Daisypath - Anniversary

Saturday, December 11, 2010

Hero Negara KAH?

assalamulaikum..

beberapa hari lepas, saya dan kawan-kawan telah meronda-ronda KL sempena selepas habis peperiksaan. kami mengambil peluang untuk berkunjung ke Tugu Negara.




sedikit sejarah pembinaan Tugu Negara:

idea pembinaan tugu ini datang dari perdana menteri Malaysia yang pertama pada 1960 setelah beliau melawat Tugu Perang Iwojima di A.S dan dibina oleh Felix de Weldon pengukir Austria ini dari AS. ia disiapkan pada 8 Februari 1966. tugu ini dibina sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu askar yang gugur dan jasa-jasanya dalam Perang Dunia I, Perang Dunia II dan semasa Darurat.


(Tugu Peringatan)
pertama: 


di kawasan Tugu Negara, terdapat satu tugu yang dinamakan Tugu Peringatan yang tertulis di atasnya nama-nama askar yang terkorban dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. saya berasa pelik kerana nama-nama yang terpapar semuanya adalah nama Inggeris. ada beberapa nama yang bukan nama Inggeris. 

mengapa tiada nama-nama Melayu atau Cina atau India?

saya terfikir, siapa mereka ini? adakah orang-orang Inggeris ini yang berjuang untuk kemerdekaan. bukankah mereka yang menjajah Tanah Melayu ketika itu? mengambil hasil bumi Tanah Melayu dan memeras ugut penduduk Tanah Melayu? 




(nama-nama askar Inggeris dan Negara Komanwel yang telah terkorban)

kedua:

satu perkara lagi, bila saya jejak ke sini, teringat saya pada satu kontroversi berkaitan dengan Tugu Negara. seingat saya dulu ada isu yang mengatakan meletakkan bunga di tugu ini adalah syirik!



pertama: nama-nama askar Inggeris?


setelah bertanya pada lebai Google, nama-nama Inggeris itu adalah nama-nama askar Inggeris dan negara-negara Komanwel manakala beberapa nama bukan Inggeris itu adalah nama askar-askar yang dari negara Komanwel. jadi, tugu ini adalah melambangkan askar-askar Inggeris yang mati dibunuh untuk diberi penghormatan.


 (Tugu Negara... ini yang kita banggakan??)


ada yang dapat mengecam, 5 patung askar yang berdiri adalah wajah Inggeris manakala 2 patung yang terbaring dan dipijak adalah Tentera Rakyat dari PKM.

ini bermakna, selama ini penghormatan yang dilakukan pada tugu ini oleh Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan Pemimpin tentera dan polis semasa setiap Hari Pahlawan 31 Julai adalah penghormatan kepada tentera Inggeris, bangsa yang telah menjajah kita.

rupa-rupanya, inilah dia... saya pun tersentak bila tahu perkara ini.



kedua: syirik


menurut mantan Mufti Perlis, Dr Maza:




(Dr Asri)

"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.

Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) "Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata". (Surah al-Anbiya 50-54)"


menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, amalan lain yang dipraktikkan pada Hari Pahlawan seperti tiupan 'Last Post', bertakafur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan 'Rouse' di hadapan Tugu Negara juga bercanggah dengan Islam dan syirik. 

(upacara meletakkan kalungan bunga semasa Hari Pahlawan.... hmmm, perasan tak perkataan 'heroic' di situ???)

bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan diharuskan dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu atau tempat yang dilarang oleh syarak. 

bagaimanapun, sejak tahun 2010, kerajaan telahpun memindahkan tempat sambut di Putrajaya., bukan lagi di Tugu Negara.

 majlis kesyukuran dan tahlil boleh dijadikan acara rasmi dalam sambutan Hari Pahlawan ini. bantuan khas juga boleh diberikan kepada keluarga tentera yang telah terkorban.

wallahu'alam...

p/s: saya tertipu lagi!!! 

Monday, December 6, 2010

Istidraj

assalamualaikum....






Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

 "Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”



Friday, December 3, 2010

Bertambah "Sabar"

Assalamualaikum,


mak aih, lajunya!!!

