Daisypath - Anniversary

Friday, October 29, 2010

Nowseeheart : Pengorbanan

telah lama
aku perhatikan segala
ombak nafsu
menghancurkan fitrah dunia

pedih 
luka meresah jiwa
memusnahi impian indah

biarkan ku tempuhi 
segala halangan pasti mendatang
dengan sepenuh jiwa

biarkan aku pergi
meninggalkan dunia yang dicalar
kerakusan manusia

sesungguhnya yang mulia di sisi-Nya
hanya ketaqwaan diri kita

iringilah sayangku
semua pengorbanan dengan doa
harapan yang bermakna
tempatkan Ya Tuhanku
di singgahsana terindah di syurga
dengan para syuhada


nak dengar, boleh muat turun di sini.... video dalam youtube tidak ditemui... (-.-")

Wednesday, October 27, 2010

Fitrah atau Fitnah?

assalamualaikum...

pada sabtu yg lepas, ada ceramah bertajuk "budaya couple : antara fitrah dan fitnah"


ceramah disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha Mohd Nordin dan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. dua orang ini memang terkenal dalam perkara-perkara seperti ini.

saya pada asalnya mahu hadir ke program ini tetapi banyak lagi kerja yang belum siap lagi, saya terpaksa batalkan niat saya itu. nasib baik kawan saya pergi, apa lagi, dia jadi satelit untuk saya la... hehe...

dengarnya, ramai yang hadir... sampai ada yang duduk di tangga. hehe... maklumlah, program hot macam ini, pasti ada yang duduk atas lantai punya. selain daripada program seperti ini, ceramah mengenai perbandingan agama, palestin dan Young Muslim Project yang pernah diadakan di UM, juga mempunyai rate penonton yang tinggi

ni saya cilok dengan kebenaran dari blog kawan saya. hehe.. saya kongsikan dengan sesiapa yang baca entri ini. 

kesimpulan dari ceramah ini:

1. jangan suka sms lelaki/perempuan tanpa sebarang urusan

2. couple itu haram. tambah2 rindu seseorang yang bukan muhrim. 
banyakkan istighfar, puasa dan zikir. elakkan perasaan suka dan rindu itu. kalau betul-betul suka, bagitahu perempuan itu yang kamu suka dia dan mahu ambil dia jadi peneman hidup kamu. jika dia setuju menunggu, maka okeylah. tapi lepas itu, jangan pula mesej2 atau call. haram. just fokus dengan komitmen belajar atau kerja, stabilkan diri. bila telah tiba masa, barulah akad, dan bercintalah selepas akad. halal.

3. tiada wujudnya islamic couple. eg: kejut tahajjud ke, jumpa untuk bincang pasal puasa sunat sama2 ke...

4. cinta dan halal/suci di sisi Allah adalah selepas akad nikah.

5. jangan biar cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Allah.

6. perasaan cinta dan suka pada orang itu adalah NORMAL. semua orang tidak lari dari perasaan itu. cuma cara kita mengatasinya berbeza. bertunang adalah untuk saling mengenali. bertunanglah lebih baik dari couple.

7. bila kita bercouple, akan mencalarkan hubungan kita dengan Allah. hidup bertemankan syaitan, mengotori hati.

8. cinta luar biasa datang dari hati, bukan dari mata turun ke hati.

9. cinta adalah tanggungjawab.

10. orang yang menyintai, banyak memberi dari menerima.

11. cinta jika dasarnya nafsu, Allah ciptakan untuk haiwan.

12. cintalah berkali2 dengan orang yang sama (suami/isteri)

13. who you are determine how you see.

14. what you see is what you get

15. boleh refer surah al-Hajj, cinta melalui pandangan hati adalah anugerah/hadiah

16. cinta adalah anugerah dan AMANAH

17. syarat untuk bercinta: 1. dasarnya cinta Allah. 2. tidak atasi Cinta kepada Allah. 3. ikut syariat (bertunang dan akad, bukan couple)

18. semakin banyak kemanisan cinta yang kita teguk sebelum nikah, semakin tawar dan hambar dalam perkahwinan nanti

19. antara cinta dan cita-cita, pilihlah CITA-CITA. stabilkan diri. berusaha menjadi orang yang baik, akan ada jodoh yang baik kelak.

20. cintailah sesiapa yang mencintai kita iaitu Allah dan Nabi Muhammad s.a.w

21. sesiapa yang menyintai seseorang yang bukan muhrim, dan dia merahsiakan perasaannya, dan banyak beristighfar, puasa dan zikir, itulah yg mulia di sisi Allah s.w.t

jom kita muhasabah balik diri kita, check mana yang tak betul dibetulkan. perlahan-lahan sebab memang susah nak berubah. tapi ia bergantung pada kekuatan dan keyakinan kita. 

semoga kta dapat manfaat yang baik dan berusaha menjadi yang terbaik! (^_^)

wallahu'alam..

