Daisypath - Anniversary

Monday, December 26, 2011

... (Tak Tahu Tajuk yg Sesuai.. Maaf!)

assalamualaikum...

hari ni hari isnin, esok dah keje.. walaupun cuti mula hari khamis sampai isnin, 5 hari tapi rasa macam tak cukup lak... huhu.. sebab sabtu dan ahad pegi ke walimah sepupu saya di johor bahru.. hari ini perlu pulang awal kerana ada taklimat untuk pindah hospital petang ni... tak faham kenapa buat masa cuti ni... ish3...

habis cuti saya.... lepas pindah hospital baru yg akan beroperasi 24 jam, pasti lagi susah dapat cuti... lagi staff sikit... teruklah! bosan hidup bekerja ini... seperti berada dalam satu dunia je.. tak macam di kampus, semua ada.... belajar dalam kelas, jalanan ataupun di mana-mana saja... 

ye, mungkin saya yang salah sebab saya yang tak mencari... berada di luar perlukan banyak kekuatan diri dan semangat.. kalau tak, hanyutlah... tapi persekitaran pun main peranan... jika masyarakat sekelilingnya membudayakan ilmu, maka ilmu ada di mana-mana... seperti di Shah Alam sebab kawan saya bila pulang ke sana, pasti ada saja program keilmuan yang dia pergi.. jeles betul... hmm, mungkin saya lupa yang saya berada di Johor... hahahha... tak rela i!!! kahkahkah.... ubah!

oh, minggu ni ibu saya buat kek keju tiramitsu... tapi saya tak take part kali... sebab konon2nya menghargai masa cuti yang sebenarnya 2 hari je (khamis dan jumaat).. heheh... nway, syabas untuk ibu saya sebab kek agak menjadi walaupun baru kali pertama cuba.. hehe... sedap tau! err, saya pun akan buat gak tapi... nanti la... hohoho...



maaflah sebab background sangat pelik.. huhuhu...

wasalam!

Monday, December 12, 2011

Cuba Buat Lagi!

assalamualaikum..

hari ni aku bersama ibu aku buat sebiji kek... kek pandan berlapis... lamanya tak buat kek.. sebenarnya aku mahu buat kek coklat yang dilapis-lapiskan dengan sesuatu seperti agar-agar tapi ibu aku pun tak pasti bagaimana caranya... sebab tu, hari ni buat kek pandan ni dulu... kiranya ini adalah percubaanlah.. 

biasalah, kek yang berkaitan dengan lapisan ini memang leceh sikit... tempoh penyediaannya pun lebih lama... 

(dah siap... ni hasilnya)

(dah boleh makan ni...)

ni first time untuk percubaan lapisan yang macam agar-agar tu, lepas ni bole buat pada kek coklat dengan cara yang lebih kurang sama... 

yeaayy!!!


Bumble Bee (Tiada Kaitan dengan Transformers)

assalamualaikum...

cerita satu....

hari sabtu lepas, ada program anjuran rukun tetangga di kampung aku... err, kurang pasti apa nama program tu.. huhu.. 

cuma aku puji sebab rasanya ini kali pertama program sebegini diadakan... ada senaman aerobik, pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, derma darah, pertandingan kucing, jualan-jualan dan pameran kereta perodua myvi pun ada... sekurang-kurangnya, dapat gak jumpa orang kampung terutama orang macam aku ni jarang jarang sekali berjumpa dengan diorang... hahaha... 

mula-mula aku ingat mahu derma darah tapi tak jadi, sebab makanan yang disediakan tak best... hahaha.. gurau je.. sebenarnya aku tak jumpa kat mana nak derma darah tu.. last-last, masa nak balik baru tahu diorang buat kat perkarangan surau... nak stay lama lagi, tak boleh sebab petang tu sudah mahu ke Shah Alam, sepupu aku nikah... 

terlepas lagi.... huh...


cerita dua...

pergi Shah Alam menghadiri kenduri sepupu aku... aneh sikit la sebab buat sebelah malam... errk, mungkin aku yang aneh kot sebab aku tak pernah jumpa camtu.. 

ada baiknya kenduri ni dibuat malam... pertama, tak panas, kedua lebih cantik sebab lampu2 hiasan tu nampak berfungsi.. (kalau buat pada waktu siang, kan dah terang... hahaha).. yang tak bestnya, waktu singkat... majlis pastilah bermula lepas maghrib atau isya'.. tapi kira ok kalau gunakan perkhidmatan katering macam majlis yang aku pergi ni... kiranya takde lah penat sangat tuan rumah tu...

anyway, it was a nice wedding... sebenarnya aku jarang sekali pergi majlis kahwin... ini pun dikira kena pergi.. hahaha... 

bila pengantin mula sampai je, selawat mula didendangkan.. pengantin terus ke pelamin untuk acara tepung tawar.. ada DJ sekali... aku puji la peranan DJ tu digunakan dengan baik.. bukan setakat kawal sistem audio je, tapi juga sebagai pengacara majlis... contohnya, dalam acara adat tepung tawar tu, dia panggil nama-nama yang disediakan untuk menepung tawar.. begitu juga dengan siapa yang akan makan dengan pengantin di hadapan... kiranya, takdelah masa dilengah-lengahkan... lagipun masanya agak suntuk pada waktu malam.. 

