Daisypath - Anniversary

Friday, May 27, 2011

)()&@)!! Ini Yang Kedua!

assalamualaikum...




pilihanraya yang bersih penting bagi mengelakkan penipuan terhadap hak-hak warganegara yang telah menunaikan tanggungjawab mereka. menjadi hak setiap manusia untuk memilih sesiapa yang layak menjadi pemimpin mereka. sudah pasti manusia akan marah bila hak mereka diseleweng dan dibakulsampahkan.


Kepincangan amalan demokrasi yang menafikan hak dan suara rakyat sebenar, kini ditangani secara objektif dan konstruktif melalui penubuhan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil dengan singkatan BERSIH. 


Pada masa yang sama kerja-kerja pemantauan pilihanraya akan diteruskan melalui gabungan beberapa NGO di bawah MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections). 

BERSIH adalah gabungan lima buah parti politik yang terdiri daripada PAS, PKR, DAP, PSM dan SNAP serta 26 NGO termasuk MTUC, Aliran, WAMI, LRC, KOMAS, SOS Penang, HAKAM, JERIT, SUARAM, AWAM, PUM, IKD serta gerakan mahasiswa dari DEMA, GAMIS dan Solidariti Mahasiswa Malaysia atau SMM.


sumber: di sini

6 tuntutan BERSIH 2.0:
1. penggunaan dakwat kekal 
- dakwat ni digunakan untuk memastikan hanya sekali saja seseorang itu boleh mengundi. dakwat ini kekal di jari dan tak boleh dipadamkan. ia bagi mengelakkan penipuan, seseorang boleh mengundi dua kali. ini dikenali sebagai pengundi hantu.

2. pembersihan daftar pemilih
daftar pemilih dibersihkan daripada sebarang bentuk manipulasi, pembohongan dan keraguan. contohnya, seseorang mahu mengundi seperti di tempat yang didaftarkan untuk mengundi, alih-alih namanya tiada di kawasan itu. selain itu, terdapat tuntutan untuk setiap warganegara yang berusia 18 atau 21 tahun, didaftarkan sebagai pemilih secara automatik. ini untuk memudahkan warganegara bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

3. pemansuhan undi pos

4.kebebasan media 
- media seperti televisyen, radio, surat khabar dan lain-lain, perlu diberi kebebasan untuk meyuarakan suara rakyat secara keseluruhan, bukan menjadi alat kepada pihak tertentu. 

5. masa berkempen 
- masa berkempen 10 hari tidak cukup untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat. tambahan lagi, dengan pelbagai sekatan yang dikenakan terhadap pihak tertentu, contohnya peluang untuk berkempen melalui media yang berat sebelah. tuntutan masa berkempen ialah dari 10 hari kepada 3 minggu.

6. perbelanjaan pilihanraya 
- memastikan pihak tertentu tidak menyalahgunakan jentera kerajaan (milik rakyat) untuk mengekalkan kuasa.

..

Monday, May 23, 2011

Kosong

Sudahlah Kau!


-ayat kegemaran seorang sahabatku dan sekarang aku tujukan pada seseorang...-

Apa Pun Tak Boleh!

-ayat popular dari kumpulan Jambu dan coursemateku-


Kita Bako Je!


hahaha... entry yg tiada apa-apa maklumat.... 

Sekian, Terima Kasih!

Sunday, May 22, 2011

Kemahuan Yang Terpendam

assalamualaikum...

(ini adalah bakal aku.. hahaha)


aku teringatkan kawan-kawan kelas yang ada DSLR (digital single-lens reflex camera).. selalunya merekalah yang menjadi tukang ambil gambar kami.. gambar kami lebih banyak dalam kamera diorang berbanding gambar diorang sendiri... mungkin diorang merasa puas dengan hasil kerja diorang... kami pula lebih puas melihat gambar-gambar kami yang diambil lalu dipaparkan dalam laman sosial Facebook.. lagi pun gambar-gambar yang diambil dengan DSLR sangat cantik.. 


tapi itu dulu.. sekarang mereka tiada lagi di sisi.. lalu timbullah keinginan mahu memiliki DSLR juga.. hahaha... belum survey lagi, setakat baru terfikir dan memikirkan bagaimana mahu mencari sumber kewangan untuk memilikinya.. aku tahu harganya mahal, mungkin mencecah RM2k.. jenama Nikon adalah yang terbaik, itu kawan-kawan yang kata, aku tak tahu... dari segi penjagaannya pula, lensanya yang perlu dititikberatkan..

