Daisypath - Anniversary

Thursday, April 28, 2011

Post Terakhir Sebelum Peperiksaan..

assalamualaikum...

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya"
-3:159-

(akan bermula..)

esok hari pertama peperiksaan... hati berdebar bukan kepalang.. cuak rasa pun ada... rasa macam tak sedia... ini adalah peperiksaan terakhir, jadi mahu buat yang terbaik... 

Allah, Kaulah punca kekuatan kami.. Kau yg berikan ilmu kepada kami... berkatilah ilmu-ilmu kami...

Kau yg beri kejayaan kpd kami... berilah kami kejayaan yg terbaik di sisiMu.. kejayaan yg akan mendekatkan diri kami kepadaMu.. bukan kejayaan yang menjauhkan dan menyesatkan kami daripadaMu... semoga kejayaan ini dapat menggembirakan hati kedua orang tua kami...

Berilah pertolongan kepada kami yang lemah lagi daif... terangkanlah hati kami... hilangkanlah hijab dalam hati-hati kami... kurniakanlah ketenangan kepada kami... turunkanlah ilham untuk kami menjawab dengan baik... 

permudahkanlah yang sukar... lancarkanlah yang mudah.. ajarkanlah apa yang kami tidak tahu... ingatkanlah apa yang kami terlupa.... kami tak tahu apakah usaha kami telah cukup....

sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.... tangan-tangan kami yang banyak membuat dosa siang dan malam ini menadah meminta akan dipermudahkan segalanya... lidah kami yang banyak mengungkapkan kata-kata yang sia-sia ini merayu kepadaMu... ampunilah dosa kami walaupun dosa kami seperti lautan....

perkenankanlah doa kami Ya Allah... hanya kepadaMu kami menggantungkan sepenuh harapan.... 

Monday, April 25, 2011

All The Best!

assalamualaikum..
.

poster ini saya buat dan pernah beri khas untuk seorang kawan... hmm.. pada mulanya, saya mahu membuat poster yang lain tetapi macam tak sempat, jadi saya postkan saja apa yang ada...

PERCAYA PADA TUHAN DAN DIRI... SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN!

p/s: andai saya pun dapat satu, alangkah baiknya... <-- angan2 yang tak mungkin dapat..=)

Bahaya di Pahang

assalamualaikum...


kawan-kawan, pernah dengar tak pasal projek ini? saya pasti ada yang tak pernah tahu pun... hmmm... secara ringkasnya, ini adalah projek memproses nadir bumi a.k.a rare earth element... ia adalah set elemen yang ke17 dalam jadual berkala...



isu:
- sebuah syarikat yang mengendalikan rare element dari Australia, Lynas akan menjalankan pemprosesan di Gebeng, Pahang.
- rare element ini dilombong dari Australia dan diproses di Malaysia
-benar, rare element ini tiada kesan radioaktif 
-tetapi, kesan pemprosesan ini akan menghasilkan bahan radioaktif, thorium sebanyak 20,000 tan setahun
- dikatakan kesan radiasi ini adalah rendah tetapi ia menjadi bahaya bila jumlahnya berkumpul menjadi banyak
-ingat, tiada tahap selamat bagi radioaktif!
- kilang pemprosesan ini sedang dalam pembinaan di Gebeng, Pahang dan akan beroperasi dalam bulan September 2011.
- jaga-jaga kepada penduduk negeri Pahang!


(kalau selamat, kenapa tak buat di Australia yang lebih besar dari Malaysia??)


(MB Pahang kata, kerajaan negeri tak terlibat dengan keputusan membenarkan projek ini diadakan di Pahang... hmm, macam tak percaya je..) 


 kalau tidak dihentikan, maka bersedialah:
-ikan di Pahang menjadi besar
-bayi yang dilahirkan menjadi cacat 
-air tercemar radioaktif
-kanak-kanak dan orang dewasa akan mudah mendapat kanser


akibat kerakusan mendapatkan wang, negara dan nyawa rakyat menjadi taruhan.... BERGEMBIRALAH!!

SAYA MEMBANTAH PROJEK LYNAS DI MALAYSIA

Saturday, April 23, 2011

Pesta di PWTC

assalamualaikum...