tapi pastikan takde nama  yang tertinggal... hahaha.. kalau tak, ada yang kecil hati nanti.... so pandai-pandailah...

kiranya majlisnya berjalan dengan lancar dan licin.. takde tersekat-sekat...

haaa, aku paling tertarik dengan acara potong kek... hahaha... sebab ia dibuat dalam pondok kayu kecil yang dihias dengan bunga-bunga kecil yang bergantungan... pondok tu memang cantik la, siap ada lampu kuning lagi... nampak romantik kot... 

ok, stop dreaming! hehhehe...

bab pelamin, aku tak ambil pot sangat... maaf la, tak berhajat pun... hahha... tapi yang aku suka hiasan di pelamin tu.. ada pasu kaca yang macam moden, diletakkan bunga-bunga apa ntah aku tak ingat, pastu ada letak buah-buah epal merah (yang real punye!) dalam pasu dan diselitkan bersama rumpunan bunga tu... perggh, tu cantik la...

adik aku yang kecil tanya, "boleh makan ke epal tu?" "alaa, lepas abes majlis mesti dimakan punya.. kalau tak membazir je..."aku jawab... hehe..

hahahha.. macam jakun sikit aku ni kan... itulah, jarang pergi hantar pengantin... lagipun selalu tengok, biasa-biasa je... heheh... 

itu saja perkongsian aku kali ni.. entah bila aku akan tulis lagi... hehehe... 

cerita tiga...

oh ya, terima kasih pada kawan aku yang sorang ni sebab memberi idea untuk nama kereta aku. "BUMBLE BEE!!!!" kinda cute name.. nama robot Transformers kan? hehe... i really appreciate it! =D

(bumble bee... where the name was inspired....)

p/s: sorry takde gambar... kenalah imagine sendiri.... heheh...

Sunday, December 11, 2011

Belajar di Tempat Kerja

assalamualaikum...

fuh, lama sudah tak tulis dalam blog ini.... sedar tak sedar sudah 3 bulan aku kerja... alhamdulillah, aku semakin selesa dengan keadaan di tempat kerja ditambah lagi dengan bertambahnya rakan-rakan sekerja yang sedia membantu... tekanan tu tetap ada tapi aku masih bertuah kerana masih ada sahabat lama dan kawan-kawan baru yang ok... 

itulah hikmah aku ditempatkan di hospital ini kerana ini tempat yang terbaik untukku..

bila kita bekerja ini, kita akan bercampur dengan pelbagai peringkat manusia... berbeza dengan masa di kampus... orang sekeliling mempunyai pemikiran yang hampir sama kerana membesar dalam suasana yang lebih kurang sama.. jadi cara fikir pun sama... 

kalau kat tempat kerja, bukan semua orang ada cara fikir yang sama.... diorang datang dari pelbagai latar belakang kehidupan, pendidikan dan pengalaman diorang pun lebih banyak... 

kadang-kadang kita pelik kenapa mereka tidak berfikir seperti apa yang kita fikirkan yang kita fikir apa yang kita fikirkan tu lebih rasional dan lebih ke arah kebaikan... sebabnya adanya perbezaan yang aku bagitahu kat atas ni... 

hmm, faham tak apa yang aku cuba sampaikan? 


hakikatnya, kerja ini bukan saja proses belajar jangka masa panjang tapi kerja adalah proses untuk belajar faham manusia.... bukan senang nak faham manusia.... tak boleh expect apa yang mereka fikirkan... mungkin sesuatu yang buruk atau baik... paling penting, berbaik sangka dan berlapang dada... 

itu satu perkara lah... 

yang kedua, hal kena marah... hahahaha... biasalah pekerja baru pasti banyak masalah...

tapi satu perkara yang aku kurang gemar bila seseorang itu dimarahi dengan cara yang memalukan.. contohnya dimarahi di hadapan orang lain sehingga satu tempat itu mendengar suara marah tu... lebih baik jika marah secara belakang, tak di hadapan yang lain... sebab setiap orang ada air muka... kita tahu kita salah dan sedar kesalahan tu, jadi tak perlulah tengking-tengking.. 


bila dimarahi, kita boleh terima dengan hati terbuka, sekiranya ia memang kesalahan kita sendiri.. tapi jika disebabkan orang lain, tu tak patutlah... kalau marah sangat pun, tolonglah... kawal sikit perasaan anda tu... lebih baik siasat dulu sebabnya dan jika tersalah tuduh, akuilah kesilapan diri dengan lapang dada... 

hormat itu bukan datang dari tingginya pangkat atau kedudukan tapi datang dari kerendahan hati dan akhlak yang baik...

yang ketiga, ketelusan... ketelusan ini bukan saja dalam sistem organisasi tetapi dalam hubungan sesama manusia... 


teluslah, jika suka pujilah dengan ikhlas dan jika tak suka tegurlah dengan nada yang baik... hubungan pasti harmoni, insyaAllah..

hahaha.... bosannya tulisan kali ni kan? ni lah hakikat kehidupan di alam pekerjaan.... 

 (aku seorang tangan kiri, memang berfikiran pelik.... hahaha)


wasalam....

