Daisypath - Anniversary

Monday, February 28, 2011

Night Of MZ!

assalamualaikum...


26 februari lalu, saya dan kawan-kawan pergi konsert Maher Zain di Stadium Melawati Shah Alam... ni kiranya kali kedua saya pergi konsert.... sebelum ni saya pi konsert Wings.... eh.. silap.. pi konsert anjuran GAMIS juga di tempat yang sama...




kami tiba di sana pukul 6.30pm... terus berjalan-jalan di sekitar karnival jualan yang terdapat di stadium tersebut. kebetulan, ada kumpulan UNIC sedang menyanyikan lagu nasyid... tak ingat lagu apa... hehe... i want MZ!


 (kumpulan UNIC di kawasan karnival)


(suasana di karnival)


lepas solat maghrib, kami menuju ke stadium dengan perasaan yang gembira dan berdebar-debar... tak sabar nak dengar lagu MZ secara LIVE!! kami sebelum ni dah menahan diri daripada mendengar lagu MZ selama sebulan gara-gara tak mahu jemu kononnya... hehe


permulaanya menampilkan Inteam: kombinasi lagu-lagu Inteam.. (korus je)


(kumpulan Inteam)



Irfan Makki


 Mabrouk, Mama dan satu lagi lagu tak tahu apa tajuknya... semua lagu-lagu ni lagu baru dan belum ada dalam pasaran. lagu Mabrouk paling mendapat sambutan dari penonton dan ada permintaan untuk nyanyi 2 kali... hehe... saya pun tak tahu apa sebab.. hoho... tapi memang best!!


(Irfan Makki yang popular dengan lagu Mabrouk!)


(Irfan Makki)




Irfan Makki ni sama seperti MZ iaitu artis dari Awakening Records. dia ada topi seperti Micheal Jackson. gayanya sangat cool ketika menyanyi....


(yang dinanti-nantikan.... Maher Zain!!)

MZ:


semua dalam albumnya kecuali Awaken... ada juga lagu baru iaitu Freedom yang khas sebagai menyokong perjuangan rakyat di Tunisia, Mesir dan Libya yang sedang mengeluarkan diri daripada kezaliman pemerintah.




MZ juga nyanyi 2 kali lagu For The Rest Of My Life atas permintaan penonton... heh, kalau lagu seperti itu pasti dapat sambutan hangat...




MZ juga ada nyanyi lagu InsyaAllah dalam Bahasa Melayu... mula-mula bersama Fadli (Kumpulan Padi) dan kemudian MZ nyanyi sendiri dalam BM... hehehe.... tak pelat pun dan MZ berjaya menghafalnya dengan baik!
(Maher Zain bersama Fadli)

Mesut Kurtis:


 Never Forget, Burdah, dan ada lagu satu atau dua lagu yang tak ingat tajuknya... suaranya best dan kebanyakan lagu-lagu Mesut Kurtis adalah pujian-pujian kepada Allah...


(Mesut Kurtis)



bahagian yang istimewa ialah MZ dan Mesut Kurtis berduet menyanyikan lagu Never Forget bersama 5 orang anak-anak kecil yang comel dan bersemangat ketika nyanyi... =))


(Maher Zain bersama Mesut Kurtis dengan 5 kanak-kanak comel!)



alhamdulillah, rasa puas dapat sampai ke sini... pengalaman yang menarik dan tak mengecewakan walaupun tiket kami yang paling murah.... hoho... terima kasih kepada kawan2 yang turut terlibat sama =).. terima kasih kepada yeopmi untuk gambar-gambar ni... hehe...


(semoga bertemu lagi MZ!!)

Tuesday, February 22, 2011

Kemanisan di Tahun Akhir (1)

assalamualaikum...


keputusan!!!


KERUSI UMUM

Pro-Mahasiswa




1. SAW YEE FUNG-4208


2. ROBIATUL ADAWIAH BINTI JAMALI-4567

3. MOHD SYAHID B MOHD ZAINI-4108


4. TAN TIONG YIH-3894


5. MASTURAH BT ABU BAKAR-4079


6. HAWARI BIN ZAKARIA @ AZAHARI-3982


7. SITI NADZIRAH BINTI MAJEED-4126


8. MOHAMED BUKHAIRY BIN MOHAMED SOFIAN-4277


9. KELVIN TEE TIN LOONG-4242





Penggerak Mahasiswa




1. AHMAD FADHLURRAHMAN BIN AHMAD HIDAYAT-2638

2. ARNEE FARZANA BINTI MOHAMMAD NURDIN-3179



3. MOHD SYAHRUL SOPIAN BIN SULAIMAN-3526

4. NURSHAKIRIN BINTI HAZIM CHAN-3027


5. CHER RUEY HUAT-3220


6. NISHALINE PRIYA A/P PUBALAN-2339



7. NURHIDAYAH BINTI SAHALAN-2651


8. LOCK LI PING-3441

9. MOHD AMIR ABDULLAH BIN MOHD AMIR NAJIB-3380



10. YONG II YANG-3287




PRO-M sapu bersih 9 kerusi umum yang dipertandingkan



kerusi fakulti:


Pro-M memenangi 14 kerusi.


Penggerak Mahasiswa 16 buah kerusi


Bebas 2 kerusi




secara keseluruhan, Pro-M memenangi 23 buah kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan


STUDENT POWER!!!


HIDUP MAHASISWA!!!


HAPUS KEZALIMAN!!


HIDUP KEADILAN!!!