22 April 2011: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011


(Pesta yang ditunuggu-tunggu sepanjang tahun)

jam 1030 saya keluar keseorangan menunggu bas di PPUM untuk ke stesen LRT Universiti. dengan tambang RM2, saya mengambil tiket ke Stesen Masjid Jamek untuk pertukaran tren STAR ke PWTC. sebelum pergi, apa yang penting, pastikan duit mencukupi.. bajet saya dalam RM200... bila sampai di sana, saya lihat orang tidak lagi ramai sehingga bersesak.. mungkin disebabkan hari jumaat adalah hari bekerja... 

ini mungkin pesta buku terakhir yang saya kunjungi sebagai seorang pelajar.. pesta ini seakan event wajib hadir bagi seorang peminat buku! banyak jenis buku yang boleh didapati di sana seperti buku rujukan sekolah, universiti, majalah-majalah dan buku-buku biasa dari pelbagai syarikat penerbitan...  yang penting, ada diskaun.... hihihi..

saya berada di sana dari pukul 11.30am hingga pukul 4pm.. saya membelek buku hampir di setiap booth tapi belinya tidak.. hehe... memang agak memilih untuk mencari buku yang terbaik dan yang penting, minat dan akan dibaca.. ada booth yang saya pergi sampai dua kali pusingan iaitu booth PTS, Pustaka Hidayah dan Karangkraf... memang ini saja booth tumpuan saya hampir setiap tahun.. 

kalau tahun lepas, saya pergi ke pesta buku ini sebanyak 2-3 kali tapi tahun ni sekali je kot sebab dah start exam.. sebab tu saya luangkan masa agak lama..... hehhehe..

booth pertama yang saya pergi ialah booth PTS.. banyak buku-buku baru, membuatkan saya yang tergugat... rasa nak beli semua je... tapi memandangkan kudrat dan wang yang ada, tak dapat la nak beli semua... hahaha.... 

saya perhatikan adalah buku-buku keluaran PTS sebab buku-buku terbitannya bersifat segar, menarik, dan variasi...lagipun kulit luarnya dan penampilan tulisan dan isinya menarik.. kalau pelajar, dapat diskaun 25%.. tunjuk kad matrik... kalau bukan pelajar, tak silap saya diskaun hanya 15%... 

buku-buku yang saya beli untuk pusingan pertama ke booth ini:

(berbentuk cerita, bukan fakta atau perbincangan ilmiah.. bersifat ringan dan santai) 

(percubaan pertama membeli novel.. tajuk yang menarik dan paling penting, cerita cinta bukanlah isi utama...) 

 (novel untuk adik saya... bersifat Islamik dan bermain dengan kreativiti merupakan ciri-ciri utama....nak pilih bukan senang sebab banyak pilihan lain yang menarik...)

(sebuah buku terbaru yang bersifat ilmiah...)

booth kedua yang saya pergi ialah booth Pustaka Hidayah... buku pilihan saya setelah penat membelek buku-buku yang ada:

(The Choice.... )

kemudian, saya pergi ke booth Karangkraf... kalau peminat novel, ini adalah syurga.... banyak betul novel remaja dan cinta kat sana.. saya cuma tengok-tengok saja.. di sini ada juga majalah-majalah keluaran Karangkraf... kalau ada ketinggalan isu-isu terdahulu, boleh la dapatkannya di sini.... saya dulu melanggan Majalah I tapi sekarang lama tak beli.. huhu..

kat sini, saya beli majalah saja.. hohoho...

(jangan ditanya mengapa saya beli... =) ) 

(tajuk utama yang menarik)

tengok-tengok kat purse, alamak! duit banyak lagi.... hahaha..... jom pergi booth PTS lagi untuk kali kedua.... beli buku-buku yang tak jadi dibeli masa round pertama tadi....

(nipis je... ramai yang beli.... keluaran terbaru ni.... tidak berat kerana ia dalam bentuk penceritaan) 

(cam best je... terus beli.... ) 

(pemilihan novel yang terbaik memang sukar... ia mengenai sebuah persahabatan.... )

fuhh, penat sudah.... sudah pukul 4pm.... kaki sudah sakit dan bebanan di tangan sudah bertambah berat... lebih baik balik... hahaha...

ni la sebabnya saya suka ke pesta buku seorang diri... sama macam tahun lepas... sebab saya akan ambil masa untuk pilih buku dan akan berkunjung ke booth tertentu dua kali... 

puas hati beb dapat datang... habis RM120.... duit JPA tu telah dibelanjakan dengan baik.... hohoho.... balik naik tren, ni yang lemah.... huhu...