Sunday, November 6, 2011

Ia Takkan Ke Mana....

assalamualaikum....

tanpa keraguan,

Agama akan menguatkan sesuatu bangsa & bangsa selalunya akan melemahkan sesuatu agama. Bangsa yang bongkak akan membentuk Agama mengikut kemahuan mereka & bangsa yang lemah akan membentuk bangsa mereka mengikut kemahuan agama.

realitinya,

yang mahu berdakwah dan mendaulatkan agama perlu ada tauliah... jika takde, akan ditangkap... tapi kalau nak dibandingkan dengan mubaligh Kristian, mereka hanya perlu kemahuan tapi pendakwah Islam wajib ada tauliah..

yang berpeleseran di pusat hiburan dan berpakaian tak senonoh dibiarkan bebas...

sekolah agama tak dapat sokongan pihak penguasa malah dianaktirikan..

gerakan pro-Islam disekat pergerakannya...

semuanya kerana tak sehaluan dengan penguasa... tak tahulah orang yang suka menangkap ni taat pada siapa..

jadinya, sukar untuk ajaran Islam berkembang, baik untuk dakwah non-muslim dan juga islah sesama muslim...

nak harapkan dakwah secara contoh teladan, berapa ramai orang Islam di sini yang bersikap baik... rata-rata memberi  gambaran negatif kepada non-muslim...

ya, hidayah milik Allah tetapi umat Islam ada tanggungjawab yang besar untuk menyebarkan Islam... takde pun diletakkan syarat "perlu ada tauliah".. syurga dijanjikan untuk orang yang berjuang meninggikan syariat Islam..

asasnya, tauliah ini untuk mengelakkan ajaran sesat daripada tersebar... tapi bila diperhatikan selama ini, yang ditangkap merupakan pendakwah yang tak sehaluan dengan pihak penguasa.. tiada pun isi dakwahnya yang menyalahi ajaran Islam... pengertian "ajaran sesat" itu tak dapat ditafsirkan dengan tindakan, tak jelas... 

oleh itu, sila jelaskan dengan mendalam dan selarikan dengan tindakan yang diambil... jangan membabi buta saja.. 

amat menyedihkan jika syarat tauliah yang tidak jelas itu diteruskan... ia akan membantutkan usaha dan semangat orang Islam yang mahu berdakwah... ke'izzahan (ketinggian) agama Islam di negara ini hanya ditulis dalam perlembagaan negara saja tapi realitinya, ia terkubur layu dalam jiwa-jiwa manusia yang hanya tertulis "Islam" dalam kad pengenalannya... takde maknanya...

perlu ada tauliah untuk daulatkan Islam? hmmm.....




Friday, November 4, 2011

Dua Hari Sebelum Hari Raya Aidil Adha....

assalamualaikum...

terjadi satu kemalangan petang tadi di plaza tol PLUS Yong Peng Utara. alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan nyawaku...

selepas habis waktu kerja, aku terus pulang ke rumah. memandangkan kawasan jalan biasa sesak, aku terfikir untuk melalui lebuhraya saja.

semasa nak membelok masuk ke lebuhraya Ayer Hitam, kereta yg dipandu terasa laju dan hampir hilang kawalan, brek pun tak makan... aku sudah pelik... bila nak ke plaza tol untuk ambil tiket di kaunter kedua dari tepi, disebabkan brek tak makan, aku terpaksa membelok ke kiri untuk mengelakkan dari melanggar lori di hadapan.. alhamdulillah, dengan kuasa Allah, kereta itu berhenti akhirnya... jika tidak, sudah tentu akan melanggar tembok antara kaunter tol pertama dan kedua...

aku jadi pelik dengan brek keretaku... brek rosakkah? tapi tadi masa sesak di Kluang, masih ok lagi breknya... atau sebab aku terlalu laju sampai brek tak dapat berfungsi baik? hmm, mungkin kot...

aku memandu seperti biasa di lebuhraya dengan kelajuan 80-90km/j... alhamdulillah, tidak berlaku apa-apa. setelah sampai di susur keluar Yong Peng Utara, aku pelik kenapa kereta aku semakin laju padahal tak tekan minyak pun... aku terus tukar gear rendah untuk memperlahankan kelajuan kereta.

dengan kelajuan 40km/j setelah mengambil pengajaran tadi, aku menuju ke plaza tol untuk pembayaran. aku masuk ke kaunter kedua dari tepi. malangnya, brek pun tak makan juga.. aku menjadi cemas... 'ahh, sudah.. brek tak makan pula...' untuk elakkan daripada melanggar kereta depan dan memberi masa untuk kereta dapat berhenti, aku terus membelok ke arah tepi. brek juga ditekan sampai habis tetapi tak berhenti juga kereta. 

akhirnya, aku terbabas ke tempat laluan motosikal. alhamdulillah, tak ada motosikal yang lalu ketika itu. pada masa yang sama, aku berusaha untuk turunkan gear untuk kurangkan kelajuan tapi tak berkesan. di hadapan ada dua batang besi tercacak. aku terus merempuh salah satu besi itu kerana tak dapat elak. di tepi sebelah sana ada parit besar. 'ahh, sudah... rempuh je lahh..' masa tu aku dah berserah je.  kuat juga hentaman itu, terasa sampai dalam. fuuhhhhh!!!

