. buaya betina dan buaya jantan yang masih kecil tidak mengalami kebutaan ini. 

cara hidup haiwan ini diperhatikan. buaya-buaya jantan selalu bertarung sesama sendiri apabila merebut pasangan dan tempat tinggal sebagai cara untuk meneruskan hidup. pertarungan yang ganas dan bertenaga ini  menyebabkan ada yang tercedera. antara bahagian yang terlibat ialah mata dan kulit pada badan dan kaki. kebanyakannya buta sebelah mata.

satu persoalan, adakah buaya dapat memburu makanan bila ia kehilangan penglihatannya? 

kajian telah dilakukan ke atas seekor aligator yang dihilangkan penglihatannya sementara dengan menggunakan sejenis hasil petroleum. aligator itu bertindak balas bila ia mengesan riak-riak air. inilah cara aligator mendapatkan makanan selain daripada daya penglihatan. apabila bahagian bawah badan aligator disalut dengan sejenis getah, ia gagal mengesan riak-riak air dan tidak bertindak balas. 

fenomena kebutaan di kalangan buaya di sungai di Costa Rica menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. ini disebabkan kepadatan buaya yang tinggi di kawasan ini. ini mungkin disebabkan penghijrahan buaya akibat pembangunan di habitat asalnya lalu mereka bersaing dengan buaya-buaya di sungai ini untuk mendapatkan tempat tinggal. pertarungan kerap berlaku dan bilangan haiwan yang mengalami kecederaan mata semakin meningkat. 

diharapkan pihak bertanggungjawab dapat memindahkan buaya-buaya ini supaya tidak terlalu padat di sesuatu kawasan. 

ternyata, kerosakan alam itu berlaku disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri...

boleh juga lihat pada website asalnya di sini. sumber gambar juga di sini.

Dari Selatan ke Pantai Timur Pula...

assalamualaikum...

7 Jun 2011

aku bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 2pm dengan bas dan tiba di sana pada pukul 6.30pm.. tujuanku ke KL pada kali ini adalah untuk join kawan-kawanku pergi walimah sahabat kami, Kak Naziefah di Seberang Takir, Terengganu.. yeaaaahhh!!! tak sabar-sabar nak jumpa mereka...

ada 3 buah kereta yang ikut serta dalam trip kali ini.. kereta pertama dinaiki oleh Aiman, Asri, Qayyum dan Rusydi. kereta kedua: kak Ulfah, Fitrah, kak Ida, kak Zana dan aku. kereta ketiga: kak Wi, kak Zati, kak Lina, kak Syida dan adiknya, Haikal.

kami bertolak ke Terengganu pada pukul 10.40pm.. perjalanan kami di dalam kereta penuh ceria dan gelak ketawa kerana masing-masing bertukar-tukar cerita (ayat retorik sikit)...kami singgah sebentar rumah kak Wi di Kuantan pada pukul 1am untuk berehat sebentar. sebenarnya kami keberatan untuk singgah memandangkan hari sudah larut malam tetapi mak kak Wi telah menyediakan makanan untuk kami. jadi tak eloklah jika kami menolak jemputannya.

bila sampai di rumah kak Wi, kami terkejut kerana ada tilam siap terbentang di ruang tamunya. aiii... ni kena bermalam di sini nampaknya... setelah menolaknya secara baik, kami tetap meneruskan perjalanan seperti yang dirancang..

8 Jun 2011

perjalanan diteruskan sehingga kami berhenti untuk solat subuh di sebuah daerah di Terengganu (sebelum Marang). selepas solat, kami teruskan perjalanan ke homestay kami di Seberang Takir. bersarapan di homestay dan berehat. kalau di Terengganu, pasti nasi dagang menjadi buruan... haha.. saya sebenarnya tak berapa minat nasi dagang tapi makan saja bila sudah dihidangkan. selepas mandi dan bersiap-siap, kami bercadang untuk pergi jalan-jalan. nak mula gerak tu punyalah malas sebab kepenatan setelah semalaman berjaga di dalam kereta.

(Muzium Negeri Terengganu)

destinasi pertama ialah Muzium Negeri Terengganu. ia berdekatan dengan Taman Tamadun Islam. waah, masa untuk belajar sejarah negeri ini. hehe... sebenarnya saya sudah pergi ke muzium ini 2 tahun lalu bersama kawan-kawan saya, iaitu Alin, Marina, Shazni dan Yana. ketika itu saya masih di tahun dua. 