Hantu Yang Sewa

assalamualaikum...


(Menara Dayabumi)
pencakar langit pertama di Kuala Lumpur, dibina pada tahun 1982, 39 tingkat, dimiliki oleh UDA, banyak lagi ruang-ruang yang tidak dipenuhi


Menara Berkembar Petronas
siap dibina pada 1998, 88 tingkat, dimiliki oleh Petronas,kos pembinaan RM6 billion, tidak termasuk kos tanah, taman KLCC dan lain-lain yang jumlahnya RM 10 billion.
 ruang banyak disewa oleh syarikat luar negara, Banyak lagi ruang yang tidak dipenuhi kerana harga sewa yang mahal

-------***--------

dulu, bila Menara Berkembar Petronas didirikan, nilai Menara Dayabumi turun kerana ada menara yang lebih menarik perhatian penyewa.
kalau Menara Warisan Merdeka didirikan dan menarik ramai orang, mungkin nilai Menara Petronas akan turun.

dua menara yang dibanggakan itu masih kosong dan tidak diisi sepenuhnya. bila ada pembinaan menara baru, nasib menara yang lama itu macam mana? 
tidak disewa sepenuhnya sedangkan kos pembinaan sangat tinggi. tiada untung.

orang tidak mampu sewa, hantu yang sewa.

pembinaan bangunan yang tinggi sebab tanah kurang. bila bangunan itu digunakan nanti, perlukan tempat untuk letak kereta pekerja di situ sedangkan ruang tanah kosong adalah terhad.

menjadikan laluan trafik kawasan setempat menjadi sesak.

saya tidak tahu apakah kegunaan bangunan ini. kalau alasan nak majukan kawasan setempat, kawasan Menara Warisan itu sudah maju. 
cuma kawasan luar bandar dan pedalaman saja yang belum maju. 

kos pembinaan Menara Warisan dibiayai oleh PNB. PNB ini adalah Government Link Company (GLC). TNB, TM dan PLUS juga adalah GLC. 
GLC adalah milik kerajaan dan kerajaan adalah milik rakyat. jadi, sumber kewangan itu datangnya dari rakyat juga. 

keuntungan dari GLC ini sepatutnya disalurkan kepada rakyat secara adil, bukan tertumpu pada golongan tertentu 

kos RM 5 billion itu adalah duit rakyat dan sepatutnya apa-apa faedahnya perlu sampai kepada rakyat. sedangkan Menara Petronas dan Menara Dayabumi masih tidak dapat memberi pulangan sepenuhnya kepada rakyat, maka perlu fikirkan perlukah sebuah menara lagi untuk kita?

wallahu'alam...

Monday, October 25, 2010

The 8th Habits: From Effectiveness to Greatness (Part II)

assalamualaikum....


jumpa semula lg.... hehe.... saya dapat lontaran dari beberapa pengunjung blog ini yang mengatakan ini entri yang paling berat. entry ini dan sebelumnya adalah ulasan buku, jadi memang agak berat isinya. saya cuba untuk jadikan ia ringan sikit.


(heavy metal... besi berat??)

-------***--------
entri lepas: kita telah "find the voice", and now we try to express the voices and spread to others.


1) Mind - Vision


bermula dengan minda (mind), kita lontar melalui bayangan atau imaginasi atau visi (vision). bahasa pasarnya, berangan. visi berkaitan dengan matlamat.


dalam Islam, vision ini samalah dengan niat. ingat hadith 40 yang pertama yang menyatakan:
"setiap amalan bermula dengan niat"
untuk buat sesuatu, kita pasti akan berangan-angan atau berimaginasi dahulu. baru ada feel!


ada juga yang mengatakan:
"All things are created twice"
contohnya bangunan. bangunan dibina dua kali. pertama, di atas kertas dan kemudian, di atas tanah. lakaran bangunan di atas kertas itu memerlukan kreativiti dan angan-angan.


(building design book..)

jadi, visi kita ialah redha ALLAH. kita perlu fikirkan tujuan kita dijadikan di dunia, iaitu beribadah kepadaNya.


visi akan menbuatkan pandangan kita lebih jauh sebab kita tahu dan nampak apa matlamat akhir kita. bila tiada visi, manusia menjadi rabun dekat sebab hanya mampu melihat dunia dari sudut pandang yang kecil.


bila kita ada vision yang kuat, kita akan sedar dengan faktor-faktor yang menjayakan visi dan harapan itu. jadi, kita akan berusaha untuk menjadikan visi kita itu realistik!