serta merta aku terus matikan enjin sebab jika tak, bangunan pejabat PLUS pula yang jadi mangsa. terus berhenti. 'Ya Allah, betul ke ni? aku kemalangan ni!' aku terdiam dan telefon abah dan ibuku memberitahu kejadian ini.  mereka bergegas ke situ.

pekerja PLUS mula datang ke arahku. mereka bertanyakan keadaan aku. alhamdulillah, aku ok saja, cuma kereta yg tak ok. bumper depan terkopak sikit. nombor plat hampir patah dua. kiranya luaran je yang terjejas tapi enjin semua ok saja. takde tangki yang bocor.

pekerja PLUS ajak aku berehat di pejabatnya sementara menunggu ibubapa aku dan polis peronda PLUS datang. dari luar aku dah  nampak tonto yang kerjanya menarik kereta yang rosak atau kemalangan. kakak PLUS tu bagitahu "biarkan saja tonto tu... duduk saja di dalam ni.. nanti kena 700...  tunggu je polis peronda PLUS sampai.. nanti diorang tolong.." 

aku duduk dalam bilik tetamu itu sambil termenung.... 

kakak tu ajak aku minum-minum dulu di pantri diorang. kami bersembang-sembang. mereka tanya 'kenapa tak tarik handbreak je?' 'aah ek... tak terfikir pula.. panik punya pasal..' 'kakak tu sambung 'kalau tarik handbreak masa tengah laju, boleh berpusing kereta tu.. bahaya juga.. nasib baiklah awak belok ke tepi plaza tol...' masa tu aku terdiam, rasa seperti diselamatkan nyawa... jika tidak, pasti aku akan terlibat dengan kemalangan yang lagi dahsyat... alhamdulillah.. 

tidak lama kemuadian, polis peronda tu sampai. diorang bawa keluar kereta aku dari tempat kemalangan melalui laluan motor. polis tu pandu kereta aku. aikk, boleh pula guna brek tu?? katanya, brek tu perlu ditekan (dipam) banyak kali, baru brek makan... oooo.... 

tonto-tonto telah tunggu di situ. uiisshhh, sibuk je diorang ni! 

dalam beberapa minit kemudian, ibubapa aku sampai. setelah ucapkan terima kasih kepada kakak PLUS tu, kami pun beredar. 

polis peronda tu bawa kereta aku ke bengkel berdekatan dan kami semua eskot dia dari belakang. bila sampai di bengkel takde apa yang dibaiki, mungkin sebab akan makan masa. kereta itu akhirnya dipandu balik oleh abahku. dia seorang je yang pandai bawa kereta macam tu sebab ia pernah terjadi dahulu, iaitu brek tak makan... tetapi taklah sampai terjadi kemalangan seperti aku.

sepanjang perjalanan pulang, aku terfikir mengenai kejadian tadi. hampir beberapa kali aku hampir kemalangan akibat hilang kawalan kereta sebab brek rosak. yang pertama, di plaza tol Ayer Hitam.. aku hampir terlanggar tembok. yang kedua, semasa susur keluar ke Yong Peng, hampir hilang kawalan dan terbabas di pusing keluar tu. ketiga, semasa di tol Yong Peng. 

umurku masih dipanjangkan lagi oleh Yang Maha Melindungi.... kematian rupa-rupanya ada di mana-mana... Allah.... terima kasih kerana menyelamatkan aku daripada kemalangan yang kesannya lebih teruk daripada yang Engkau berikan sekarang yang lebih mudah dan ringan... 

muhasabah buat diriku mengenai apa yang telah dilakukan sepanjang hidup selama ini..

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Sunday, October 30, 2011

Erti Lafaz Akad Nikah

assalamualaikum...

lafaz akad nikah

"aku terima nikahnya dengan si dia binti ayah dia dengan mas kahwinnya RM"

erti tersirat

"aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. kalau gagal, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku"

Gulp!!

Saturday, October 29, 2011

Pilihan yang Dipilih...

assalamualaikum...

akhirnya, setelah beberapa bulan berfikir dan mengkaji pilihan yang ada, aku telah membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai teman baru dalam hidup. pendapat orang sekeliling juga telah dipertimbangkan. sebenarnya aku dah tak larat nak fikir mengenainya...huhu..

( thinking chair! )

memang tak dinafikan, membuat pilihan dan mencari keputusan sangat sukar. sebabnya kita tak tahu apa yang terjadi pada masa depan. tak semua ciri-ciri yang dimahukan akan diperolehi. yang penting, ia tidak membebankan dan puas hati.

bila sudah membuat keputusan, tekadkan dalam hati. 

rancangan asal aku mahu memilikinya pada tahun hadapan memandangkan ada masalah kewangan. tapi rancangan kita tak semestinya tepat untuk kehidupan kita.

(pilihan yang dipilih ^^ )

dan sekarang aku tak sabar menunggu kehadirannya pada bulan November/Disember nanti... ^^

G-Day!

assalamualaikum...