(geng kami)

dengn tiket RM5, kami masuk ke muzium itu. di dalamnya ada pameran lukisan, kain, tembikar, senjata lama, perhiasan diraja, kitab-kitab lama dan juga pameran cari gali petroleum di persisiran pantai Terengganu. ada kawan-kawan saya yang gigih membaca kitab-kitab lama yang menggunakan tulisan jawi lama.. hehe.. 

(naik keretapi mengelilingi muzium)

perut pun sudah lapar, nak jalan pun tak larat. hehe.. kami pergi ke sebuah gerai di bandar Terengganu selepas selesai solat. harga makanan agak mahal. mungkin sebab dia tahu gerainya tumpuan pelancong seperti kami. hoho... 

selepas cas semula tenaga, kami pergi shopping di Pasar Payang. fuuhh, banyak betul durian dijual di tepi-tepi pasar itu. semuanya warna kuning dan berkualiti baik. haaiiii, kalau ibu dan abah saya ada masa tu, pasti sudah beli durian-durian itu. hehe.... saya tak shopping apa pun di situ, hanya beli makanan sebagai buah tangan untuk adik-adik di rumah. saya pun dah tak tahu nak beli apa di situ sebab dalam masa 2 tahun, dah 4 kali saya ke situ. apa yang dijual, sama saja, takde bezanya.. 

haa, lupa nak bagitahu. kami pergi balik ke pasar payang tu dengan menaiki bot. wahahaha.... best, best... (tapi yang kat Langkawi lagi best sebab laju.. =P) kereta diletakkan di jeti Seberang Takir dan naik bot dengan harga RM1 sehala. 

(naik bot ke Pasar Payang)

selepas penat berjalan-jalan di pasar payang (sahabat muslimat je, yang muslimin ada sumber kata hanya duduk makan-makan saja (=,=') ) kami bergerak pergi ke pantai (tak ingat nama pantai tu apa). di sana ada jual makanan laut seperti udang goreng, sotong goreng dan keropok lekor. kami segera membeli air kelapa dan makanan-makanan itu dan lepak di tepi laut sambil makanan melihat panorama yang indah. hehe... bila maghrib, baru la mahu pulang. biasalah, orang seperti kami seperti aku jarang jumpa laut. 

penat. selepas solat maghrib berjemaah di homestay, masing-masing terus terbaring di hadapan tv. hehe.. kebetulan kami sudah janji kepada seorang sahabat kami yang akan nikah tu, Kak Naziefah untuk datang ke rumahnya yang tak jauh dari homestay kami untuk membantu apa-apa yang patut. dengan mata yang mengantuk, kami pergi ke rumah Kak Na. bila dah sampai sana, rasa mengantuk pun hilang sebab kami dihidangkan dengan makan malam. Ambooi!! hahaha... event malam tu hanya melibatkan muslimat saja.. hehe.. 

itulah, ingat mahu tolong-tolong tapi macam dah ramai pula orang kampung yang bergotong royong. hehehe.. so, kami minta diri dulu memandangkan tiada apa kerja untuk dilakukan. 

tengok jam baru pukul 10.30pm. hmm, timbullah idea untuk berjalan-jalan lagi. bila ada kereta dan boleh memandu sendiri ni, langkahnya besar sikit. hihihi... jadi, Pantai Batu Buruk menjadi tumpuan untuk bersiar-siar. pantai tu terletak di bandar Terengganu. dekat saja. pukul 12.30am, barulah sampai homestay. (perjalanan lebih kurang setengah jam).

9 Jun 2011

pagi ni sarapan di rumah sahabat kami, Zakiyah seorang pelajar kejururawatan. sarapan nasi dagang lagi. hehe.. apa-apa pun ok juga asalkan kenyang. selepas itu, kami terus gerak ke masjid tempat Kak Na nikah. kami hanya dapat menyaksikan separuh saja.. terlambat. selepas itu, kami pergi ke rumah Kak Na dan menyemak di bilik pengantin. hehe.... sahabat-sahabat lain semua teruja sebab salah seorang sudah bernikah. tunggu giliran yang lain pula. 

selepas makan dan bergambar, kami bertolak pulang ke homestay untuk bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. lepas solat Zuhur kira-kira pukul 3pm kami bertolak pulang. sahabat-sahabat muslimin tak balik sebab mahu berjalan-jalan lagi. jadi, kami dua kereta saja yang beransur. 