hmm, bila nak baca buku-buku ni eh? takpe, buku yang menarik dan diminati sempat je dibaca walaupun dalam keadaan sibuk.... hehehe...

lupakan sebentar buku-buku yang baru dibeli ini, fokus pada exam dulu... =(

Tuesday, April 19, 2011

Ikatan Kami

assalamualaikum...

rileks sekejap dari pelbagai isu.... jom kita raikan kehidupan... hehe..

hari Ahad 17 April 2011 

di awal minggu ulangkaji ini kami berhasrat untuk menghabiskan keluar bersama-sama sebelum kami bawa haluan masing-masing.. nanti susah nak jumpa lagi... disebabkan saya tidak pernah ke Sunway Pyramid, kami pun memilihnya sebagai destinasi kami... hehe... 

Bidikan Sunway Pyramid

Sunway Pyramid agak besar tapi saya rasa Mid Valley lagi besar... Sunway Pyramid ni lagi lawa dengan dekorasi bangunannya mengangkat zaman Mesir kuno sebagai tema utamanya. saya teringat tentang video The Arrival yang menerangkan tentang pengaruh Dajal yang diangkat dalam senibina, filem, ekonomi dan lain-lain di zaman kini... opps, lupakan sebentar mengenainya...

tempat ini banyak premis yang lagi menarik dan pelbagai.. antaranya, Ice Skating... kami berhasrat untuk mencubanya walau sekali sebelum tamat pengajian.. malangnya, kali ini kami tak berpeluang bermain kerana kami sampai sana sudah petang... kalau nak main, perlu tempah pagi... jangan tanya saya kenapa... yang penting kami tiada rezeki untuk kali ini...

tapi takpe.. sebab kami dapat mencuba memanah (indoor archery).. hehe.. seronok la dapat cuba benda baru. lagipun memanah ini adalah sukan yang Nabi galakkan untuk dipelajari dan dikuasai selain daripada menunggang kuda dan berenang... masa tu kami mula berfikir mahu bakal anak-anak kami menguasai 3 sukan ini... hohoho... 

pengalaman memanah memang hebat.. sehebat hasil bidikan saya yang tak persis dan tak konsisten.. ada yang terkeluar dari papan sasaran... hohoho.... sebab tangan saya menggigil menahan kesakitan semasa menarik busur... habis je 23 bidikan, tangan kanan yang memegang busur terus jadi lemah... kurang muscle mass.... hohoho..

Central Market yang berkilau

lepas solat asar, kami terus bergerak ke Pasar Seni aka Central Market (CM). yang ini tiada dalam perancangan tapi disebabkan satu tujuan utama, kami dengan ringan hati berpindah destinasi..

di CM kami menuju satu kedai seakan gerai kecil... kami dengan teruja memilih pilihan yang ada... kami cuba mendapatkan pattern yang sama dan akhirnya jumpa juga... kami meminta pak cik kedai itu mengukir nama kami padanya iaitu A.A.A atau disebut sebagai "Triple A"...

nah, inilah dia cincin tanda kami! berwarna silver yang terukir nama-nama kami di atasnya... kami akan gunakan dan simpan cincin ini sampai bila-bila... itu janji kami... 

inilah tujuan kami mengadakan cincin ini... sebagai satu tanda yang ikhlas dan kekal abadi... insyaAllah... semoga dipanjangkan jodoh kami dan disatukan hati-hati kami di bawah naunganNya...

di jari masing-masing ada cincin.. setiap masa asyik melihat cincin itu.... hoho... teruja la katakan.. 

Part sayu sikit.... hohoho..

kami pun solat maghrib di Masjid Negara... terasa sayu bila datang ke situ sebab banyak kenangan sebelum ini di sana.. lepas ini, saya akan menamatkan pengajian dan meninggalkan KL.. tak tahu bila akan datang lagi... huhuhu..

heh.... rasa seolah-olah hari itu adalah hari yang singkat... ya, memang kami dapat berjumpa lagi lepas ini dalam masa 3 minggu tetapi kami tak pasti adakah dapat keluar bersama-sama dan bermesra seperti ini lagi di masa akan datang.... sebab tak lama lagi peperiksaan akhir akan bermula... begitulah, setiap pertemuan ada perpisahan.... 

dan cincin yang ada di tangan kami adalah tanda pengikat... pengikat kepada sebuah persahabatan yang dimiliki oleh insan-insan yang bernama Alin, Asma' dan Amal atau Triple A....