6 Oktober 2011 


( surat jemputan kepada ibubapa)

 ( abah, ibu dan adik2 yg dapat hadir ke majlis konvokesyen saya )


( hadiah-hadiah dari keluarga dan kawan-kawan... terima kasih banyak-banyak.. sayang mahu digunakan atau dimakan... huhuhu )

alhamdulillah!!! terima kasih kepada semua ^^

Saturday, September 17, 2011

Berfikirlah dan Buatlah Pembetulan...

assalamualaikum...

banyak kekeliruan yang berlaku akhir-akhir ni mengenai negara kita.. antaranya yang popular ialah Mat Indera dan isu negara ini tidak pernah dijajah oleh kuasa Inggeris, cuma dinaungi atau dilindungi.

hmm, maksudnya kita tak pernah dijajah, jadi kita tak perlu merdeka. sebab merdeka bermaksud bebas dari penjajahan. apa gunanya PM pertama kita buat di stadium dulu, melaungkan merdeka? 

serius, aku keliru dengan apa yang aku belajar di sekolah selama ini.

ok, kita keluar dari isu ini. apa yang mahu dikatakan ialah ini adalah satu permulaan ke arah ketamadunan. apa yang aku maksudkan, masyarakat mula terdedah dan cuba mencari sesuatu fakta dalam sesebuah isu dari pelbagai sudut. bukan hanya dari satu fakta yang dikawalkan perkembangannya.

masyarakat akan mula berfikir secara matang dan terbuka tanpa bersikap bias atau berat sebelah semasa memahami sesuatu perkara. 

mereka akan cuba menilai dari pelbagai jenis fakta itu tentang sebenarnya yang berlaku dan akan merasionalkan sesuatu cerita atau perkara berdasarkan apa yang diyakini adil dan benar.

apabila perkara itu sudah difahami dan dinilai, suatu cetusan jati diri akan muncul dalam diri. jati diri ini akan memberi kesan terhadap tamadun negara. 

contohnya, masyarakat sedar akan erti kebebasan dan banyak titisan darah telah tumpah dalam siri penentangan terhadap penjajah. rasa cinta akan negara yang membuak-buak akan menghasilkan pelbagai idea dan jalan untuk memajukan negara tanpa terikat dengan pengaruh dari mana-mana kumpulan dan individu. ini dalam aspek negara lah.

itulah pentingnya kita mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber dan kita mengekstraknya dengan menggunakan akal kita. 

buang yang palsu, ambil yang benar, walaupun dirasakan pahit untuk ditelan.

inilah sejarah, memang akan ada yang bersifat bias dan tokok tambah. mungkin disebabkan maklumat sejarah itu diambil dari orang yang salah.

kemudian, mengkelaskan manusia itu dan ini dan kita cuma ikut-ikut saja tanpa mahu berusaha memeriksanya. itu adalah berisiko kerana kita akan dipertanggungjawabkan dengannya di akhirat kelak. 

Firman Allah yang bermaksud: 

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan."
(Al-Hujurat : 6) 

kesimpulannya, banyak lagi benda misteri yang perlu disiasat dan didedahkan kepada umum agar kita benar-benar faham mengenai negara kita dan erti kebebasan. 

biar kita banyak membaca supaya kita lebih bersedia untuk membuat koreksi tentang apa kita faham dan apa yang kita fikir selama ini.

 ini adalah teras agama.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa yang dilakukannya." 
(Al-Isra : 36) 

....dan aku tak tahu sekarang ini nak cakap "selamat hari kemerdekaan"  atau tidak...


selamat tidak pernah dijajah, peace!

maka, berfikirlah dan buatlah pembetulan!


rujukan dibuat dari sini, Dr MAZA.  mungkin ada sedikit perbezaan. 


Saturday, September 10, 2011

Rumah Sewa

assalamualaikum..


post ini ditulis pada 5/9/2011 dan baru dipost hari ini..


 akhirnya aku bersama seorang sahabatku yang juga akan bertugas di tempat yang sama  menyewa sebuah rumah di sebuah taman perumahan berhampiran dengan SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang. rumah ini agak baru kerana sebelum ini ada seorang penyewa yang duduk di situ cuma 3 bulan saja. kemudian, kami yang sewa. sebaik saja tiba di rumah itu pada hari Jumaat, keluarga saya dan keluarga sahabat saya bekerjasama membersihkan rumah itu.

disebabkan rumah itu kosong, kami terpaksa membeli beberapa buah barang keperluan seperti meja dan tilam. rumah itu pada kami agak selesa kerana hanya kami berdua saja yang duduk, kira berbaloi dengan bayaran sewanya, insyaAllah..

rumah ini pada saya sepertinya rumah kos rendah yang ada 3 buah bilik. cat dinding mudah tertanggal, sepertinya cat kapur. master bedroom juga agak kecil dan saya tak fikir selain katil bersaiz king itu, almari dan meja solek dapat dimuatkan dalam bilik itu. lantainya 100% ada tile. percaya atau tak, rumah itu sebenarnya bernilai RM 120,000. ia cukup untuk orang bujang seperti kami tetapi untuk yang berkeluarga besar, entahlah.

nak tak nak, kami terpaksa belajar memasak. nasib baik sahabat saya itu tahu juga memasak berbanding saya kerana saya hanya tahu teori tetapi praktis saya kurang sikit. huhuhu.. masak pun ringkas-ringkas je, biasalah.. orang bujang la katakan.