HAPUS E-VOTING!!!


MAHASISWA BERANI!!!




"alhamdulillah... syukur atas kemenangan ini... ini adalah anugerahMu dan juga ujianMu... kami tahu mengekalkan kemenangan itu lebih sukar daripada memperolehi kemenangan... 


ampunkanlah dosa kami sepanjang PRK ini berlangsung... kami memohon petunjuk dan kekuatan daripadaMu untuk mengisi kemenangan ini.. bantulah kami Ya Allah... 


janganlah Kau jadikan kemenangan ini sebagai fitnah dan kelalaian bagi kami... kepadaMu saja kami berserah dan kurniakanlah yang terbaik untuk kami... Ameen..."


~terima kasih kepada yang menjalankan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa tak kira apa jua yang diundi.. (^_^)

Saturday, February 19, 2011

Friday, February 18, 2011

Koleksi saya

 assalamualaikum...


(baca buku... baca majalah.. baca komik... baca blog.... baca surat khabar.... baca risalah... baca iklan... baca label... baca... baca... baca.... jangan lupa, BACA AL-QURAN!! =D )

buku-buku yang baru hadir dalam hidup:

(baru beli hari ini... MEMALI, ramai yang masih tak tahu peristiwa hitam yang berlaku... beli buku ini untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam hati mengenai suatu perjuangan)


 (dah beli lama.. cubaan pertama membeli buku ekonomi versi bahasa Inggeris... agak mencabar tetapi menarik sebab ada gambar-gambar kartun yang bermakna di dalamnya... )


(buku yang menarik.. menggunakan huraian al-Quran dan Hadith untuk menerangkan peristiwa-peristiwa di akhir zaman di negeri-negeri tertentu terutama di Asia (Jazirah dan Asia Barat) dan Eropah... menggunakan bahasa Indonesia tetapi boleh difahami..)


(Armagedon 2012 tu karut!!! hanyalah kepercayaan orang-orang Maya dan orang-orang Maya ini sendiri tak kata yang kiamat pada 2012... hari Kiamat, hanya Allah saja yang tahu.. turut menceritakan teori kronologi hari kiamat bermula dari kedatangan dajjal, keluarnya Ad-Dukhan, Isa Al-Masih, Ya'juj dan Ma'juj sehingga hari kemusnahan... menarik tapi tak habis baca lagi... huhu..)


komik paling REAL dan COOOOL:


 (3 buah buku di atas adalah komik yang paling coooool.. lawak yang real sebab ia memang betul-betul terjadi!! dah kena ban tapi nasib baik sempat beli... hehe... betullah, mata pena lebih tajam daripada lidah.. kartun pun diorang takut!!)



yang ni pula, terkeluar dari tajuk: 


 (ini adalah payung... saya pernah nampak ni masa di Tenang... cooool je orang gunakan.... hehehe... payung paling cooool dari payung warna pink atau payung cam plastik atau payung biru BN yang ada di rumah.... kahkahkah!! yang ni, saya takde... huhu)

PRK (Gambar)

assalamualaikum..

pilihanraya kampus sedang berjalan di UM.. sekarang ni, kebanyakan kampus di Malaysia sedang menghampiri tarikh membuang undi. UM, USM, UTM dan UPM akan menjalankan proses pengundian dan penamaan serentak. 

PRK ni memang diadakan setiap tahun bagi memilih majlis pelajar (sepatutnya 'mahasiswa', bukan 'pelajar'). kalau di kampus ini, dipanggil MPPUM (Majlis Perwakilan Pelajar UM). 

di UM, ada dua kumpulan pelajar iaitu, Pro-Mahasiswa (Pro-M) dan Penggerak Mahasiswa (Gerak). 

cara mengundi pada PRK kali ini adalah secara e-voting, bukan manual seperti biasa. ini adalah tahun kedua diadakan secara e-voting. walaupun telah dibantah penggunaan e-voting kerana sistem itu menimbulkan banyak masalah (terutama teknikal) dan keraguan, ia tetap diteruskan untuk sesi kali ini. 

butir-butir PRK kali ini:

penamaan calon: 17 Februari 2011 (khamis)
tarikh kempen: 17-20 Februari 2011 (khamis, jumaat, sabtu, ahad)
tarikh mengundi: 21 Februari 2011 (isnin)

tempoh kempen adalah 4 hari, pada saya, agak tak masuk akal. hari sabtu dan ahad pula tu. kalau nak berkempen di kolej kediaman bolehlah tapi kalau nak kempen di fakulti, memang tak sempat. lain la kalau fakulti di kampus ini cuma 2 atau 3 fakulti. 

jadi, semasa artikel ini  ditulis, adalah hari kedua kempen. 

suasana hari-hari sebelum penamaan calon:












suasana semasa hari penamaan calon:










suasana hari selepas penamaan (kempen):



beberapa "peraturan baru" yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti menjelang pilihan raya kampus masing-masing ialah dakwaan pengurangan kerusi umum, anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tidak dibenarkan menjadi calon, pencadang atau menyokong serta pelajar iajazah sarjana dibenarkan mengundi. 

4E= pelaksanaan sistem eletronik (4E) dalam proses penamaan, pengundian, bantahan dan rayuan dalam pilihan raya kampus

all the best to Pro-M!!

p/s: banyak gambar Pro-M sebab ia bersifat 'agresif' manakala Gerak adalah budak baik dan tidak pernah melawan apa-apa keputusan HEP.=)