2) Fizikal - Disiplin
(guru disiplin ni... garang!!!!)


daripada angan-angan yang kuat tadi, dengan sendirinya kita akan berdisiplin.


disiplin ini bukanlah satu kongkongan tetapi sebagai mengikat kita dari terlepas jauh.


bila tiada disiplin, manusia akan jadi HAMBA KEPADA NAFSU.


3) Emosional (Heart) - Keinginan (Passion)


ia akan menghasilkan kekuatan untuk teruskan usaha bagi mencapai angan-angan.


4) Spiritual - Ketaqwaan (Consciences)


(sentiasa muhasabah diri..)

Conscience bermaksud kesedaran seesorang akan betul atau salah sesuatu tindakan atau pemikirannya. Conscience ini akan membawa kita kepada sikap proaktif dalam menyelesaikan masalah.


secara keseluruhan, kita dapat simpulkan:


whole person              need                capacity                                voice
Physical                      eat                     PQ              discipline       need
Mental                      learn                intellectual         vision             talent
Heart (emosi)            love                 emotional         passion          passion
Spiritual                   leave bad         spiritual           conscience     conscience


                                                     ------***------
jom periksa diri kita, adakah kita buat kerja dengan 4 intelligence (fizikal, emosi, spiritual dan mental) yang telah dikurniakan kepada kita sejak lahir?


kadang-kadang kita buat kerja, 4 unsur ini terpisah. badan (fizikal) berada di tempat itu, fikiran (mental) melayang entah ke mana, keinginan (passion) tiada, hanya buat untuk penuhi keperluan atau kehendak orang tertentu saja. spiritual, lagi tercampak ke laut agaknya.


(fragmented person.....)

sebab tiada penumpuan 4 unsur ini secara sama rata dalam diri kita, kita jadi "fragmented person". diri kita pecah kerana tertumpu pada unsur tertentu saja. bukan jadi "whole person". jadi, kita kehilangan "voice" yang menjadi penyelesaian masalah. kita buat kerja kerana terpaksa. dah tiada voice. ikut saja.


bila difikirkan balik, apa yang orang Barat ini tulis, 4 unsur ini telah ada dalam Islam. ia berkaitan dengan ibadah juga.


recap:
penyelesaian masalah kendiri:
1) find your voice
2)express your voice and spread to others


saya tertarik dengan "spread to others". itu adalah DAKWAH. dakwah bermaksud mengajak, menyeru. dalam buku ini menyatakan, ajaklah orang lain jika sudah tahu maksud "whole person". tiada gunanya ilmu disimpan kerana tiada apa-apa manfaat.


(dakwah juga ni...)

para sahabat Nabi s.a.w juga adalah "whole person". mereka mempunyai visi yang kuat dan jelas, iaitu Allah dan Rasul menjadikan keyakinan dan keimanan mereka sangat tinggi. ini menghasilkan semangat perjuangan yang kuat dan mereka telah membuktikannya (disiplin dan passion).


---------***----------

kita boleh (sepatutnya) menjadikan solat itu sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan, bukan sebagai ritual semata-mata.
menjadikan Allah dan rasul sebagai vision, kesungguhan sebagai passion, ikhlas sebagai conscience.


(jom jadikan solat sebagai sumber inspirasi hidup!)

kita perlu berangan-angan atau membina visi sebelum masanya. menjadi manusia proaktif. ia adalah tindakan yang awal.
jika tidak, kita akan menjadi manusia reaktif kerana ia adalah tindakan terdesak.


fizikal, mental, spiritual dan emosional adalah kekuatan kita, voice kita, solution kita!




wallahu'alam...

Saturday, October 23, 2010

Perdonami.... (latest)

buat sahabat-sahabatku yang disayangi....


(maafkan saya..... kadang-kadang saya ego...)

 
(maaf.... gambar cam pelik... maklumlah, pinjam dari lebai google je... hehe)

Teman Sejati- UNIC (terima kasih kepada cik lynna kerana mencadangkan untuk meletakkan lagu ini di sini (^_^))

La Corda Romance On Violin...

mari relaks sebentar.... (^_^)






I wonder if the violin is answering me....
or if I'm answering to the violin...
If you close down the way to your own path...
it will always open up.
That's why this isn't a song of ending.
I seem to have fallen asleep...
That's right..
Their music is...
in all respects..
heart warming...

Friday, October 22, 2010

The 8th Habits: From Effectiveness to Greatness (Part I)

assalamualaikum...


(entri kali ini adalah perkongsian kuliah ilmu yang baru dihadiri baru-baru ini)


selalu saja kita dengar kata-kata ini...


"saya tak rasa saya ni diperlukan..."
"saya tertekan! semua kerja nak cepat!"

atau kita sendiri yang mengucapkan kata-kata seperti ini...


ini adalah satu bentuk kesakitan kita. kendiri diri yang sakit.


