Daisypath - Anniversary

Saturday, December 11, 2010

Hero Negara KAH?

assalamulaikum..

beberapa hari lepas, saya dan kawan-kawan telah meronda-ronda KL sempena selepas habis peperiksaan. kami mengambil peluang untuk berkunjung ke Tugu Negara.




sedikit sejarah pembinaan Tugu Negara:

idea pembinaan tugu ini datang dari perdana menteri Malaysia yang pertama pada 1960 setelah beliau melawat Tugu Perang Iwojima di A.S dan dibina oleh Felix de Weldon pengukir Austria ini dari AS. ia disiapkan pada 8 Februari 1966. tugu ini dibina sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu askar yang gugur dan jasa-jasanya dalam Perang Dunia I, Perang Dunia II dan semasa Darurat.


(Tugu Peringatan)
pertama: 


di kawasan Tugu Negara, terdapat satu tugu yang dinamakan Tugu Peringatan yang tertulis di atasnya nama-nama askar yang terkorban dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. saya berasa pelik kerana nama-nama yang terpapar semuanya adalah nama Inggeris. ada beberapa nama yang bukan nama Inggeris. 

mengapa tiada nama-nama Melayu atau Cina atau India?

saya terfikir, siapa mereka ini? adakah orang-orang Inggeris ini yang berjuang untuk kemerdekaan. bukankah mereka yang menjajah Tanah Melayu ketika itu? mengambil hasil bumi Tanah Melayu dan memeras ugut penduduk Tanah Melayu? 




(nama-nama askar Inggeris dan Negara Komanwel yang telah terkorban)

kedua:

satu perkara lagi, bila saya jejak ke sini, teringat saya pada satu kontroversi berkaitan dengan Tugu Negara. seingat saya dulu ada isu yang mengatakan meletakkan bunga di tugu ini adalah syirik!



pertama: nama-nama askar Inggeris?


setelah bertanya pada lebai Google, nama-nama Inggeris itu adalah nama-nama askar Inggeris dan negara-negara Komanwel manakala beberapa nama bukan Inggeris itu adalah nama askar-askar yang dari negara Komanwel. jadi, tugu ini adalah melambangkan askar-askar Inggeris yang mati dibunuh untuk diberi penghormatan.


 (Tugu Negara... ini yang kita banggakan??)


ada yang dapat mengecam, 5 patung askar yang berdiri adalah wajah Inggeris manakala 2 patung yang terbaring dan dipijak adalah Tentera Rakyat dari PKM.

ini bermakna, selama ini penghormatan yang dilakukan pada tugu ini oleh Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Pemimpin tentera dan polis semasa setiap Hari Pahlawan 31 Julai adalah penghormatan kepada tentera Inggeris, bangsa yang telah menjajah kita.

rupa-rupanya, inilah dia... saya pun tersentak bila tahu perkara ini.



kedua: syirik


menurut mantan Mufti Perlis, Dr Maza:




(Dr Asri)

"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.

Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) "Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata". (Surah al-Anbiya 50-54)"


menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, amalan lain yang dipraktikkan pada Hari Pahlawan seperti tiupan 'Last Post', bertakafur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan 'Rouse' di hadapan Tugu Negara juga bercanggah dengan Islam dan syirik. 

(upacara meletakkan kalungan bunga semasa Hari Pahlawan.... hmmm, perasan tak perkataan 'heroic' di situ???)

bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau tempat yang dilarang oleh syarak. 

bagaimanapun, sejak tahun 2010, kerajaan telahpun memindahkan tempat sambut di Putrajaya., bukan lagi di Tugu Negara.

 majlis kesyukuran dan tahlil boleh dijadikan acara rasmi dalam sambutan Hari Pahlawan ini. bantuan khas juga boleh diberikan kepada keluarga tentera yang telah terkorban.

wallahu'alam...

p/s: saya tertipu lagi!!! 

Monday, December 6, 2010

Istidraj

assalamualaikum....






Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

 "Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”



Friday, December 3, 2010

Bertambah "Sabar"

Assalamualaikum,


mak aih, lajunya!!!

Statistik kenaikan harga minyak pada tahun 1990-2008


Sebelum 90 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)



sumber: dulu-dulu punya harga




Mula Naik


kenaikan minyak secara mendadak bermula pada tahun 2008 ketika krisis minyak dunia berlaku. pada 5 Jun 2008, harga petrol mengalami kenaikan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter.

harga diesel pun dinaikkan kepada RM 2.58 daripada RM 1.58. 

ketika harga minyak dunia turun 22 November 2008, harga petrol dan diesel juga turun kepada 8 hingga 22 sen. ia terus turun sedikit demi sedikit sehingga Disember 2008

selepas itu, harga petrol terus meningkat dalam masa yang agak dekat antara satu sama lain.

minyak ni ada pelbagai jenis, RON92, RON95 dan RON97. RON97 adalah minyak yang selalu digunakan oleh enjin-enjin kereta yang agak bagus terutama kereta luar negara. 

sebab itu, pemilihan minyak ini mesti ikut jenis enjin, kalau tidak, enjin cepat rosak sebab tak sesuai. 

dulu cuma ada RON92 dan RON97.

 tetapi, pada 1 september 2009, RON92 telah dihentikan jualannya dan digantikan dengan RON95 sehingga sekarang. 

pada waktu itu, RON95 dijual pada harga RM1.75 (lebih mahal 5 sen daripada RON92) sebelum dinaikkan kepada RM1.80. pada hari yang sama, RON97 dinaikkan kepada RM2.07. sumber

ini pula statistik kenaikan harga RON97 2004-2010 untuk rujukan:


 di sini kita dapat lihat penurunan sementara dari Jun 2008 hingga Disember 2008. kemudian, harga petrol terus menaik dengan penuh kesyukuran. 


Bertambah Botak Kepala

semalam 1 Disember 2010, harga petrol RON97 telah dinaikkan sebanyak 15 sen seliter. pada tahun ini saja, kita dapat lihat kenaikan RON97 adalah sebanyak 3 kali iaitu pada Julai 2010, November 2010 dan Disember 2010. 

semalam, kerajaan berhasrat mahu meyeragamkan (sama saja 'seragamkan', 'rasionalkan' dan 'selaraskan' kerana semua itu bermaksud MENAIKKAN harga minyak) harga diesel untuk elakkan penyelewengan. 

malam ini, 3 Disember 2010 menyaksikan kenaikan 4 dalam 1:petrol (RON95), diesel, gas dan gula. yahoo!! syukur!! 



Sama tapi Tak Serupa


ini pula harga petrol di negara pengeluar minyak SEPERTI MALAYSIA. harga ini adalah semasa krisis minyak dunia 2008. ketika itu harga petrol di Malaysia adalah RM 2.70.



disebabkan Malaysia adalah pengeluar minyak, kenaikan harga minyak dunia sepatutnya memberi keuntungan besar kepada negara. jadi, tak perlulah nak jual petrol kepada rakyat dengan harga yang mahal.

Kesan

bila harga petrol naik, harga makanan, pengangkutan dan apa-apa yang dijual akan naik kerana memerlukan petrol untuk pengangkutan. tapi, gaji tidak naik pula. sebab itu, kehidupan semakin tersepit. 

pembesar hidup senang, rakyat mati kemiskinan.

***
harga petrol asyik naik je tanpa memikirkan hal rakyat. gaji rendah, pengangkutan awam juga teruk dan ada pulak lagi tol. harga kereta nasional pun mahal. lama-lama, rakyat pun boleh naik minyak!

harga minyak dinaikkan, duti import untuk barang-barang kemewahan yang tidak penting seperti beg tangan, baju tidur dan entah apa-apa lagi ntah diturunkan. apa punya idea la....

wallahu'alam~