perjalanan pulang kami memakan masa hampir 9 jam kerana banyak lori besar di jalan raya sepanjang Marang hingga Cherating sebab jalan di situ dua hala dan cuma ada satu jalan saja bagi setiap hala. saya lihat, Kak Ulfah yang memandu kereta maintain sabar dan tidak mengeluh. kagumnya... kebosanan perjalanan dalam kereta kami diisi dengan pengisian oleh Kak Rozana berkaitan dengan persoalan fiqh, diselangi dengan cerita-cerita lucu dari sahabat-sahabat yang lain terutamanya Kak Ida. sahabat muslimin asyik bertanya via sms "da sampai mana?" hahaha... ingat sudah lupa kami...


alhamdulillah, pukul 11 lebih kami selamat sampai di Kuala Lumpur. pengalaman yang menarik bersama mereka. harap-harap dapat join lagi bila ada lagi event bersama mereka. dengar kata bulan Oktober nanti ye? tak tahu jadi ke tak...


10 Jun 2011


aku bertolak pulang ke Batu Pahat. tiket bas telah dibeli awal-awal lagi sebab risau kehabisan tiket kerana cuti sekolah telah tamat. kawanku, Nadia, Fiza, Pain dan Anisah telah menghantarku ke Terminal Bersepadu Selatan. hehehe... macam mahu hantar naik kapal terbang pula. sebelum tu, aku dan Fiza pergi ke perpustakaan fakulti perubatan UM. opps, bukan untuk meminjam buku tetapi untuk membayar denda lewat pulang buku. nasib baik denda saya 90 sen saja. hehehe.. 


aku meninggalkan Kuala Lumpur dengan harapan untuk datang semula pada masa akan datang. insyaAllah, semoga dipermudahkan.. =)

Wednesday, June 15, 2011

Dari Selatan ke Utara, Balik Semula ke Selatan (1)

assalamualaikum...

Hari Pertama

aku pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri di rumah atuk sebab beliau akan pergi umrah akhir bulan Mei ini... semalam baru je lepas presentantion thesis... hari ni terakhir aku bergelar bekas pelajar.. insyaAllah.. 

ini kali pertama aku pulang ke kampus sebagai seorang siswa yang baru habis belajar.. soalan pertama dari makcik-makcikku, "dah jumpa belum?" kahkahkah.. biasalah, ini soalan standard... aku hanya tersenyum... "belum lagi, masih tak jumpa.. sapelah saya ni"... hahaha.. biarkanlah saja... 

kenduri yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja bermula pada waktu maghrib... selepas bacaan yasin dan tahlil, ada sedikit jamuan... jamuan agak istimewa iaitu BBQ.. kenduri makan BBQ? hahaha... sekali-sekala beb.. seronok dapat berjumpa dengan ahli keluarga sebab dah lama tak berkumpul..

aku sekeluarga pulang ke rumah pada pukul 10.30 malam.. esok akan pulang semula ke KL untuk mengambil barang-barang aku yang masih ada di kolej lagi.. huh, ulang-alik saja aku ni...

Hari Kedua

perjalanan ke KL dengan menaiki MPV bersama keluarga bermula pada pukul 8am.. setelah sampai di kolej, kerja-kerja memunggah barang dari bilik G56 tingkat 4 ke kereta dimulakan... 4 kali turun naik... 

selepas itu, aku mengajak keluargaku pergi melawat ke fakulti perubatan.. dekat saja, jadi kami berjalan kaki.... sepanjang lawatan, aku bercerita mengenai kehidupanku di sini sepanjang 4 tahun.. 

setelah penat melawat, tiba masa untuk mengisi perut.. lalu aku ajak mereka makan di Ali Cafe, berdekatan dengan balai bomba... sebelum itu aku ada beli kek SR untuk mereka.. jadi sebelum makan, kami melantak dulu kek... hahaha... pembuka selera namanya...

kira-kira pukul 4.30pm, keluarga aku pun pulang ke kampung bersama barang-barangku.. aku tinggal di kolej kerana masih belum check out dan aku memang perlu tinggal di KL dulu sebab ada PharmTour Sayonara Trip ke utara tanah air...

malam itu, aku menghabiskan masa dengan sahabatku... sebelum kami akan membawa haluan masing-masing...

Hari Ketiga

hari ini aku check out bilik lalu aku jadi parasit sebentar di bilik sahabatku yang masih belum keluar lagi.. bersiap-siap juga untuk trip esok harinya... 

malam itu, sempat juga aku siapkan kad untuk ulangtahun kelahiran sahabatku itu... tarikhnya 18 Mei, tetapi aku telah berinya awal-awal lagi... sebab pada 18 Mei, aku tiada talian internet...

p/s: tiada gambar di sini... sebab itu aku mahukan DSLR =P


Part 2: Bermulanya Trip ke Utara!