                --------***--------


ini pula adalah perkembangan tamadun manusia di dunia:


zaman berburu (hunter) -->zaman pertanian (agriculture) --> zaman industri --> zaman informasi --> zaman kebijaksanaan (wisdom)


di negara kita:
 zaman sebelum penjajahan : zaman pertanian
 zaman penjajahan + hampir merdeka : zaman indusri
 sekarang : zaman informasi


kita sebenarnya melompat dari zaman pertanian ke zaman informasi. di sinilah berlakunya kejutan mental, fizikal, spiritual dan emosional. ia tidak mengikut arus natural.


(jom berubah...)


disebabkan zaman berubah, tindakan kita perlu berubah seiring dengan zaman. begitu juga dengan pemikiran kita.
contohnya, dalam hal mendidik anak.
-----------***----------
kemudian, fikirkan:
betul tak paradigma kita terhadap sesuatu perkara?


(anjakan paradigma)


apa itu paradigma? pernah dengar anjakan paradigma?
paradigma ialah cara kita melihat sesuatu perkara.


kita perlu melihat sesuatu perkara melalui 4 aspek (intelligence) yang ada pada diri kita, iaitu:
1. fizikal
2. emosional
3. spiritual
4. mental/minda


kita boleh menggunakan aspek-aspek ini untuk selesaikan masalah-masalah di atas.
bagaimana?


(keseimbangan alam penting... keseimbangan 4 intelligence juga penting)


4 intelligences ini sangat penting dalam pembinaan diri manusia. selalu timbul pelbagai masalah diri kerana kita gagal bina 4 intellegences ini dalam diri.


contohnya, kita sejak kecil diasuh dengan pembinaan aspek minda. asyik disuruh belajar saja. main tidak boleh, itu tidak boleh, ini tidak boleh.
 bila besar, kita hadapi masalah diri dan tidak dapat selesaikan masalah itu. sebabnya, diri tidak lengkap dengan kekuatan fizikal, emosional dan spiritual.


ada 2 penyelesaian :
cari cara dan pendirian kamu (find your voice) dan suarakan pendirian kamu dan ajaklah orang lain


cara pertama: find your voice


1) unopenend birth gifts


(hadiah hari lahir... telah terbuka..)


birth gifts : potensi yang ada dalam diri
Allah kurniakan banyak nikmat kepada kita sejak lahir, termasuklah potensi diri yang ada.


kita mungkin tidak sedar apa potensi diri kerana tidak sempat untuk explore dalam diri kita. kita belum lakukan apa yang kita sebenarnya boleh lakukan kerana tidak buka lagi semua hadiah hari lahir kita.


9999 daripada 10 000 orang sebenarnya adalah genius dan berhak untuk jadi genius. cuma, ia terbantut disebabkan persekitaran dan budaya yang tidak membina. mungkin juga disebabkan mindset.


first birth gifts:


a) kebebasan dan kuasa untuk memilih (freedom and power to choose)
stimulus ------------------> response
(power to choose)

setiap masalah atau perkara yang datang akan menghasilkan tindakan. sebelum buat keputusan untuk sesuatu tindakan, kita diberi ruang untuk memilih keputusan, sama ada keputusan yang baik atau sebaliknya.


(buatlah pilihan yang tepat.... jadi orang yang proaktif, bukan reaktif)


betul kan?


yang bezanya, saiz ruang untuk memilih. iaitu pilihan yang banyak atau sedikit.


jadi, kita sekarang berada di tempat sekarang disebabkan pilihan kita sendiri, bukan disebabkan peluang.


proaktif vs reaktif


pernah dengar kan perkataan proaktif dan reaktif? apa bezanya?


senang cerita,
proaktif : tindakan yang baik, membina, membawa kebaikan, menggunakan fikiran untuk berfikir
reaktif: tindakan yang agak terburu-buru disebabkan stimulus, tidak berfikir sepenuhnya sebelum membuat tindakan.


b) natural laws and principle


inilah dia Islam. sedarkah kita lahir sebagai Islam, adalah satu hadiah hari lahir. Islam universal dan dapat membantu kita selesaikan masalah.


(hadiah paling berharga dalam hidup manusia)


c) 4 intelligences


mental, emosional, fizikal dan spiritual


cara kedua: express your voice and tell the others


(..bersambung)

Thursday, October 21, 2010

Dua Puluh Dua....

assalamualaikum....


tarikh 21 Oktober 1988 tarikh saya dilahirkan di dunia ini. sekarang sudah 22 tahun saya hidup di dunia. terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi ucapan dan memberi hadiah kepada saya. terharu juga sebab tidak menyangka akan dapat hadiah. 

kalau belum bagi hadiah, tidak mengapa, peluang masih dibuka sehingga 21 Oktober tahun akan datang. hehe.