 (Nikon model D3000)

(Nikon model D90)

kenapa aku mahu memilikinya? pertama, bolehlah aku menambah lagi kemahiranku dalam bidang fotografi pula.. sambil-sambil menikmati alam ciptaan Tuhan... aku memang sangat mengagumi alam ini.. cuma tiada peluang untuk ada kamera di tangan saja.. serius, aku dah lama cemburu dengan kawan-kawan yang ada kamera ini.. hmm, aku rasa dengan memilikinya, aku akan lebih mendapat kepuasan dalam mengambil gambar... kamera digital biasa pun dalam RM700-900... kalau DSLR lagi puas hati... 


hahaha.. apa-apa pun, ini adalah keinginan saja.. belum pasti dapat direalisasikan atau tak.. kalau ada rezeki, insyaAllah, kau akan kumiliki!

Monday, May 16, 2011

Tarikh 16 Mei

assalamualaikum...


khas buat guru-guru yang pernah mendidik saya...
dari sekolah rendah, sekolah menengah, hingga ke universiti..
terima kasih cikgu!

Sunday, May 15, 2011

Cerita Pertama

assalamualaikum...


huh....
lagu ini membawaku melayang jauh ke suatu masa silam...
di situ ketika aku mula mengerti realiti kehidupan sebenar....


lagu ini sungguh hebat...
tahniah kepada sesiapa yang memilihnya...
aku tak tahu siapa orangnya...
tahniah kerana ia lagu yang sesuai...


setiap kali dengar lagu ini..
terasa ia seperti menembusi hati...
terasa menyentap...
terasa berat sekali...


lagu ini adalah lagu tema program Bulan Imarah Surau, JKP Balai Islam 2007/2008
masih ingat lagi dimainkan ketika majlis penutup program tersebut...
masing-masing menyanyikannya dengan sepenuh hati...
maksudnya sangat bermakna di setiap hati-hati kami...
melalui lagu ini, kami meluahkan antara satu sama lain...


ketika itu..
perasaan gembira dan sedih ada..
oohh..
gembira sebab dapat bersama-sama berkumpul..
ia bukan setakat berkumpul, tetapi ada lagi perasaan yang tak dapat digambarkan dengan tulisan atau kata-kata..
biarlah kami saja yang rasa..


sedih sebab itu mungkin kali terakhir bersama...
bersama dalam satu kolej, dalam satu program.....
pada ketika itu, ramai yang tak berpeluang tinggal di kolej pada tahun hadapannya..


ketika program penutup itu...
kami sama-sama buat tempat letak gambar yang cantik..
hiasi dengan pokok-pokok bunga...
ada lampu-lampu lagi...
lepas itu, kami bergambar sama-sama...


malam itu, kami pakai baju yang sama..
baju kurung dan baju melayu berwarna ungu...
tanda kesatuan antara kami dalam JKP Balai Islam..
perasaannya sungguh hebat!


sebagai persiapan program pada malam itu..
kebanyakannya tak tidur...
masing-masing tak kisah...
bersemangat dan gembira...


aku ada kawan nama Nur Cahaya..
beliau berasal dari Sandakan, Sabah..
juga bersama-samaku dalam program yang sama..
kami agak rapat..
lagu ini juga memgingatkanku kepadanya..


Subhanallah...


ini salah satu cerita tahun pertama....

Wednesday, May 11, 2011

Coretan untuk Sahabatnya....

assalamualaikum...




4 tahun telah berlalu...
banyak yang dipelajari...
banyak yang diperolehi....
banyak yang diperhatikan..
banyak yang dialami....
tak semuanya baik...
tak semuanya buruk..
tak semuanya gembira...
tak semuanya sedih...


mereka yang sentiasa ada di sisiku...
masa senang...
masa susah...
masa sihat...
masa sakit...
masa berjaya..
masa gagal...
makseh diucapkan...
tiada ucapan yang terbaik dapat dikatakan..
aku doakan semua kalian disayangi-Nya...
tiada ungkapan terbaik dapat diberikan melainkan doa...