(friends forever...)

Saturday, April 16, 2011

Usha-usha Sarawak (4)

assalamualaikum..


pilihanraya negeri Sarawak telah pun berjalan dengan baik dan telah selesai sehingga petang tadi... alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan tidaklah semeriah seperti di semenanjung..


keputusan::


(sumber: Malaysiakini)


Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching (kawasan bandar).

nampaknya, rakyat Sarawak memang selesa di bawah pentadbiran yang sedia ada... orang luar melihat kesengsaraan mereka yang dinafikan hak dalam isu-isu tertentu dan rasa simpati... tapi rupanya, mereka gembira.... hai... mungkin orang luar memang tak faham.... hmm, tak apa lah, semoga mereka tidak akan tertindas lagi lepas ini.... heh... 

adakah disebabkan adanya recorder astro di rumah panjang, Rm1000, tupperware atau lain-lain lagi yang diberikan? saya harap bukan disebabkan itu... murah sangat untuk digantikan dengan hak..
(astro di rumah panjang, ada elektrik ke? pastu bayar bulanan astro tu punyalah mahal... hmm, apa ertinya benda alah tu pada mereka?)

perubahan yang berlaku sepanjang kempen tidak dapat diterjemahkan dengan kertas undi.... walaupun ada sedikit perubahan, tapi Taib Mahmud masih menang! itu yang saya tak faham... penduduk di kawasan Taib bertanding masih menyukai dan memilihnya walaupun seluruh Sarawak itu telah menjadi miliknya... apakah mereka redha dengan apa yang terjadi dan akan terjadi nanti? 


ini adalah pilihan mereka...

mungkin saya tak patut masuk campur sebab saya orang luar.. tapi atas dasar kemanusiaan dan keadilan, saya beri fokus dalam blog saya untuk pilihanraya kali ini... perspektif orang itu, terpulang..



tapi memang sukar melawan sebuah parti yang dibantu oleh media perdana, jentera kerajaan, polis, dan badan kerajaan sekali pun... ni kiranya macam melawan sebuah kerajaan, bukan parti... ye tak? bermain bola di padang yang senget.. jadi, tahniah la kepada mereka yang berusaha dengan serba kekurangan tetapi impaknya besar sehingga meresahkan pihak lawan... sedikt sebanyak dapat membukakan mata orang di sana...

tahniah BN dan Taib! strategi dan "usaha" kalian berjaya... silalah berlaku adil dengan rakyat kamu dan jangan pentingkan diri sendiri... hentikanlah usaha melicinkan hutan Sarawak dan merampas tanah.. jika tidak, kalian tak layak untuk menjadi pemimpin dan tak layak untuk dihormati...

tahniah juga kepada rakyat Sarawak yang sedar dengan kebobrokan ketua menteri dan geng mereka... perubahan yang luar biasa telah dilihat di Sarawak... semoga gelombang perubahan itu berterusan sehingga yang hak yang ditegakkan dan yang zalim dapat dihancurkan...

dengan keputusan PRN Sarawak ini, saya menjangkakan pilihanraya umum ke-13 akan diadakan dalam tahun ini.. mungkin dalam masa terdekat... sebab mood kemenangan berada di pihak pemerintah... bersedialah....

"If voting changed anything, they'd make it illegal." 

-Emma Goldman



God, we know You hear our voice!

Friday, April 15, 2011

Usha-usha Sarawak (3)

assalamualaikum..


ingat tak dulu belajar geografi masa sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3... saya suka belajar geografi sebab abah saya mengajar geografi di sekolahnya dulu... errr, ada kaitan ke? dia pun tak pernah ajar saya di rumah subjek geografi ni... hehe..



saya suka belajar geografi Malaysia... kalau mengenai negara luar tu, asia tenggara ke, iklim-iklim dunia ke, saya memang tak minat.. sebab tak faham... ada satu hasil tanaman perdagangan kat Filipina rasanya, kenaf namanya.. kalau tak salah untuk buat tali... entah macam mana entah rupanya menatang tu.. hohoho... sebab tu saya tak suka...

saya suka belajar tengok peta... kalau kat buku, tengok peta yang biasa-biasa je... yang cam lukis-lukis... ada juga peta yang cam real... kata cikgu, melalui peta, kita boleh bezakan tanah tinggi dan tanah landai.. kalau hijau pekat tu maksudnya tanah tinggi (sebab ada hutan tebal), manakala hjau cair tu rendah sikit dan coklat tu tanah rendah sebab tiada hutan, dan akhirnya biru tu laut atau sungai... sesiapa yang tak tahu, memang dia selalu tidur dalam kelas.... hahaha...


hahaha.. jom usha-usha hutan di Sarawak... di sana kan hutan tebal cam di Kalimantan yang bersebelahan dengannya...