Statistik kenaikan harga minyak pada tahun 1990-2008


Sebelum 90 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)



sumber: dulu-dulu punya harga




Mula Naik


kenaikan minyak secara mendadak bermula pada tahun 2008 ketika krisis minyak dunia berlaku. pada 5 Jun 2008, harga petrol mengalami kenaikan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter.

harga diesel pun dinaikkan kepada RM 2.58 daripada RM 1.58. 

ketika harga minyak dunia turun 22 November 2008, harga petrol dan diesel juga turun kepada 8 hingga 22 sen. ia terus turun sedikit demi sedikit sehingga Disember 2008

selepas itu, harga petrol terus meningkat dalam masa yang agak dekat antara satu sama lain.

minyak ni ada pelbagai jenis, RON92, RON95 dan RON97. RON97 adalah minyak yang selalu digunakan oleh enjin-enjin kereta yang agak bagus terutama kereta luar negara. 

sebab itu, pemilihan minyak ini mesti ikut jenis enjin, kalau tidak, enjin cepat rosak sebab tak sesuai. 

dulu cuma ada RON92 dan RON97.

 tetapi, pada 1 september 2009, RON92 telah dihentikan jualannya dan digantikan dengan RON95 sehingga sekarang. 

pada waktu itu, RON95 dijual pada harga RM1.75 (lebih mahal 5 sen daripada RON92) sebelum dinaikkan kepada RM1.80. pada hari yang sama, RON97 dinaikkan kepada RM2.07. sumber

ini pula statistik kenaikan harga RON97 2004-2010 untuk rujukan:


 di sini kita dapat lihat penurunan sementara dari Jun 2008 hingga Disember 2008. kemudian, harga petrol terus menaik dengan penuh kesyukuran. 


Bertambah Botak Kepala

semalam 1 Disember 2010, harga petrol RON97 telah dinaikkan sebanyak 15 sen seliter. pada tahun ini saja, kita dapat lihat kenaikan RON97 adalah sebanyak 3 kali iaitu pada Julai 2010, November 2010 dan Disember 2010. 

semalam, kerajaan berhasrat mahu meyeragamkan (sama saja 'seragamkan', 'rasionalkan' dan 'selaraskan' kerana semua itu bermaksud MENAIKKAN harga minyak) harga diesel untuk elakkan penyelewengan. 

malam ini, 3 Disember 2010 menyaksikan kenaikan 4 dalam 1:petrol (RON95), diesel, gas dan gula. yahoo!! syukur!! 



Sama tapi Tak Serupa


ini pula harga petrol di negara pengeluar minyak SEPERTI MALAYSIA. harga ini adalah semasa krisis minyak dunia 2008. ketika itu harga petrol di Malaysia adalah RM 2.70.



disebabkan Malaysia adalah pengeluar minyak, kenaikan harga minyak dunia sepatutnya memberi keuntungan besar kepada negara. jadi, tak perlulah nak jual petrol kepada rakyat dengan harga yang mahal.

Kesan

bila harga petrol naik, harga makanan, pengangkutan dan apa-apa yang dijual akan naik kerana memerlukan petrol untuk pengangkutan. tapi, gaji tidak naik pula. sebab itu, kehidupan semakin tersepit. 

pembesar hidup senang, rakyat mati kemiskinan.

***
harga petrol asyik naik je tanpa memikirkan hal rakyat. gaji rendah, pengangkutan awam juga teruk dan ada pulak lagi tol. harga kereta nasional pun mahal. lama-lama, rakyat pun boleh naik minyak!

harga minyak dinaikkan, duti import untuk barang-barang kemewahan yang tidak penting seperti beg tangan, baju tidur dan entah apa-apa lagi ntah diturunkan. apa punya idea la....