(kek hari jadi... tapi ini cantik sangat..)

kalau di rumah, ibu bapa saya akan belanja saya sekeluarga makan di luar atau pun ibu saya akan masak makanan yang istimewa. kek? masa kecil dulu selalu dapat. biasalah, budak kecil suka kek. sekarang suka juga tapi telah selalu, jadi, cuba yang lain sedikit.

ada apa dengan 22 tahun ini? apa yang saya mahukan?

hmm, bila kata apa yang saya mahukan, mesti bilangannya banyak dan tiada kesudahan. 

saya mahu tukarkan kepada "apa rancangan untuk akan datang?" kiranya, macam Bajet 2011 la... kan dulu istilah "bajet" adalah "belanjawan" atau "perancangan kewangan". bezanya, Bajet 2011 ada benda yang tidak masuk akal dan tidak ikut kemampuan dan keperluan, tapi rancangan saya ini, dibuat ikut kemampuan saya, InsyaAllah..

(22 tahun kehidupan)

ini dinamakan "Perancangan 22"... jeng.. jeng.. jeng...

apa intipatinya?

1. belajar dengan lebih rajin
2. sentiasa cuba untuk mengawal diri daripada sifat tidak sabar
3. menjadi lebih teratur
4. tidak belanja yang tidak perlu seperti kotak pensel, key chain dan bear. tengok saja ye kat kedai tu.
5. belajar masak bila di rumah
6. cuba untuk membuat kerja ikut masa 
7. kurangkan facebook

apa lagi eh? setakat ini, itu saja yang dapat difikirkan. 

tidak kira apa pun intipatinya, misi utama ialah mengubah diri kepada yang lebih baik. ada kelemahan, cuba untuk hilangkan kelemahan itu. lambat pun tidak apa. better late than never.

(impian saya.. InsyaAllah)

semakin meningkat usia, tiada apa yang boleh dibanggakan atau digembirakan melainkan bertambahnya tanggungjawab dan dekatnya kita dengan tarikh kematian. akhirat adalah pengakhiran hidup kita. di sana adalah yang abadi. sebab itulah yang perlu kita kejar. 

bila kejar akhirat, dunia pun dapat sekali. bila kejar dunia, akhirat akan tertinggal. 

apa yang kita lakukan, yang penting adalah mendapat redha Allah. buat kerja yang baik dengan niat ikhlas kerana Allah, dengan tidak meninggalkan apa yang disuruh dan melupakan apa yang dilarang, dan membawa kesan yang baik. InsyaAllah, kehidupan kita akan lebih bermakna walaupun jalan yang dilalui penuh sukar. 

(jom cari redha Allah...)

hmm, teringat pada kata-kata seorang ustaz di KK2, UM. 
"setiap 7 tahun dalam kehidupan kita, kita akan mengalami satu perkara yang lain dari yang lain, yang bermakna dalam hidup kita"

sekarang sudah 22 tahun, tapi tiada apa-apa pun... hmmm..... mungkin tidak sedar kot... huhu...



Saturday, October 16, 2010

AADB2011... (Ada Apa Dengan Bajet 2011?)

assalamualaikum....


Bajet 2011 aka Bajet Ke-53 Pasca Merdeka baru dibentangkan semalam oleh DS Najib Razak. pelbagai pandangan dari pihak kerajaan dan Pakatan (maaf, kurang gemar guna perkataan 'pembangkang') yang dilaporkan oleh media massa. tapi itu bukanlah topik kita. saya akan menggunakan ruangan ini untuk melontarkan pandangan saya tentang Bajet 2011 ini. 


(gambar diambil dari Malaysiakini.com)


Intipati Bajet 2011 boleh dibaca di sini.


jom kita lihat apa yang menarik!


1) projek mega iaitu menara 100 tingkat yang dinamakan "Warisan Merdeka" (RM 5 billion)


hmm.... saya tak pasti apakah tujuan pembinaan bangunan bernilai RM 5 billion ini. adakah untuk bermegah dengan ketinggian bangunan ini? fungsi utama bangunan ini? 


hmm... cuma takut takde kualiti je.. akhir-akhir ni, banyak kes bangunan yang didirikan runtuh... 




2) pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat pada kadar 5-30%. ini untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama membeli belah di Asia.


apa akan jadi dengan kempen membeli barangan buatan Malaysia? boleh jadi pasaran syarikat tempatan yang baru berkembang akan terjejas disebabkan kemasukan barang-barang dari luar negara yang mendapat pasaran yang luas.


3) melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam pengeluaran bahan makanan sehinnga 2015.


galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur boleh menarik minat pelabur untuk melabur dalam syarikat di Malaysia. 
bila syarikat pengeluar bahan makanan tak dikenakan cukai, agak-agaknya harga bahan makanan akan turun tak? atau pun sekurang-kurangnya tidak naik lagi?


4) RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi. 


berkualiti tinggi? apa maksudnya tu? selama ni filem di Malaysia pada saya, bagus dah dari segi teknologinya.. cuma pengisian filem atau drama atau dokumentari itu yang menyebabkan filem tempatan kurang mendapat sambutan... 


mungkinkah tema filem atau drama seperti AAC dan KCB dapat dihasilkan di sini? jangan pula nanti, yang banyaknya filem hantu dan cinta monyet yang tak kesudahan.


5) cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan 1% kepada 6% untuk menjamin kesejahteraan masa depan negara.


ada konflik di sini... 
cukai perkhidmatan dikenakan kepada setiap individu yang miskin dan kaya ketika terlibat dgn perkhidmatan yg dikenakan cukai ini. perkhidmatan yg dikenakan cukai ini berkaitan rapat dgn aktiviti seharian kita yang tidak dapat elak. 


walaupun cukai jualan telefon bimbit diturunkan, duti import dikecualikan, tol tidak naik selama 5 tahun, dan diskaun duti setem bg pembelian rumah kali pertama, saya lihat ia kurang adil.
 sebabnya, cukai perkhidmatan semua orang dikenakan cukai, tapi pengecualian cukai yg disebutkan di atas, hanya melibatkan dan menguntungkan orang-orang kaya.


6) menyediakan empat buah bas sebagai Klinik Bergerak


idea macam menarik. tapi saya risau nasibnya sama seperti Klinik 1Malaysia yang tiada doktor di sana. 
4 buah bas? hmm....


7) program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.


harap ia peruntukan itu dapat disalurkan secara sama rata dan cepat kepada yang berhak tanpa mengira pandangan politik, bangsa dan agama. 
saya buat kira-kira, sebuah rumah itu bernilai RM 25k. 


8) bantuan per kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.


SAR, suatu masa dulu telah dihentikan bantuan kewangan kepada mereka. dalam bajet kali ni, bahagian mereka RM95 juta dan saya tak pasti adakah peruntukan kecil itu mampu menaiktarafkan kemudahan SAR yang diketahui tidak sebaik sekolah-sekolah kerajaan. 


saya juga terfikir, perlu ada peluang belajar yang luas untuk mereka selepas tamat SAR. 


9)  RM 111 juta peruntukan untuk pembangunan infrastruktur program PERMATA.


Rosmah Mansor yang pengasas program PERMATA ni adalah isteri PM yang tidak ada apa-apa jawatan rasmi dalam kerajaan. tapi bajet yang diperuntukan untuk programnya ini agak tinggi. 


10) RM213 juta untuk bajet ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar atau Guru Cemerlang.


saya amat risau dengan perkembangan seperti ini. ganjaran diberikan kepada sekolah cemerlang dikhuatiri akan memesongkan matlamat sebenar belajar dan mengajar seperti yang dianjurkan dalam Islam. guru-guru berusaha menjadikan pelajar cemerlang, paling teruk memaksa pelajar.


 saya bukan tidak suka sekolah menjadi cemerlang tapi bila ganjaran seperti itu diadakan, pelajar telah diajar untuk menjadi materialistik tanpa disedari.


11) elaun imam, pengerusi JKKK dinaikkan 100% , bantuan khas RM500 diberikan kepada kakitangan awam dengan sistem PTK dimansuhkan dan imbuhan guru KAFA dinaikkan kepada RM800.


Bantuan khas RM500 diberikan pada bulan Disember sempena naik sesi persekolahan. hmm, memang sebelum ni macam tu juga kan? RM500 tidak memadai jika anak-anak ramai dengan kenaikan harga barang.
saya berpandangan guru KAFA sepatutnya diberikan gaji standard sama seperti guru-guru lain, bergantung kepada kelulusan masing-masing.


12)cuti bersalin dilanjutkan dari 60 hari kepada 90 hari, namun masih tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.


sistem cuti bersalin 90 hari ni telah dibuat di Kelantan. hmm...
kemudian, bilangan keseluruhan cuti adalah 300 hari. kiranya sama seperti dulu. 
60 hari x 5 anak = 300 hari
90 hari x 3 anak = 300 hari. 
nampaknya berlaku pengehadan bilangan anak. bagaimanapun, wanita itu boleh pilih nak cuti bersalin sehingga 90 hari atau kurang, asalkan tak lebih 300 hari. takde beza sangat pun.




entri ini bukan bertujuan mahu serang pihak tertentu tetapi sebagai pemerintah, perlu tahu apa yang rakyat perlukan. rakyat tidak mahu projek mega sebab mereka tidak akan dapat manfaat sepenuhnya di situ sebaliknya hanya orang-orang tertentu.

 untuk apa duit rakyat banyak dihabiskan untuk kesenangan dan kemewahan orang-orang tertentu? 

rakyat mahukan keprihatinan terhadap masalah kehidupan mereka. rakyat juga tidak mahu lihat bilangan angka yang besar tapi tiada apa-apa perubahan dalam kualiti hidup mereka.

 rakyat mahu harga minyak dan makanan turun, bukan harga beg tangan dan minyak wangi yang turun. rakyat tak makan beg tangan atau masak atau menggerakkan kereta guna minyak wangi. 


bajet pilihan raya? boleh laa... sikit-sikit ada la.... hehe....