hari ini kita berpisah sebab kita pernah bertemu...
semua yang ada di dunia tidak akan kekal...
yang hidup akan mati...
yang megah berkuasa akan rebah...
yang wujud akan hilang....
yang sempurna akan buruk...
yang gembira akan sedih...
yang sedih akan gembira..
yang sihat akan sakit...
sebab itulah juga,
yang bertemu akan berpisah...


sebagaimana kita menetap di suatu tempat, kita akan berpindah...
tidak ada apa yang boleh kita dibawa bersama..
kawan-kawan kita, tidak boleh...
permandangan yang indah, tidak boleh...
keseronokan bersama, tidak boleh...
kesedihan bersama, tidak boleh...


yang tinggal hanya kenangan...
yang tinggal hanya ingatan...
yang tinggal hanya memori....


pada masa singkat ini...
sebelum kita meninggalkan antara satu sama lain...
kita akan berusaha untuk bersama..
melakukan apa-apa jua secara bersama...
tapi tak semua dapat direalisasikan...
untuk melakukan apa-apa jua secara bersama..
berusaha untuk bersama...
sebelum kita meninggalkan antara satu sama lain..
pada masa yang singkat ini...


(begitu juga dengan kematian kita.....)


tak sempat, tak sempat, memang tak sempat...


yang penting, masa yang ada kita manfaatkan sepenuhnya...
yang penting,kita akan bertemu lagi...
yang penting,ikatan ini berterusan hingga ke akhirnya...


terima kasih...
makseh...
thank you...
syukran...
xie-xie..
vanakkam..
gracias...
arigato gozaimasu..
salamot...
merci..
danke...
grazie..
gamsa-hamnida...

p/s: nasib baik tak menggunakan kertas.. kalau tak, saya akan dituduh sebagai penjenayah alam... =P

Monday, May 9, 2011

Ke Mana Perginya....

assalamualaikum...


KEMANA PERGI SUBSIDI KAMI ? 
( Dr. Mohd Asri Zainul Abidin )

kalian rampas subsidi kami , entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu , wang mesti dicatu , kita menuju maju ..
kalian kata : semua menderita , habis harta negara ..
kalian berbahasa ; bukan barang naik harga ,
cuma subsidi turun sahaja ..

kami orang desa , mungkin tidak pandai kira berjuta-juta ..
kami orang kecil kota , mungkin tiada sedemikian harta ..
jika kalian tipu sebegitu , biasanya kami diam selalu ..
tapi dapatkah kami dibohongi , tentang suapan saban hari ?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah .. ?
papa semakin parah.. ? wang semakin lelah ..?
jika semalam berlauk , hari ini cuma berkuah ..
kerana kerajaan kita sedang susah .. ?
maka subsidi kita terpaksa diserah ..

jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh
kerana barang semakin angkuh , wang papa makin rapuh ..
apa yang dibisik pada anak berkopiah ke madrasah .. ?
makananmu sayang , sebahagiannya sudah hilang ..

jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari ?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi ..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini ..
atau kami jadi insan curang ..
kami beritahu : cuma subsidi sahaja yang kurang ?
tiada apa yang hilang , nanti akan datang wang melayang ..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi !
pernahkah kalian mengintip kehidupan kami ..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati ..
kamu yang semput bagai melukut di kota kedekut ..
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa , menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa ?
rumah bocor yang lanjut usia ?
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak asak
siang kami sebak , malam kami sesak ..

sedangkan kalian manusia angkasa ..
istana permata dibina , kereta berjuta dirasa ..
elaun di serata , dari isteri sehingga seluruh keluarga ..
hidangan istimewa , konon meraya kemakmuran negara ..

tapi kami masih di sini .. di teratak ini ..
dengan lauk semalam
dengan hidangan yang tidak bertalam ..
dengan rumah yang suram ..
dengan wang yang hampir padam ..

tiada istana lawa .. tiada kereta berharga ..
tiada layanan di raja .. tiada baju bergaya ..
tiada kediaman menteri .. tiada hidangan v.i.p
tiada persen di sana sini .. tiada bahagian anak dan bini ..

tiba tiba kalian kata : kamilah beban negara ..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna ..
kalian yang belasah , kami yang bersalah ..
kalian yang untung , hutang kami tanggung ..
kalian mewah melimpah , kami susah parah ..
kalian hilangkan wang , poket kami yang terbang ..
kalian bina istana , rumah kami jadi manga ..
kalian makan isi , kami dijadikan abdi ..