Friday, June 3, 2011

Teratak

assalamualaikum...


tengah-tengah buka satu page di fb, terjumpa lak benda alah ni... barang baru beb!


klip video ni tajuknya "Teratak" yang dinyanyikan oleh The Wayferers (Ibu Lin, Iman, Muadz,Mus'ab) dan wow, DS Anwar Ibrahim! boleh tahan...
Teratak
Teratak awal segalanya
teratak membawa bahagia
bagai cahya mahkota bertahtakan permata
teratak selalukan ada di jiwa

Teratak berbagikan cerita
teratak menangis dan tertawa..
bagai payung melebar digerimis senja
teratak selalu kan ada di jiwa

(Chorus)
Bukan mahligai karun yang di tengah gurun
hanya sinaran kasih dan sayang
cintanya bagai cahaya menerangi semesta
mari bersama hadapi segalanya

Teratak berbagikan cerita
teratak menangis dan tertawa..
bagai payung melebar digerimis senja
teratak selalu kan ada di jiwa

(Anwar Ibrahim)
Damai,
jaringan nadi darahku
takku dengar lagi seteruan ?

Damai
jaringan degup jantungku
curiga sengketa hingga kau
berkorban untuk semua
cinta damai hadir saksama
sejahtera selamanya


Ceritra..Istana yang terindah.. mari bersama hayati meniti cahaya ilahi

p/s: sedang menunggu lagu "PM Kita" ciptaan ND Lala =)

Wednesday, June 1, 2011

Supershock!

assalamualaikum...

hari ini aku lewat membuka laptop... rasa malas nak buka bila berada di rumah... selalunya kalau di kampus dulu, buka 24 jam kerana memang takde benda lain lagi nak dibuat... jadi, memang setiap saat diriku akan updated dengan pelbagai perkara...

bila di rumah, aku menonton tv... tak tertonton pula berita di tv tu... hmm... jadi, nak update berita, buka internet..

hari ni aku dapat tahu yang tarif elektrik akan diselaraskan atau bahasa yang mudahnya dinaikkan... atas alasan nak selaraskan (nak samakan) dengan kenaikan harga gas asli yang Petronas jual kepada pengeluar tenaga lain.. (untung la ek?) tarif elektrik ini akan dinaikkan setiap 6 bulan... 

(supershock!)

Purata tarif elektrik berkuatkuasa esok akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj.

eh, jap... Petronas ni dapat gas asli dari mana? kalau dari negara sendiri, buat apa nak ikut harga yang dijual kepada antarabangsa? berapa harga sebenar bahan api ni kalau dikatakan ia dibeli dengan harga yang mahal? 

jadinya, nak samakan harga bahan api yang dijual di peringkat antarabangsa dengan yang dijual untuk keperluan domestik... kiranya, kalau harga bahan api tu meningkat, tarif elektrik di negara akan meningkat... kalau harga bahan api tu menurun, tarik elektrik akan menurun ke? sebab masa harga minyak dunia turun, harga minyak di negara ini terus naik.... aku tak faham apa mekanisme yang digunakan.... 

mekanisme FCPT (Fuel Cost Pass Through) akan digunakan bagi menentukan tarif elektrik pada masa akan datang... FCPT ini maksudnya pengguna terpaksa menanggung kos bahan api... 

jadi, apa-apa perubahan pada kos bahan api yang digunakan untuk menjana tenaga, sama ada naik atau turun, akan ditanggung oleh pengguna.. FCPT ni akan dikaji setiap 6 bulan, sebab tu tarif elektrik akan diselaraskan setiap 6 bulan...

benar, harga gas di negara jiran seperti Singapura dan Thailand lebih tinggi dari negara ini tetapi selepas kenaikan tarif, kos elektrik di negara ini hampir sama dan lebih tinggi dari negara jiran. sumber

dikatakan 75% pengguna elektrik yang menggunakan kurang 300kW unit tenaga sebulan takkan terjejas dengan kenaikan tarif yang baru ini... aku tak pastilah 300kW tu banyak mana... cuma mungkin pengguna yang menggunakan elektrik di rumah sepanjang masa seperti suri rumah yang buat pelbagai kerja-kerja rumah akan mengalami sejumlah unit elektrik yang lebih tinggi... huh, dah la cuaca sekarang panas je semacam... nak pasang air-cond, kena fikir dua kali...