Friday, October 15, 2010

Jejak Darul Naim....

assalamualaikum...


(geng farmasi UM 2007/2011)


10 Oktober 2010


saya bersama 55 orang kawan-kawan dan beberapa orang staf termasuk pensyarah berkumpul di terminal bas UM.. kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing untuk ke sana dan melupakan sekejap kesengsaraan  test FKT yg menanti pada Khamis ini.. dua buah bas digunakan...


1030 malam - kami mula bergerak meninggalkan Kuala Lumpur yang penuh dengan tekanan...lampu bas dipadamkan dan semua orang tertidur... huhu.....


saya agak excited sebab ini kali pertama saya pergi ke sana sejak saya Darjah 6. pasti berlaku banyak  perubahan berbanding dulu.


11 Oktober 2010


3 am - kami berhenti rehat di R & R Gua Musang. bas terasa sangat sejuk... kasihan kepada beberapa orang kawan yang tidak membawa baju sejuk, kesejukanlah nampaknya mereka sepanjang malam tu.


5.45 am - berhenti di sebuah masjid di suatu tempat ( tak pasti apa namanya) untuk menunaikan solat Subuh. hari masih gelap.


7 am - hari sudah cerah. berhenti sarapan di gerai nasi kerabu. kalau tak salah, tempat itu di sebelum atau hampir dengan Kaduk. (saya terlena dalam perjalanan sebab itu tak pasti lokasinya di mana...)
saya memesan nasi kerabu lauk ayam bakar.. sedap betul ayamnya, rasa macam sate... hehe... dua negeri yang makan nasi selain nasi lemak di waktu pagi adalah Terengganu (popular dengan nasi dagang) dan Kelantan (nasi kerabu)


8 am - kami mula bergerak menuju ke tempat penginapan kami, Pantai Cahaya Bulan Resort. saya tidak tidur sepanjang perjalanan sebab dah puas tidur sebelum itu. hehehe..


dalam perjalanan, saya menikmat pemandangan di sana. tiba-tiba seorang kawan tunjukkan saya Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri. wah, ini kali pertama saya melihatnya. teringat pada kawan-kawan saya yang pernah belajar di situ. tempatnya agak besar, ada sebuah dewan, namanya Dewan Johor. sama macam negeri asal saya.. hehe...sebab dewan itu dinamakan sedemikian, saya tak pasti... tidak pernah nak tanya pada kawan-kawan saya yang pernah belajar di situ..


sepanjang perjalanan dari Kaduk ke Kota Bharu, saya dapat menemui beberapa perbezaan. ada ditulis dalam entri yang lepas.


9.30 am - tiba di PCB Resort. semua orang agak teruja dengan pantai tapi sayangnya tidak boleh mandi sebab arusnya agak kuat. setelah diberi taklimat, kami beredar ke bilik penginapan masing-masing. kami ditempat dalam dome yang memuatkan 10 orang setiap satu. kami berehat dan ada yang membersihkan diri sebab kami perlu berkumpul semula jam 11.30 am untuk ke Rantau Panjang untuk membeli belah.




11.30 am - kami mula bergerak ke Rantau Panjang.


di Rantau Panjang, saya malas-malas nak turun dari bas.
"aduyaii.... nak beli apa je ni.... mengantuk ni..." 
memang dalam perjalanan ke Rantau Panjang saya tidur saja sebab kepenatan tidur dalam bas malam tadi.
saya turun juga akhirnya dan hanya mengekori kawan-kawan.


banyak perubahan fizikal di sana. seingat saya semasa saya darjah 6 dulu, kawasan yang dibangunkan hanya sampai kawasan surau dua tingkat. sekarang pulu, ada didirikan deretan bangunan kedai di belakang surau itu. Mydin pun ada. tapi saya tak pergi ke Mydin waktu itu, di KL pun ada.... hahaha...


(antara kedai-kedai yang ada di Rantau Panjang)


kawasan perniagaan yang dulunya berdinding kayu sekarang telah bertukar wajah kepada dinding batu. sudah dinaiktaraf. ada seorang peniaga tu bagitahu,
"dah 3-4 tahun dah"
kemudahan untuk solat juga ada disediakan di situ. kiranya hampir setiap blok kedai ada surau. saya lihat kebersihan surau itu pun agak terjaga. ok lah.