wallahu'alam~

Saturday, November 13, 2010

Yang Terpilih~

Daftar nama 100 orang paling berpengaruh itu selengkapnya adalah :
1.Nabi Muhammad SAW51.Umar bin Khatab
2.Isaac Newton52.Asoka
3.Nabi Isa53.Sam Augustine
4.Buddha54.Max Planck
5.Confucius55.John Calvin
6.Saint Paul56.William Morton
7.Thai Lun57.William Harvey
8.Johan Gutemberg58.Antoine Becquerel
9.Christopher Columbus59.Greger Mendel
10.Albert Einstein60.Joseph Lister
11.Karl Marx61.Nicholas August Otto
12.Louis Pasteur62.Louis Daguerre
13.Galileo Galilei63.Joseph Stalin
14.Aristoteles64.Rene Descartes
15.V.I. Lenin65.Julius Caesar
16.Nabi Musa66.Francisco Pizarro
17.Charles Darwin67.Hernando Cortes
18.Chin Huang Ti68.Ratu Isabella I
19.Agustus Caesar69.William the Congqueror
20.Mao Tse-tung70.Thomas Jefferson
21.Genghis Khan71.Jean Jacques Rousseau
22.Euclid72.Edward Jenner
23.Martin Luther73.Wilhelm Rontgen
24.Nicolas Copernicus74.Johan Sebastian Bach
25.James Watt75.Lau-tzu
26.Constantine the Great76.Enrico Ferni
27.George Washington77.Thomas Maltus
28.Michael Faraday78.Francis Bacon
29.James Clerk Maxwell79.Voltaire
30.Orville dan Wilbur Wright80.John F. Kennedy
31.Antoine Laurent Lavoisier81.Gregory Pincus
32.Sigmund Freud82.Sui Wen Ti
33.lskandar Zulkarnaen83.Mani (Manes)
34.Napoleon Bonaparte84.Vasco da Gama
35.Adolf Hitler85.Charlemagne
36.William Shakespeare86.Cyrys the Great
37.Adam Smith87.Leonard Euler
38.Thomas Edison88.Nicollo Machiavelli
39.Anton van Leuwenhoek89.Zoroaster
40.Plato90.Menes
41.Gugleilmo Marconi91.Peter the Great
42.Ludwig van Beethoven92.Mencius
43,Werner Heisenberg93.John Dalton
44.Alexander G Bell94.Homer
45.Alexander Fleming95.Ratu Elizabeth I
46.Simon Bolivar96.Justinian I
47.Oliver Cromwell97.Johannes Kepler
48.John Locke98.Pablo Picasso
49.Michelangelo99.Mahavira
50.Pans Urban II100.Niels Bohr





(klik untuk baca penuh bukunya)    




bukankah Allah telah berfirman:
Maksudnya: Tidaklah aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjaid rahmat kepada sekalian alam (manusia dan jin)
Al-Anbiya': 107

Rasulullah merupakan contoh tauladan terbaik sebagai hamba Allah, pemimpin negara, ketua keluarga, suami, ayah, dan sahabat. selayaknya baginda dijadikan ikutan kepada kita semua.

firman Allah:
Maksudnya: Demi sesuangguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Madhatillah dan balasan baik di akhirat kelak.
Al-Ahzab: 21

Berselawat ke atas baginda adalah salah satu cara menunjukkan rasa kasih dan cinta kepada baginda. tidak rugi kerana sesiapa yang berselawat ke atas baginda akan diberi syafaat di akhirat nanti di kala tiada siapa yang boleh membantu kita pada waktu itu walaupun ibu bapa sendiri. 

Allah berfirman:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W, wahai orang-orang yang beriman kamu berselawat dan mohonlah kesejahteraan ke atas baginda sentiasa
Al-Ahzab: 56

video tentang kita dan Rasulullah di padang mahsyar:



wallahu'alam...

PS CS5: Cubaan Kedua

assalamualaikum...