berdekatan dengan rumah kami ada taman rekreasi Gunung Lambak, kira-kira 3km dari rumah kami. di situ takde air terjun. kalau mahu air terjun, ada di Gunung Lumut, agak jauh sikit dengan rumah kami. jadi, jika bosan-bosan, bolehlah kami hiking gunung.. (saya? ye ke? hohoho)

yang tak best di rumah ini, sukarnya mendapat talian internet. guna talian Streamyx pun susah, talian Celcom tak pasti tapi pernah cuba dulu, tu pun tak dapat. talian Maxis lagi susah rasanya sebab talian telefonnya pun cuma 1,2,3 bar. hmm... jadi katak bawah tempurung la nampaknya. terpaksa la beli surat khabar Sinar Harian yang tulus dan telus.. (macam promote lak..)

jiran-jiran di sini pun baik-baik, terutama jiran sebelah rumah (sebab itu yang yang baru dikenali) lebih kurang sama seperti suasana kampung juga. tetapi di hadapan rumah kami tiada orang duduk, cuma ada selepas selang beberapa buah rumah.

sekarang rasa seronok kerana sudah ada rumah (walaupun disewa.. hoho) dan ada pekerjaan tetap.. alhamdulillah.. kenderaan kena tunggu bila dah dapat gaji banyak.. huhu.. memang sudah ada keluarga yang baik dan bahagia dan kawan-kawan yang baik dan sedia membantu... maka cukuplah dengan apa yang ada padaku ini.. terima kasih.. ^^

hmm, ada lagi yang kurang ke?? 

Friday, September 9, 2011

Seminggu Bekerja

assalamualaikum...

sudah seminggu aku bekerja (5 hari).. satu permulaan baru dalam putaran hidup selepas bertahun-tahun belajar sejak sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi di kampus... alhamdulillah, saya ditakdirkan mendapat kerja yang baik, sekurang-kurangnya dapat membantu aku menjadi hamba Allah yang baik, insyaAllah..

pengalaman bekerja merupakan sesuatu yang mengerikan bagiku. bukan kerana persekitaran yang tidak mesra. padaku, semua pekerja-pekerja di sana baik-baik dan sedia membantu jika bertanya. mereka juga sabar dengan aku yang lambat faham atau ingat tentang sesuatu perkara.

ia merupakan pengalaman yang mengerikan kerana aku seakan kecewa dengan diriku sendiri. aku seakan lambat belajar sesuatu benda. jika dibandingkan dengan PRP yang lain-lain, aku yang paling ketinggalan. mereka sungguh advance dan hebat. memang memberi sedikit tekanan kepada diriku.

kerja aku setakat ini tidaklah begitu berat dan aku belum lagi mempraktikkan perananku sepenuhnya. cuma banyak juga kerja-kerja pengurusan dan data yang perlu dilakukan. ia juga penting supaya maklumat dapat diseragamkan dan di'update' dari masa ke masa. dos-dos ubat dan nama kimia ubat juga tak ingat lagi. otak ini sudah berkarat agaknya. huhu.. kerja-kerja kaunseling juga belum aku lakukan.

sekarang ini aku bertugas di bahagian pesakit luar selama 2 minggu. lepas tu, 2 minggu lagi di bahagian pesakit dalam. akan datang, akan bertugas di wad, klinik kesihatan, stor, bahagian informasi ubat, dan pembuatan (manufacturing). semua ini akan dilakukan dalam masa satu tahun.

secara umumnya, kerja adalah perkara yang menarik kerana kita dapat berjumpa dengan ramai manusia dan belajar mengenai kehidupan. kita dapat juga mempraktikkan apa yang kita pelajari selama ini di kampus, baik dalam kelas atau di luar kelas. semasa belajar di kampus, kita belajar tapi tak dapat dipraktikkan dan akhirnya sukar untuk faham dan ingat. aku masih lagi percaya bahawa belajar dan pada masa yang sama adakan praktikal adalah sesuatu yang bagus untuk kefahaman dan memori. 

ok la, aku sebenarnya mahu kongsi mengenai pengalaman kerja tapi bila baca balik ayat-ayat di atas ni, macam tunggang terbalik je... lebih baik berhenti je la... penat la keje, 8am-7pm tadi... kehkehkeh.. bukan lama sangat pun.... pastu terus bergegas balik ke rumah dan sampai dalam pukul 9pm. esok petang sudah mahu balik ke sana semula.. sekejap betul.... hmmm...

aku mahu satu atau dua lagi kehidupan lain selain daripada kehidupan bekerja ini....