Rantau Panjang dikenali sebagai Zon Bebas Cukai, jadi secara automatiknya barang akan jadi lebih murah sebab tiada cukai dikenakan. tapi saya dapati barang-barang tidaklah semurah yang disangka. mahal juga. nak dapat murah pun susah walaupun telah tawar menawar. rasanya kalau saya tahu cakap dalam loghat Kelantan, pasti dapat harga yang lebih murah.. huhu.
(nak berniaga pun pilih orang gak ye.... hmmm)


(sementara menunggu untuk pulang ke tempat penginapan...)

5.00 pm - bertolak balik ke tempat penginapan.


semasa perjalanan pulang, saya ternampak masjid yang seni binanya seni bina Cina. terpegun juga saya melihatnya walaupun dari jauh di dalam bas. teringat pula saya pada masjid yang juga seni binanya seni bina China di Melaka. hmm... Islam adalah universal.. Islam untuk semua... opppss, cam kenal je slogan ni.... hehehe...


tiba-tiba jalan jadi sesak dan bas bergerak perlahan. saya fikir,
"hari ni hari Sabtu, hari minggu bagi negeri Kelantan. mestilah jam. sama seperti KL, jalan jadi sesak semasa hari Ahad."
tapi, rupa-rupanya...
"laa, pemeriksaan jalan raya oleh Kastam. "
jarang saya lihat roadblock oleh kastam selain daripada polis. kastam beruniform biru cair.


mereka buat sekatan jalan raya untuk menghalang jika ada penyuludupan dari Thailand. Rantau Panjang bersempadan dengan Thailand. jadi, mungkin selalu berlaku penyuludupan seperti beras, rokok, dadah, haiwan-haiwan liar dan apa-apa lagi.


"tuan, kami ni pharmacist... DRUG EXPERT! heheh... amacam, perlu ditangkap tak?"


6.30 pm - kami sampai di PCB Resort. saya dan kawan-kawan ambil kesempatan ini untuk mengambil angin di tepi pantai. sayang sungguh sebab kami tidak dibenarkan mandi laut. ombak sangat kuat. mungkin sebab angin monsun peralihan (Oktober & April).


(bermain layang-layang.... action je lebih ni..)

saya dan kawan-kawan tetap ingin bermain air walaupun di tepi pantai. itu pun jadilah daripada tiada. hahaha... saya juga berkesempatan bermain layang-layang pada waktu itu. angin sangat kuat dan sangat sukar nak kawal layang-layang tu. rasa bagai nak putus saja tali layang-layang itu. silap-silap saya yang melayang sekali. hehe....


(layang-layang berbentuk kelawar yang kami main)


ini baru kawal layang-layang, nak kawal manusia yang ada pelbagai ragam??? hmmm...


Ahad, 12 Oktober 2010 (hari kedua)


(bersiap-siap untuk ke lawatan Ain MediCare)


7.30 am - kami semua berkumpul di tempat yang ditetapkan. pada hari ini, kami pergi ke destinasi utama iaitu melawat kilang pembuatan ubat-ubat steril dan tradisional. saya telah mendapat undi untuk pergi ke kilang steril. saya merasakan ini adalah peluang yang terbaik buat saya, insyaAllah kerana saya pasti ada benda baru yang saya akan temui dan pelajari di sana.


(Ain MediCare... kilang farmaseutikal yang kami lawati..)


kilang ini bernama Ain MediCare, terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan. insyaAllah, ada entri khas mengenai lawatan ke Ain MediCare nanti.


2.00 pm - tamat lawatan dan kami singgah sebentar ke Pasar Siti Khadijah, yang menjadi tumpuan setiap pengunjung luar yang datang ke Kota Darul Naim ini. pasar ini dinamakan sedemikian kerana para peniaganya terdiri daripada wanita-wanita, tidak kira usia.


pelbagai barang dijual di situ, dari sayur-sayuran, ikan, ayam, daging, makanan, hingga ke barang kemas dan baju. harganya pun cukup untuk membuatkan saya berfikir dua tiga kali sebelum membeli. hehe...


3.30 pm - kami bergerak pulang ke KL. bas yang masa perginya tidak dipenuhi dengan barang, bila masa pulang, menjadi penuh. hehe.. semua orang tidur, tidak riuh seperti waktu perjalanan pergi hari itu. ehehe.. kepenatan, satu hari bershopping....


1.00 am - sampai di UM. Alhamdulillah.... selamat sampai... penat...


pengalaman ke Kelantan adalah satu pengalaman yang menarik.


(makan malam di tempat penginapan)

special thanks to coursemates, Yeopmi, Fidah dan Zhu... saya cilok gambar-gambar ini dari lensa kamera korang.... hehehe...  kredit untuk kalian.... =)