(gambar asal)

(selepas diwarnakan)

seperti biasa, musim study week ini saya buat kerja yang bukan-bukan yang tiada kaitan dengan peperiksaan nanti. kali ini, saya buat latihan mewarna menggunakan Photoshop CS5 dengan gambar orang sedang mendaki bukit atau gunung.

saya dan kawan-kawan saya telah pergi mendaki bukit baru-baru ini. jadi gambar ini sebagai kenangan aktiviti saya itu. 

kali ini saya mencuba teknik pewarnaan pada kesan lipatan baju. agak sukar juga sebab saya memang tidak dapat menggambarkan bagaimana keadaan lipatan itu. teknik kesan cahaya pun masih kurang lagi. nampak seperti berbelang-belang

kaki pendaki pada gambar kedua itu seperti batang pokok kelapa. tidak natural. hehe... kesan warna pada beg juga tidak begitu menonjol, kelihatan seperti kosong. warna pada tanah pula memang sengaja saya buat begitu.

jika ada apa-apa tips, bolehlah dikongsikan bersama.... (^_^)v

Wednesday, November 10, 2010

PS CS5: Cubaan Pertama

assalamualaikum...



 
(sebelum)

(selepas)

cubaan pertama mewarna dengan menggunakan photoshop CS5. gambar asal diambil dari pakcik google (tanpa warna) kemuadian saya letak warna ikut imaginasi saya. kelihatannya begitu cacat. huhu... takpe, cuba lagi lepas ini. 

saya tidak menekankan kesempurnaan bentuk tetapi lebih kepada cara perwarnaan dan tonnya. sebab itu, jangan ditanya mengapa alat memanah dan panahnya begitu pelik sekali bentuknya. kuda dan tangan si pemanah pun kelihatan hodoh sekali...huhu...

pelik juga, saiznya selepas diedit dalam PS, terus jadi kecil.. hmm...
sesiapa yang mahu menawarkan ilmu perwarnaannya kepada saya, amat dialu-alukan.

inilah salah satu aktiviti saya yang bukan-bukan semasa hampir hari peperiksaan selain menonton siri-siri The Arrivals. (--")

Sunday, November 7, 2010

Video: Pokok~

assalamualaikum...

(redupnya duduk di bawah pokok....)

sebuah video arahan Amir Muhammad. dalam video ini, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memberikan pandangan mengenai faedah menanam pokok sebagai salah satu cara mendapatkan pahala. penyampaian yang bernas dan santai. 

don't miss it!








Anas R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,


    ما من مسلم يغرس غرسا أو يزرع زرعا فيأكل منه ‏ طير أو إنسان أو بهيمة إلا كان له به صدقة ‏


"seseorang muslim yang menanam pokok atau tanaman lalu tanaman itu dimakan oleh burung, manusia atau binatang ternakan maka semuanya itu dikira sebagai sedekah"


(Riwayat Bukhari dan Muslim)




p/s: video ini  sudah lama diterbitkan tetapi saya suka pengisiannya. jadi, saya letakkan dalam blog saya ini. (^_^)v


kalau video tak boleh ditonton, sila pergi ke sini.

Saturday, November 6, 2010

Sebelum Pergi Jauh....

assalamualaikum...


(sebelum melangkah jauh...)


perkara yang hendak dilakukan sebelum graduasi:


1. bermain luncur ais
2. memanah
3. pergi ke parlimen dan menyaksikan persidangan secara live (hoho.... bajet dapat..)
4. pergi kursus kahwin
5. belikan telekung untuk ibu di masjid jamek
6. kadang-kadang ada perkara yang "diam itu lebih baik"
7. berbasikal di bukit cerakah


 -diinspirasikan bersama asma'. jom kita pergi bersama-sama dengan alin, sri dan lain-lain!


(yeeaaayyy!!)

Thursday, November 4, 2010

Senget Sudah....

4 November 2010: penentuan di Galas dan Batu Sapi.

(pangkah yang layak. ada saham kita di situ.)
SPR kata:

- pemberian zakat kepada 3 orang muallaf yang baru memeluk Islam oleh TGNA adalah sogokan
err, bukan ke muallaf juga salah satu golongan yang layak terima zakat? lihat di sini.

- pemberian RM100 kepada sesiapa yang pengundi yang datang ke pejabat MCA dan mendaftar dan menunjukkan kad pengenalan mereka, itu bukan sogokan / rasuahsumber di sini.

(rasuah/sogokan ni)

- wanita umno beri RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butir peribadi dan mendedahkan parti mana yang disokong, itu bukan rasuah....
"ini untuk pengundi. tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang" kata seorang penerima RM20. sumber di sini.