lantas , kalian rampas lagi subsidi ..
ke mana wang itu pergi nanti ?
jika kalian berhati suci , wajib menganti buat kami ..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga ?
jika tidak untuk minyak kereta ?
mengapa tambang tidak dipotong sahaja ..
tapi entah berapa kali janji ..
konon : nanti kami ganti , kami ganti , kami ganti ..
hari demi hari , ceritanya pun tidak berbunyi lagi ..
kami terus termanggu di sini ..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya mengigit jari ..

kembalikanlah kepada kami harta negara ..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa ..

dr maza
July 2010

Thursday, May 5, 2011

WTI, Brent dan Tapis

assalamualaikum...



WTI (West Texas Intermediate) ialah jenis minyak mentah yang digunakan sebagai standard atau 'benchmark'  dalam penentuan harga minyak. biasanya, ia dijadikan rujukan dalam laporan berita mengenai harga minyak.  

selain daripada WTI, ada Brent Crude, Dubai Crude dan OPEC Reference Basket. tapi WTI merupakan rujukan utama. kiranya, kalau harga WTI meningkat, harga minyak dunia juga meningkat. 

Brent Crude pula merupakan jenis minyak mentah yang lain yang juga digunakan sebagai benchmark kepada harga minyak mentah.

Bezanya

Jenis WTI ini minyak mentah yang ringan (light crude oil)... sebabnya API gravity sekitar 39.6 dan specific gravity ialah 0.827, lebih ringan daripada jenis Brent -specific gravity ini lebih kurang macam ketumpatan- (API gravity: 38.06, specific gravity: 0.835).

WTI ni kurang kandungan sulfur (kurang daripada 0.5% sulfur) daripada Brent (0.37%). jadi, WTI dikenali sebagai sweet crude oil (saya tak tahu nak translate- minyak mentah manis??hehehe..)

WTI adalah minyak berkualiti tinggi disebabkan kurang kandungan sulfurnya.

WTI banyak digali di Asia Tengah dan kawasan Gulf Coast di US manakala jenis Brent banyak di kawasan barat laut Eropah.

sumber: WTI, Brent

Malaysia: Jenis Tapis (Tapis Blend)

Minyak yang digali di Malaysia adalah jenis Tapis. kandungan sulfurnya saya tak pasti kerana tak dapat maklumat yang tepat, cuma dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, dikatakan kandungan sulfur kurang dari 0.5%. kiranya minyak jenis Tapis keluaran Malaysia berkualiti tinggi.

Minyak Malaysia berkualiti tinggi dan dijual ke luar dengan harga yang mahal. kalau harga minyak dunia naik, harga jual minyak negara meningkat sekali gus meningkatkan keuntungan dari penjualan itu. 

contohnya, negara kita ada keluarkan kelapa sawit. dulu harganya RM1000 satu tan, dan meningkat kepada RM3000 satu tan. jadinya keuntungan kita 3 kali ganda... 

pada kiraan saya, boleh je kalau harga jualan minyak kepada rakyat dijual pada harga yang murah sebab harga jual ke luar dah banyak untung.. kiranya keuntungan minyak itu diserapkan untuk membolehkan harga minyak yang lebih rendah dijual untuk rakyat... petroleum kan milik semua rakyat, jadi hasilnya memang patut kita rasai.. 

Harga Jualan Minyak Mentah Jenis Tapis (Malaysia)

ini saya dapat dari US Energy Information Administration mengenai harga minyak mentah dunia 23/3/2011 hingga 29/4/2011. boleh lihat di situ, harga minyak mentah Malaysia hampir sentiasa dijual pada harga yang paling tinggi dalam senarai itu daripada minyak keluaran negara lain. (kiranya, memang untung besar lah..)


buka link di atas (sebab kurang jelas di sini) dan bandingkan dengan harga jual minyak dari negara lain

banyak hasil negara kita dapat tetapi realitinya tidak seindah yang sepatutnya kita perolehi... 

