Daisypath - Anniversary

Sunday, January 16, 2011

Realiti Dalaman yang Ditutup...

assalamualaikum..




pernah dengar perkataan 'speciesism'?

pernah dengar perkataan 'racism'? 

speciesism pula lebih kurang sama seperti racism 

bezanya, speciesism melibatkan spesis manakala racism melibatkan bangsa


kita perhatikan keadaan sekeliling

banyak perkara yang bersifat speciesism berlaku

manusia merasakan dirinya mempunyai kuasa dan kelebihan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam dan haiwan

jadi, manusia bertindak sesuka hati terhadap alam dan haiwan tanpa sifat ehsan asalkan kepentingan manusia dapat dipenuhi

tanpa memikirkan akibatnya terhadap alam dan haiwan

melakukan apa saja


menebang pokok secara berleluasa


membuang bahan-bahan buangan seperti sampah dan sisa toksik ke dalam sungai

melepaskan gas-gas rumah hijau tanpa kawalan

ini adalah contoh speciesism terhadap alam sekitar


speciesism terhadap haiwan pula seperti ladang bulu

tahu tak apa itu ladang bulu?

kalau di ladang lembu ada lembu

di ladang bulu ada haiwan-haiwan berbulu

contohnya serigala, harimau dan haiwan-haiwan yang berbulu cantik

bulu-bulu cantik ini penting untuk industri fesyen


dalam ladang bulu, haiwan-haiwan liar ini ditempatkan di kandang-kandang yang bersekat-sekat antara satu sama lain

luasnya begitu kecil, hanya cukup untuk haiwan-haiwan itu berpusing-pusing 

tak dapat berlari dan bebas seperti biasa

haiwan itu dikurung dalam kandang yang kecil




lama kelamaan ia jadi gila kerana tertekan (bayangkan anda di tempatnya)

ada yang buta, sakit dan patah kaki lalu dibiarkan

bila haiwan itu mahu diambil bulunya, banyak cara yang digunakan untuk mematikan haiwan itu

antaranya, menggunakan elektrik dengan satu rod elektrik diletakkan pada dubur haiwan lalu satu rod lagi disambung di mulut haiwan itu

ada juga yang dipijak dan dipukul haiwan itu dengan kejam sehingga mati

tetapi, ada juga yang menyiat kulit haiwan itu hidup-hidup dan haiwan itu masih hidup, matanya terkelip-kelip ketika kulitnya selesai disiat

manusia seperti ini memang bersifat seperti syaitan dan dajal serta berhati kering

semua ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan bulu sahaja! 


speciesism lain terhadap haiwan ialah industri makanan

contohnya penternakan ayam dan lembu.. oppss, bukan 'penternakan' tetapi 'pengilangan' haiwan

penternakan adalah membiarkan haiwan itu hidup dengan bebas seperti biasa

pengilangan adalah menghasilkan haiwan secara besar-besaran seperti barang-barang di kilang


haiwan-haiwan ini ditempatkan di kandang yang sangat sempit, bersesak bersama-sama bilangannya yang banyak

diberi makanan dan suntikan supaya ayam itu cepat besar dan bersaiz lebih besar dari saiz normal

akibatnya, badan tulang tidak dapat menyokong saiz badan yang besar lalu ia sering terjatuh bila berdiri

aspek kebersihan di situ juga diabaikan 


yang penting, duit masyuk...




inilah kesan sistem kapitalis yang mengutamakan wang dan menjauhkan dan memusnahkan manusia dari sikap belas kasihan dan kasih sayang sesama makhluk


manusia bertindak seperti hilang akal

bila kita lihat sesuatu secara luaran, ia kelihatan cantik, menarik dan terbaik malah merasa kagum

tetapi bila kita menyelami apa yang tersirat di sebalik perkara yang menarik itu, tersimpan satu penindasan yang dahsyat, penipuan, dan kotor


contohnya, fesyen bulu tadi

manusia berlumba-lumba mendapatkan pakaian berbulu, beg berbulu dan aksesori berbulu lain 

terpedaya dengan sifat luarannya

rupa-rupanya, di belakangnya terdapat 1001 kezaliman yang maha dahsyat yang dilakukan oleh tangan-tangan kapitalis ini


apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah bagaimana kita pilih sesuatu perkara, secara REALITI DALAMAN (INTERNAL REALITY) atau SIFAR LUARAN (APPEARANCE)?

yang baik dan menarik itu digambarkan sebagai buruk dan bahaya 

yang buruk dan bahaya itu digambarkan sebagai baik dan menarik

saya harap kita semua dapat berfikir dengan waras dan lebih jauh supaya tidak terjebak dengan penipuan ini di zaman penuh fitnah


wallahu'alam....





Sunday, January 2, 2011

Ingat Sebelum Kena

assalamualaikum...


DUA pengajaran baru yang penting dalam kehidupan:


1. jaga barang baik-baik seperti menjaga nyawa


2. berbelanja ikut keperluan, bukan kehendak atau sebab harganya murah. ini untuk elakkan pembaziran.


"saya beli barang sebab saya perlukannya. kalau saya beli sebab harganya murah, sudah tentu di rumah saya berlambak garam sebab garam harganya murah"
-TukarTiub-

perlu berjimat cermat untuk elakkan krisis ekonomi pada masa akan datang.