(ini adalah negeri Sarawak yang bersempadan dengan Brunei dan Kalimantan, Indonesia.)


( seperti yang saya katakan kat atas tadi, hutan ni cam pelik sikit... sebab warna hijau dia tak sekata dan tak cantik cam hijau yang di Kalimantan tu... dapat dilihat juga ada garisan-garisan yang menuju ke arah kawasan hijau yang tak terang tu... itu adalah jalan ke arah hutan....)


(lihat juga kawasan hutan yang bersempadan dengan Brunei... macam ada botak sikit.. ) 


(ni untuk lebih jelas antara Brunei dan Mulu, Sarawak...sepanjang sempadan kita akan nampak perbezaannya... gambar-gambar Google Earth diambil dari satelit tidak dipengaruhi oleh sempadan negara...) 


(gambaran keseluruhan mengenai perbezaan ini.. dari jauh pun boleh dilihat berlakunya perbezaan ketebalan hutan)


[Application: Google Earth. baru diambil petang tadi.]


apa erti perbezaan warna ini? hijau adalah warna hutan... semakin pekat warnanya, bermakna itu adalah kawasan hutan tebal... semakin pudar warnanya, bermakna ia bukan hutan tebal... disebabkan, pertama: memang bukan jenis hutan tebal... kedua: aktiviti pembalakan... 

inilah keadaan negeri Sarawak sekarang... hutan kalau dilihat dari imej satelit ini menunjukkan sudah semakin botak... hutan kita tahu merupakan sumber oksigen, habitat flora dan fauna, dan hasil-hasil lain... ia juga mempengaruhi iklim bumi... patutlah dunia rasa makin panas... hohoho...


Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik. 

Imej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portalMongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei. 

Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain. “(Imej itu) menunjukkan jalan balak ke kawasan hutan Sarawak. Hutan sekitar sempadan antarabangsa pula kurang impak,” lapornya.

Kerajaan Taib sejak kebelakangan ini dibidas oleh pelbagai pihak yang mendakwa imej satelit hanya menunjukkan kira-kira 10 peratus hutan di negeri itu masih tidak diusik. Ini termasuk kumpulan Bruno Manser Fund (BMF), yang berpangkalan di Switzerland.


sumber:mongabay.com dan malaysiakini


pek mo kayo! 



Thursday, April 14, 2011

Usha-usha Sarawak (2)

assalamualaikum...

(huh... apa nak jadi sekarang ni.... *sigh*)

tiada perkara refleks yang seolah-olah wajib dilakukan ketika membaca berita dan blog melainkan menggeleng kepala.... sampai roomate pun tegur... huhu...

ketika ini, PRN Sarawak cuma tinggal kurang 36 jam untuk bermula... 10 hari telah berkempen dan pelbagai situasi dan perkara yang dapat diperhatikan, terutama bermulanya kebangkitan rakyat Sarawak menentang penindasan terhadap hak mereka...

perkara ini merupakan tamparan hebat kepada pihak pemerintah sedia ada kerana negeri ini merupakan fixed deposit mereka.. kiranya, simpanan tetap undi mereka... keyakinan untuk menang adalah sangat tinggi... 

(fixed deposit)

tapi, itu dulu...

mereka gagal mendapatkan sokongan dari penduduk di sana terutama masyarakat bandar..  rata-rata memberi sokongan kepada pihak alternatif yang dilihat lebih berminat membantu mereka mendapatkan hak mereka... 

daripada blog yang saya baca, orang-orang di sini tidak peduli mengenai isu yang sedang panas dimainkan sekarang terutamanya isu politik kotor a.k.a selak kain... mereka cuma mahukan nasib mereka terbela terutama tanah adat... 