Friday, September 2, 2011

Dah Nak Masuk Kerja Lak!

assalamualaikum..

hari raya keempat, aku dah tak beraya lagi... aku akan pindah ke rumah sewa di Kluang kerana 5/9 dah mula posting... perasaan sedih sebab terpaksa berpisah dengan keluarga dan rumah... cuti lama sangat, hampir 4 bulan... terus tak biasa nak survive macam di kampus dulu.. huhu..

rumah sewa tu akan dibersihkan dan cuci sebab lantainya dah berhabuk tebal... cukup menghitamkan stokin dan tapak kaki... huhu.. peralatan membersihkan pun telah disediakan dan akan dibawa dari rumah.. aku rasa kereta akan menjadi sesak dengan barang-barang aku.

hei, kenapa awal sangat? tak sabar ke...? 
hahaha... bukan tak sabar tapi terpaksa.. wuwuwu.. sebab hari sabtu dan ahad famili akan ke KL untuk hantar adik daftar lak plus beraya ke rumah saudara mara di sana. aku tak dapat ikut la... kena ambil mood nak kerja dulu.. huhu...

rumah tu kosong.. pasti banyak peralatan yang perlu dibeli... gaji lambat lagi lak.. hmm... 

aku tak tahu bila aku dapat online lagi.. kat sana takde internet kecuali kalau aku pasang wireless atau broadband... line kat sana tak pasti elok ke tak sebab area bukit....

fuuuhh, nak mula kerja ni! mood baru datang sikit, dalam 20%.. huhu... sedara-sedara aku dah mula nasihat masa raya hari tu, kerja baik-baik.. jangan ambil rasuah (yang ini, insyaAllah pasti tidak ambil).. kerja kuat-kuat.. kalau tak tahu, tanya senior.... cepat-cepat cari jodoh (adooii, yang ni pun ada gak.... tak tahan betul..)..

aku tak tahu nak anggap ini kerja atau latihan... tapi aku lebih anggap ia sebagai latihan yang disertai dengan tanggungjawab dan amanah terhadap hak-hak pesakit.. berat bunyinye tu.. huh... rata-rata anggap pegawai farmasi ini kerjanya mudah, tidak berat, bersenang lenang, rileks dan goyang kaki... ya, manusia akan menilai apa yang dia nampak.. tetapi tak wajar untuk memandang enteng tanggungjawab orang lain.. ia akan memberi kesan terhadap hubungan dalam komuniti hospital seterusnya terhadap kualiti kesihatan pesakit. 

samalah seperti suri rumah, orang anggap mudah.. goyang kaki, banyak rehat... tetapi hakikatnya tidak.. sungguh banyak kerja yang perlu dibuat dari bangun tidur sampai nak masuk tidur.. 

aku tak rasa kerja yang bakal aku tempuhi adalah kerja yang mudah... sebab itu aku rasa sangat bimbang dari dulu sampai sekarang. aku risau kalau aku akan gagal sebagaimana aku di kampus dulu.

ramai pelik kenapa aku sangat risau... aku semasa di kampus agak teruk... mungkin kursus ini sukar bagi aku tetapi mudah bagi orang lain... aku tahu bila aku kerja ini aku perlu usaha lebih kuat... kalau tak, habislah pesakit.. sebab itu aku sangat bimbang...

aku tak tahu kebimbangan aku berlarutan sampai bila.... huhu.... 


Bertindih Catatannya

assalamualaikum..

dah lama rasanya tak menulis... ada beberapa peristiwa penting dalam hidup yang aku ingin catat di sini... untuk aku... ya, hanya untuk aku dan ia tidak berkepentingan dengan orang lain... 

Penempatan Posting

aku lapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri sebagai pegawai farmasi pada 16/8.. aku sememangnya gentar pada tarikh ini kerana bakal ditempatkan di tempat yang aku tak tahu di mana tetapi sudah tertulis takdirnya untuk aku untuk menabur bakti dan mencari pengalaman.

aku banyak kali berperang dengan diri sendiri, mahu lapor diri awal atau lewat. namun, aku sedar perlunya usaha untuk mendapatkan sesuatu kerana jika tidak berjaya, tidaklah terlalu kecewa. oleh sebab itu, aku pilih untuk lapor diri awal.

seawal mana pun aku sampai di sana, awal lagi orang lain. oleh sebab itu aku tak dapat di tempat yang aku mahukan iaitu di daerah aku sendiri dan di daerah sebelah yang jaraknya lebih kurang 45 minit perjalanan. begitulah takdirnya telah tertulis untukku tempat yang terbaik adalah Kluang. jaraknya lebih kurang 1jam lebih perjalanan. 

namun, aku masih beruntung kerana aku masih ada sahabat baik aku semasa di kampus yang turut bersama-sama mendapat tempat yang sama. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya adalah penasihat dan pendengar untuk aku nanti, insyaAllah..

aku juga berterima kasih kepada Allah kerana ditempatkan aku di hospital di daerah itu. memang tak disangka, ketua pegawai farmasi memberi kelonggaran untuk aku dan sahabatku itu untuk lapor diri (mula kerja) selepas raya iaitu pada 5/9. mood aku pada ketika itu tiba-tiba menjadi sangat gembira...hohoho..

jadi, dapatlah aku berpuasa bersama-sama keluarga sepenuhnya, alhamdulillah... sudah lama tak berpuasa penuh di rumah. kali terakhir semasa aku berada di tingkatan 5 kerana aku sekolah harian biasa saja yang berdekatan dengan rumah.. huhu... 