- RM16 juta diluluskan oleh PM untuk projek membesarkan Jalan Sibunga (kawasan parlimen Batu Sapi). ini bukan rasuahsumber di sini.

- pemberian RM250 oleh PAS kepada pengundi luar sebagai duit tambang sebagai inisiatif lebih ramai yang keluar mengundi, itu adalah rasuahlihat di sini.

- penduduk di sekitar Kg Baru Cina di Gua Musang diberi RM100, sehelai kemeja-T, dan sebuah beg berisi beberapa tin susu dan Milo untuk mengambil bahagian dalam majlis 1Malaysia. ini juga bukan rasuahsumber di sini.



ini cerita biasa semasa pilihan raya. rasuah jadi amalan mereka. orang lain buat salah, dia buat semua boleh. hehehe...



"Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang" (5:56)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memilih pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamu sebagai buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang -orang yang beriman" (5:57)

'Dan janganlah kamu cenderung kepada oran-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan" (11:113)

(maaf... saya tidak mahu bersubahat dengan kamu)

p/s: kalau ada pilihanraya kecil di tempat anda dan ada yang berikan duit atau apa-apa saja, ambil saja tapi jangan disebabkan duit itu, anda terus berubah fikiran dan cenderung untuk mengundinya kerana anda tahu mereka lebih inginkan kuasa dan kemegahan daripada membela anda.

wallahu'alam...




Wednesday, November 3, 2010

Kita LAH!!

assalamualaikum....


bila kita mahukan sesuatu, kita akan berusaha kepadanya... 

tak kisahlah apa yang berlaku pada kita, itu belakang kira... 

nothing is impossible....

walaupun ia kadang-kadang macam tak boleh buat...


sebab itu masa kecil, banyak betul cita-cita...

nak jadi doktor...

nak buka yayasan untuk bagi ubat percuma kepada orang miskin, kepada mangsa peperangan..

nak dirikan pusat tenaga biomass sebab petroleum hampir habis...

nak buka ladang ternakan lembu di tepi rumah....

macam senang saja nak dicapai....

apa orang kata, pedulikan....


"saya akan menjadikannya realiti!!"






itu yang berlaku pada kita bila kita masih kecil...

ketika masih sekolah rendah dan menengah...

cita-cita melangit...

boleh pula berusaha untuk mencapai cita-cita itu...

bersemangat...

percaya pada diri...

boleh pula mencipta periskop menggunakan bahan terbuang..

nothing is impossible...


bila telah meningkat dewasa, lain pula jadinya....

bila gagal, terus kata "saya memang tidak mampu untuk lakukan"

terus jadi lemah...



cita-cita pula hampir tidak tahu apakah kita mampu untuk mencapainya...

walaupun, pedoman dan hikmah telah diberi...

masih juga terasa ragu-ragu...

gusar...

tiada keyakinan diri...

tak percayakan diri...

melihat orang lain di sekeliling sangat hebat....

bertambah kurang yakin pada diri sendiri...





fikirkan...

apa kurangnya diri kita sekarang berbanding dulu...

sehinggakan tidak rasa "tidak boleh" itu datang secara berlebihan...

adakah dewasa yang mematangkan itu menjadi penyekat kepada kreativiti dan keyakinan seseorang?

adakah dewasa yang lebih bersikap toleransi itu membunuh cita-cita hebat seseorang sehingga membenarkan dirinya ditunjukkan jalannya oleh orang lain?

adakah dewasa yang lebih bersikap tenang itu memusnahkan sikap agresif kanak-kanak/remaja ketika memburu cita-cita?

'dewasa'kah yang bersalah??


fikirkan...

masa kecil dulu...

kita akan buat apa saja untuk pastikan apa yang diinginkan tercapai...

percaya diri...

berani....

agresif.....


tambah satu lagi...

usaha, doa dan tawakal.....



p/s: peperiksaan semakin hampir.... semoga berjaya kepada sahabat-sahabat... semoga kejayaan yang diperolehi adalah kejayaan yang diredhai.... (^_^)V