ia juga akan memberi kesan terhadap industri-industri yang menggunakan jumlah tenaga yang lebih besar termasuk industri makanan... kesannya, harga barangan dan makanan akan meningkat... satu masalah apabila pengguna dihimpit dengan pelbagai faktor kenaikan harga barang sebelum ini seperti kenaikan harga minyak, dan gula, dan sekarang ditambah lagi faktor kenaikan...

aku peliklah, beberapa hari lalu masa RON95 tak jadi naik setelah ada khabar angin yang meluas, heboh dalam media kata kerajaan prihatin terhadap rakyat.. tapi prihatinnya sekejap je rupanya... bila rakyat dah tenang sebab takde kenaikan RON95, tarif elektrik pula dinaikkan... hmm, kata rakyat didahulukan?

p/s: "rakyat didahulukan (disenangkan) hanyalah ilusi.... rakyat didahulukan (dibebankan) adalah realiti.." 

sekarang nak beli itu ini dan nak ke sana sini pun aku dah fikir dua kali.. sesiapa yang tak rasa susah, tak perlu nak salahkan rakyat dan suruh bersyukur dengan ketidakcekapan ini...

Menonton Imam Muda

assalamualaikum...

alhamdulillah, minggu ini adalah minggu paling relaks sekali... seperti terlepasnya suatu bebanan taklifan yang amat berat di bahu... maka, mulai semalam, dapatlah aku tidur dengan lena, makan dengan kenyang, menonton tv tanpa rasa  bersalah... mimpi-mimpi yang mengerikan sudah pun berlalu... yeaayy!!! 

(yeeaayyy!!)

maka, dengan ini dapatlah aku menonton siaran Imam Muda 2 di tv... hahaha... setelah sekian lama musim kedua ini berlangsung, barulah aku berpeluang mengikutinya... minggu pertama selepas peperiksaan, aku berada di utara semenanjung bersama-sama rakan-rakanku maka ia tak memungkinkan untuk menonton IM.. kemudian pada minggu Jumaat seterusnya, ada kenduri di rumah atukku... maka, aku kenalah tolong-tolong dan menanamkan sifat rajin dalam diri (nak termuntah rasanya!!)... hehe..

(program realiti Imam Muda)

jadi, minggu ini adalah minggu yang terbaik! insyaAllah....

aku memang peminat program ini sejak musim pertama dulu.... pertama sekali sebab ia merupakan program realiti yang bagus untuk anak muda Muslim.. lain dari yang lain dan telah mendapat perhatian media antarabangsa.. 

(calon-calon IM musim pertama)

(calon-calon IM musim kedua)

tengoklah, ujian saringannya pun bukan sembarangan.. menuntut suatu kelayakan yang amat tinggi... contohnya, kebolehan membacakan al-Quran secara berlagu selain membacanya dengan tajwid yang betul, menghafaz ayat-ayat al-Quran, kemahiran asas dalam beberapa hukum Islam... dan aku tak ingat lagi apa sebab tak ikut sangat musim yang kedua ni... 

kiranya, sesiapa yang berusaha untuk melayakkan diri, pasti akan membuat persiapan-persiapan ini dengan sebaik-baiknya... jadi, kalau tak dapat masuk pun, takde ruginya...

yang kedua, sesiapa yang berpeluang melayakkan diri ke program ini akan memperolehi banyak pengalaman dan ilmu... ilmu mengenai dakwah, menyempurnakan fardhu kifayah dan pengalaman berada dalam lingkungan masyarakat yang dahagakan islah... 

selain itu, penonton juga boleh menambahkan ilmu agama secara tak langsung, tapi minimum saja... huhu..

satu lagi aku suka dengan cara penilaian dan pemarkahan peserta-peserta ini yang tidak menggunakan khidmat undi penonton untuk memenangkan peserta-peserta... penilaian dilakukan sepenuhnya oleh juri-juri yang selalu bersama mereka... 

oleh itu, tidak layaklah bagi penonton yang menyaksikan persembahan atau performance peserta-peserta dalam masa 2 jam untuk menilai mereka... selalunya penonton akan menilai bukan pada kelayakan tetapi pada sesiapa yang mereka minat macam dalam program realiti yang lain.... lagi-lagi yang paling banyak menonton program ini adalah perempuan... kalau camtu, baik buat program realiti 'lelaki pilihan anda'... heh... whatever!

haa, IM musim kedua ni sudah ada lagu temanya sendiri.. tajuknya, HambaMu... boleh tahanlah.. selalu berkumandang di Ikim.fm.. jom layan....