Pencarian Rumah Sewa

aku percaya, bila hati kita tenang memutuskan sesuatu, insyaAllah itu adalah keputusan yang baik. jika terdapat keraguan atau rasa tak sedap hati, mungkin ia mengandungi sesuatu yang kurang elok untuk diri kita sendiri.

sebab itu, bila membuat sesuatu keputusan, perlulah istikharah. tujuannya untuk mendapatkan ketetapan dan ketenangan hati. tidak perlu mimpi tetapi cukuplah jika hati itu tenang dengan keputusan yang diambil. seterusnya, langkah yang diambil berdasarkan keputusan itu lebih dipermudahkan dan tiada halangan atau keresahan dari  mana-mana pihak yang terlibat. 

satu lagi, bila melibatkan keputusan melibatkan ramai pihak, langkah yang terbaik ialah berbincang atau bahasa arabnya, musyawarah.

inilah yang aku pelajari semasa membuat keputusan untuk menyewa rumah. 

Hari Raya Aidilfitri

secara totalnya, mood untuk beraya mula hilang kerana dah nak masuk kerja.... wuwuwu.... tapi bila dah berjumpa keluarga dan saudara mara, perasaan takde mood beraya terus hilang ditambah lagi bila dapat duit raya. masing-masing sound, "ni last dapat duit raya. tahun depan kamu bagi pula.." hahahaha.... last?? heh, terasa dah besar ya... nway, tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima... insyaAllah, aku akan ikhlas dalam memberi duit raya atas tiket sedekah.. ^^

bila dah berkumpul semua, memang seronok. macam biasa, aku dihujani 2 soalan. 

soalan pertama, "bila start kerja? kat mana? dapat quarters atau sewa rumah?"
jawapannya : start keje lepas raya. sekarang tak kerja lagi.. (part ni kena kuat sikit, kalau tak, tak dapat duit raya.. kehkehkeh.. ). kerja di hospital Kluang. sewa rumah je, selalunya quarters tu doktor dan nurse yang dapat. pegawai farmasi macam saya ni mana dapat.. sebab diorang ada oncall..

saya pegawai farmasi (peringkat latihan), saya ada oncall, rumah sewa saya jauh dari hospital, saya takde kenderaan sendiri dan saya tak ok.

soalan kedua, "bila nak tunang? dah ada boyfriend ke belom? entah-entah nanti dapat doktor" 
serius, aku paling tak suka soalan ini.. huhu... sebab aku tak tahu nak jawab macam mana...
jawapannya : ooowwhh, tunang? insyaAllah.... tak tahu bila... boyfriend belom ada tapi bakal suami akan ada. dan tak tahu siapa. doktor?? hmm..... mengapakah mesti... ? nak aminkan ke tak? aminkan je la... aminnn!!!

saya perempuan, saya dah habis belajar di kampus, saya tak fikir lagi pasal perkara ini dan saya ok.

apa-apa pun, aidilfitri kali ini terasa sekejap saja... aku berada di kampung halaman sehingga hari raya ketiga saja... 

Kita Rasa Kurang Senang, Orang Lain Lagi Susah

bila kita melawat orang yang sakit atau susah, pastinya akan menimbulkan rasa keinsafan dalam diri. selama ini kita rasa kita kurang berharta dari kawan-kawan kita yang memiliki itu ini.. lalu kita menjadi kurang bersyukur dan mempersoalkan itu ini, kenapa kita tak dapat, kenapa dia dapat.. 

semasa Aidilfitri, aku bersama saudara maraku melawat saudara mara yang pangkatnya atuk atau nenek kepadaku. aku melihat rata-rata mereka sakit, tidak berupaya untuk menguruskan diri disebabkan tak dapat bangun, lalu terpaksa bergantung pada anak-anak. bila sudah tua, ingatan juga berkurang.. sudahlah sakit, kurang berkemampuan.. aku tak tahu bagaimana mereka survive... bagaimana anak-anak yang menguruskannya dapat tabah dan sabar.. 

aku percaya mereka kuat mental dan fizikal... 

aku tak tahu bagaimana aku nanti.. di manakah ibu bapaku yang sudah tua itu nanti... adakah aku dapat menguruskan mereka dengan baik dan sabar sebagaimana mereka bersabar bila aku menangis tiap-tiap malam... adakah aku akan disibukkan dengan kerja, atau keluarga sendiri... adakah aku dapat bersabar, tabah dan kuat.. Allah...

aku mesti menjadi anak yang paling baik!

Tidak Mahu Tergelincir Lagi

Ramadhan yang baru saja berlalu tidaklah bererti jika selepas ini kita masih tidak dapat membaiki diri kita walaupun sedikit, maka apalah erti hari raya ini yang dikatakan hari kemenangan.

ramadhan lalu, aku baru saja membaca buku Transformasi Ramadhan tulisan Hasrizal Jamil. aku bagi 5 bintang isi kandungannya. cukup baik, kupasan yang jelas dan luar biasa...memberi kesan dalam diri tentang pengertian ramadhan dan hari raya. 

biarlah nilai-nilai baik istiqamah atau berkekalan dalam bulan-bulan akan datang. biarlah sedekah dan keikhlasan itu berterusan menjalar sehingga bulan-bulan seterusnya. segala amalan dan nafsu yang dilatih semasa bulan ramadhan harap-harap dapat diteruskan dan dikawal lagi. barulah itu yang dikatakan kemenangan, al-faizin.. aminn..

SELAMAT HARI RAYA, DENGAN TULUS IKHLAS DARI HATI YANG TERDALAM MAAF ZAHIR DAN BATIN