(apakah 'T'??? hahaha..)

melihat sokongan luar biasa penduduk di sana terhadap kempen pihak alternatif, pihak pemerintah yang terdesak mula menggunakan taktik paling kotor mereka yang lazim dilakukan di mana-mana proses demokrasi yang berjalan iaitu membeli undi terutamanya di kawasan luar bandar..

taktik ini memang tidak dapat ditandingi oleh pihak alternatif kerana ia menggunakan banyak duit sedangkan mereka sendiri mengharapkan sumbangan daripada orang ramai...

ingatlah, duit yang digunakan untuk membeli undi itu, sepatutnya duit dari parti mereka sendiri... bukan duit kerajaan, sebab duit kerajaan itu adalah duit seluruh rakyat Malaysia... saya tidak membenarkan duit saya dalam kerajaan (jika ada) digunakan untuk bersubahat dalam penipuan ini!



antaranya, 

*Menyegerakan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Singai bermula tahun ini di bawah fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
* Menyumbang RM500,000 bagi menyiapkan blok baru Sekolah Jenis Kebangsaan Chua Hua Bau.
sumber: Utusan

*memberi RM50 kepada setiap pengundi di kawasan majoriti Iban di Sri Aman 
setiap keluarga mendapat antara RM1000 to RM2000 di Ba'kelalan

 *penyampaian cek dan hak milik untuk rumah panjang di Sungai Asap sebagai pampasan untuk penempatan semula tanah mereka oleh Menteri Pembangunan Tanah Sarawak. 

*usaha mempengaruhi undi melalui pemberian wang dan babi di rumah panjang sudah berlaku.
sumber: malaysiakini



ini belum lagi mengenai senarai daftar pemilih yang saya pernah dengar tak dikemaskini lagi... ah, ni satu lagi ejen pemerintah yang setia dan redha diri dicucuk hidung...

sungguh, saya sangat bimbang dengan perkara ini... 

pertama: ia merupakan permainan kotor untuk mengekalkan kuasa untuk terus memperkosa hak peribumi di sana..

kedua: saya memang benci rasuah dan politik wang kerana Islam mengharamkan rasuah... orang yang tak waras saja boleh menerima tindakan ini...

ketiga: seorang manusia takkan sanggup melihat manusia lain terus ditipu, diperbodohkan, ditindas dan dinafikan hak... sungguh, aku tak sanggup mendengar mereka tinggal seperti pendatang di negara sendiri... tolonglah, dah hampir 50 tahun Sarawak berada di bawah Malaysia!

boleh lihat keadaan mereka (gambar) di sini.

hmm, media lagi la.... disekat, diugut, digodam... semuanya gara-gara ketakutan melihat perubahan luar biasa di Sarawak... pendedahan dan laporan yang berat sebelah.. penduduk Sarawak rata-ratanya bergantung pada media perdana ini... 


saya harap penduduk di sana tidak tertipu dengan RM50 itu... mereka beri RM50 untuk dapatkan tanah RM50 juta... 

orang yang tak boleh mengundi seperti saya cuma boleh mendoakan kemenangan rakyat Sarawak melawan kezaliman yang berlarutan bertahun-tahun... jika kita mahukannya, mintalah pada Allah.... semoga Allah membantu kita...

Aram meh kitai berubah!



p/s: ok, sambung buat thesis....

Tuesday, April 12, 2011

Usha-usha Sarawak

assalamualaikum....


tak lama lagi, Pilihanraya Negeri Sarawak akan diadakan , iaitu pada 16 April 2011...

dulu Sarawak merupakan negeri terkaya di Malaysia... tengoklah keluasannya yang hampir sama dengan keluasan Semenanjung Malaysia... kaya dengan hasil hutan, balak... petroleum jangan cakaplah... ada saja di kawasan persisirannya.. bayangkanlah kalau hasil petroleum tu dinilaikan dengan duit, saya rasa jauh lebih kaya dari Terengganu...


(keadaan rumah panjang di Sarawak, negeri yang kaya dengan hasil bumi)

tapi hakikatnya, Sarawak adalah salah satu negeri yang termiskin di Malaysia... rata-rata di kalangan kita, bila cakap pasal Sarawak, pasti muncul dalam fikiran kita, negeri ni mundur, tiada bekalan air bersih, tiada pembangunan, pengangkutan masih terkebelakang... apakah faktornya?

saya baru saja menonton satu klip video mengenai masalah di Sarawak..




pertamanya, mengenai isu tanah adat.. orang-orang Sarawak, contohnya seperti masyarakat Iban dan Dayak, tinggal di hutan.. dah bergenerasi mereka tinggal di situ...