Realiti

perasan tak kat tepi blog saya, bawah kalendar? ada graf naik turun harga minyak jenis WTI yang dijadikan benchmark harga minyak... itu betul tu, ikut keadaan semasa.. hehe...

kalau tengok, grafnya menurun menunjukkan harga minyak mentah dunia menurun.. tapi semalam harga RON97 yang diapungkan dengan harga minyak dunia meningkat 20 sen pula... bila harga minyak dunia naik, harga di negara kita sibuk naik.. bila turun, naik juga... (kiranya harga minyak yang dijual kepada kita tak ikut harga minyak dunia la kan? habis, ikut apa? hmm...)

p/s: rehat jap... baru habis exam untuk minggu ini... huhu

Sunday, May 1, 2011

Mayday 2011

assalamualaikum...


pekerja adalah orang yang melakukan sesuatu perkara secara rutin dan konsisten untuk memberi manfaat kepada orang lain dalam bentuk perkhidmatan tidak kira di bawah satu organisasi (bermajikan) atau persendirian...

dalam satu komuniti atau negara, pekerja adalah aset penting.. sebabnya mereka ini yang akan menggerakkan negara dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial, kebajikan, pentadbiran dan lain-lain lagi yang telah dirancang oleh kerajaan... baik yang kerjanya makan gaji atau kerja sendiri, yang kerja sapu sampah hingga ke professional, semuanya ada peranan masing-masing... kalau tiada salah satu, berlaku kelompangan dalam struktur masyarakat... 

oleh sebab itu, kebajikan mereka perlulah dijaga walau di mana kedudukan mereka... 

nasib mereka

saya pernah dengar cerita nasib pekerja di estet dan kelapa sawit... mereka ini hidup agak susah.. gaji kecil.. kerja kena kuat.. diherdik, ditengking oleh majikan kalau hasilnya tidak mencapai sasaran... bila pekerja itu berhenti kerja, dia dihalau keluar dari rumah yang disediakan.. akaun simpanan takde sebab gaji ciput... pendidikan anak-anak keciciran.. ini satu contoh... banyak lagi contoh yang kita tak dengar lagi..

saya tidak mahu bercakap mengenai beban mereka cuma patut difikirkan bagaimana cara nak tolong pekerja-pekerja, baik yang rendah atau tinggi pangkatnya, dapat bekerja dengan baik untuk negara...

Kos hidup yang tinggi


seperti yang kita tahu, keadaan sekarang yang harga petrol asyik naik dan tak turun-turun walaupun negara kita untung berjuta-juta ringgit hasil daripada lonjakan harga minyak dunia... negara kita adalah antara pengeksport minyak dunia... 

kesan daripada harga minyak asyik naik, harga barang pun makin naik.. gula, ayam, beras dan segala macam yang menggunakan minyak petrol untuk pengangkutan.. hasilnya, servis yang menggunakan petrol pun meningkat.. yuran sekolah pun meningkat... semua orang dalam kesepitan dalam keadaan gaji yang tak naik-naik... (nak jimat macam mana lagi?)

dengan keuntungan hasil eksport minyak dan penjimatan beberapa perkara dalam pengurusan negara yang dianggap tidak terlalu penting, harga minyak negara boleh diturunkan dan subsidi dikekalkan, sekurang-kurangnya tidaklah membebankan pekerja atau rakyat dengan harga barang yang meningkat... kalau tak nak turunkan harga minyak, naikkanlah gaji.. kalau tak, kuasa beli akan berkurang dan pusingan ekonomi negara takde berkembang.. belum masuk pelbagai jenis cukai yang membebankan....

sebab itu, ada beberapa NGO yang berkaitan dengan pekerja, khususnya CEUPACS menuntut agar gaji dinaikkan... bukan tamak tapi kos hidup sekarang yang sedang meningkat... 

Akta gaji minimum

NGO-NGO ini juga menuntut agar diadakan akta gaji minimum.. jika akta ini diadakan,contohnya RM920 (dengan mengambil kira kos hidup yang terdesak sekarang), setiap majikan di bawah kerajaan atau swasta perlu membayar pekerja-pekerja mereka sekurang-kurangnya RM920 sebulan, tidak boleh kurang... 

ini disebabkan sesetengah majikan membayar pekerja mereka dengan gaji yang rendah, RM300, RM500 sebulan... secara logik, tidak cukup untuk hidup di negara ini dengan harga barang meningkat, lagi-lagi kalau ramai anak... adakah mereka tak layak untuk mendapat pendidikan? mendapat pendidikan adalah hak setiap manusia dan merupakan tanggungjawab pentadbir.. nak buat simpanan pun tak cukup.. (nak jimat apa lagi kalau macam ni? tolonglah realistik..)

jadi, salah ke menuntut gaji minimum? ia dapat mengatasi kemiskinan dan memastikan keperluan hidup, bukan kemahuan, seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, penjagaan kesihatan dan pendidikan terjamin...


rakyat atau pekerja telah berusaha dan bekerja keras untuk memajukan ekonomi negara.. jadi apa salahnya jika kebajikan pekerja diambil perhatian supaya taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan dan hak mereka dapat dijaga... 


SELAMAT HARI PEKERJA 2011

PEKERJA MEREALISASI TRANSFORMASI NEGARA

HARGA BARANG BAIK, GAJI BILA LAGI?

ok... sambung studi.. ^^

Peringatan Untuk Yang Tinggal

assalamualaikum...

hari ini menerima berita pemergian isteri kepada cikgu saya... setelah seminggu, baru dapat tahu.. terkejut.. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un... puncanya tidak diketahui.... alhamdulillah, telah menghantar mesej takziah kepada guru saya itu.. semoga beliau tabah..

selepas terima berita itu, termenung memikirkan kematian yang datang bila-bila masa... agak menghilangkan fokus saya untuk studi hari ini...

Tiada kaitan?

saya agak rapat dengan cikgu saya itu ketika di sekolah menengah.. sehingga sekarang masih hubungi beliau tetapi sangat jarang... cuma bertanya khabar saja...

saya pernah berjumpa dengan arwah isteri beliau sebanyak 3 kali.. tiadalah borak-borak cuma bertemu saja..

mungkin sebab itu saya terkesan dengan berita ini... sebab dia cikgu saya dan saya rapat dengan beliau ketika sekolah dulu...lagipun pernah bertemu dengan arwah... ia bukan tiada kaitan..

Yang tahu, cuma Allah saja..

semua yang hidup akan merasai mati... bezanya, cepat atau lambat, tempat dan ketika... adakah kita mati dalam kemalangan jalan raya? atau disebabkan penyakit? atau ketika solat? atau mati secara tiba-tiba? 

amalan kita akan menentukan keadaan kematian kita... kalau selau berbuat baik dan melakukan perintah Allah dan RasulNya serta mencegah mungkar, mudahlah nyawa kita ditarik dan kurang rasa sakit... jika tidak, sangat terseksalah dengan kesakitan semasa sakaratul maut.. ini yang perlu kita nilai diri kita setiap hari... 

Sekujur tubuh ditatap dengan penyesalan luar biasa, sungguh tiada guna. Rasa sakit yang masih terasa bagaimana hebatnya sakaratul maut, belum lagi ketakutan memasuki liang lahat. Malaikat Munkar dan Nakir bertanya yang belum tentu kita sanggup untuk menjawabnya.

Zikr al-Maut

sebab itu, motivasi yang terbaik di dunia ini adalah mengingati mati... ingat, kita akan meninggalkan dunia ini dan fikirkan apa yang kita bawa sebagai tukaran (pahala) untuk ke syurga... jadi, kite akan berlumba-lumba membuat kebaikan, rajin beribadah, tidak melakukan maksiat, tidak terlalu pentingkan dunia, tidak buat zalim, tidak ambil rasuah dan sentiasa bertaubat...

Anas r.a berkata bahawa Nabi saw telah bersabda: 

"Perbanyaklah mengingat kematian, kerana hal itu dapat membersihkan dosa dan menjadikan zuhud di dunia. Jika kalian mengingatnya ketika kaya, ia akan menghabiskan harta itu di jalan Allah, jika mengingatnya ketika dalam keadaan miskin, ia akan menjadikan kalian redha akan kehidupan."

Doa dipermudahkan saat sakaratul maut


“Ya Allah, berilah pertolongan kepadaku atas dahsyatnya kematian dan sakaratul maut”


Doa tersebut diucapkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjelang beliau wafat, sebagaimana diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan Ibnu Majah. Imam An-Nawawi sendiri menyebutkan bahwa doa itulah yang hendaknya dibaca saat seoarang merasa dirinya sudah dekat dengan kematian (Al Adzkar, hal. 247). sumber

Al-fatihah..

sekian, untuk perkongsian yang sangat ringkas... jom, studi pulak!