 isunya, tanah yang mereka diami sekian lama telah dirampas oleh pentadbiran negeri Sarawak...  ada tanah dirampas untuk buat pembangunan, contohnya Empangan Bakun.. bila dah rampas tu, orang-orang asal ni tak dapat pampasan mereka yang sepatutnya... 

mereka terpaksa berpindah ke tempat lain.. tapi kebajikan mereka di tempat baru tu tak terjaga.. tiada air bersih dibekalkan...kemudahan pengangkutan, jangan cakaplah... kemudahan pendidikan, lagilah.... kehidupan daif...

bila orang-orang asal ni menuntut geran tanah mereka, susah nak dapat.... terpaksa menunggu bertahun-tahun.... sedangkan tanah tempat mereka diami tak pasti statusnya dan risiko untuk dirampas lagi tetap ada... jadi, ke mana orang-orang ni nak pergi nanti bila semua tanah dirampas? 

isu pembalakan yang berleluasa di negeri ini juga ada kesannya terhadap penduduk tempatan... sungai yang menjadi sumber air utama bagi penduduk setempat telah tercemar akibat aktiviti ini.. da mandi, nak minum, nak basuh baju, guna air sungai ni... bekalan air bersih pun tiada...

mereka juga adalah manusia seperti kita yang punya HAK!

kadang-kadang, kita perlu letakkan diri kita dalam keadaan mereka... hayati apa yang mereka rasa..

Taib ni ketua menteri Sarawak... dah pegang kuasa 30 tahun... hmm, da 30 tahun pegang kuasa mentadbir, rakyat masih miskin dan dia semakin kaya?? apa yang dia buat untuk rakyatnya pun saya tak tahu... tapi orang-orang Sarawak tahu apa yang berlaku... ikuti pendedahan di  Sarawakreport..

huh, harap-harap pemerintahan Sarawak bertukar tangan dan dipimpin oleh orang yang adil dan tidak hanya tahu mengenyangkan perut sendiri je... semoga penduduk Sarawak khususnya bebas dari tangan-tangan jahat dan mendapat hak mereka sebagai manusia yang selama ini dihalang

saya tidak mengira berapa lama seseorang pemimpin itu memerintah... 10 tahun atau 40 tahun.. asalkan dia tidak mengambil harta yang bukan haknya walau sedikit dan dia masih mampu berlaku adil kepada semua rakyatnya...

kalau pemimpin itu tidak mampu nak jalankan tanggungjawabnya dengan baik dan adil, lebih baik tumbangkan je... daripada memberi kemenangan dan mandat kepadanya untuk terus memerintah dan meneruskan kerja-kerja kezaliman, dan orang yang menyokongnya juga dikira bersubahat dengan kejahatan yang dilakukan...

wallahu'alam..


(bantahan kezaliman di London.. eh, takde polis atau FRU yang jaga pun....)


p/s: CM, mauk ape gik?? kitak sudah kaya raya.... mauk bulah urang gik? iboh.... kinektok sidak sudah pandei...

Saturday, April 2, 2011

Awakening (Edited)

assalamualaikum...


the edited "Awakening" by Maher Zain.... Just  highlighted several quotes for sharing... (^_^)


(Awakening, PS 5 : only focus on variation methods of typing.. Alhamdulillah, just found it.. =); together with combination of 2 pictures, first: the background, second: the edited black picture (erased with 2 types of effects) as a background of the title..)


because we just satisfies with ours in the world, which is in fact, not ours
because we claimed 'development' as increasing the number and height of buildings
because we just follow our heart to do things
because we doing things for the fame
because we think money is everything
because we claimed we are good enough and avoid any bad judgement upon us
because we neglecting the moral and religious education
because we just follow the others to be so-called "modern life practice"
because we are materialistic


and at the same time
in fact, we put aside the greatest guidance
in fact, our heart is empty
in fact, our life's objective is still not clear


then
we say this is from west
we say they has bad impact on us
we say west is a negative vector


just talk nonsense
just blaming others for our weakness


did us try to do something for improvement?
or still allow ourselves to be exploited for the interested group?


let's free our mind, heart and soul
catch the good things and throw away the bad side
let's come back to Islam
let's come back to our Creator
do things just for Him




p/s: suddenly missing mum, dad, nina, adib and 4 naughty cats... nak balik!! wuwuwu...
DAN terima kasih kepada yg telah mengkritik saya mengenai kesan penulisan (huruf) yg baik ("biar bagi menyerlah sikit effect tulisan tu"). saya telah berjaya mencari caranya...